Wednesday, May 10, 2017

Cara Mengawal Kemarahan Diri

Semalam aku terpilih pergi kursus kawal kemarahan hahaha agaknya nak para lecturer poli ni dapat kawal marah kat student dan orang atasan agaknya. Mana tau boleh kurangkan stress kerja kot. Penceramah glamer pernah keluar beberapa kali kat TV pun, Haji Hushim bin Haji Salleh.

Mukadimah kursus- mengenali dan memahami kemarahan....

Kalau marah, semua orang akan marah. Semua pernah rasa marah. Kalau tak pernah memang mustahil sebab kita bukan malaikat. Jadi apakah caranya nak mengawal kemarahan jika berlaku pada diri kita??

1. Jangan marah kecuali kerana Allah SWT

Kau marahkan diri jika kau tinggalkan solat atau posa dengan sengaja. Kau marahkan diri kau sebab suka membazir pada perkara2 yang tak perlu. Marahlah sungguh jika kau asyik tuang masa kat tempat kerja. Buat benda2 yang lagha kan! Hah, marah tu  dibolehkan atas faktor kelalaian kita dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai hamba Allah di dunia ini. Selain tu kalau tengok orang kurang ajar ker macam potong barisan, mengumpat pasal kita atau nak provoke bagi kita marah, jawapan dia- cuba elakkan kemarahan tu. SABAR! SABAR!

2. Mengingati dan mengagumi kebesaran kuasa ALLAH Taala

Mengenangkan kebesaran Allah lebih baik dari mengingati perkara2 yang menyesakkan dan mengundang kemarahan kita. Bak lagu Sheila Majid..

Lihatlah sekitar alam, dunia luas terbentang.  
Langit tinggi kebiruan, pohon2 kehijauan. 
Hembusan bayu yang menyegarkan..... 
Dengarkan di sana sini, beburung riang menyanyi,
Bebunga aneka warna, sumber kedamaian jiwa,
Ku syukuri nikmat Maha Esa.... 

3. Menahan dan pendam ketika tengah marah.  

Yang ni aku kurang setuju sikit. Sebab boleh mendatangkan kesan dalaman pada tubuh badan. Dulu aku tengok sitkom Malcom In the Middle, Malcom ni tahan jer marah bila mak ayah dia membebel. Cikgu marah, adik beradik, kawan2 buli dia. Dia diam jer. Last2 beberapa hari tahan,  Malcom terus muntah darah hahaha. Doktor check up cakap sebab dia pendam marah dan effect pada tubuh badan dia. Takutnyer... Jadikan alihkan kemarahan tu dalam bentuk lain macam pergi basuh pinggan ker (kak Rosliza punya stail), kemas rumah ker (itu aku ler), atau cuci longkang ker. Lagi bagus macam tu. 

4. Berlindung kepada Allah SWT ketika marah

 Beristigfar banyak2 dan ucaplah A'uudzu billah (aku berlindung kepada Allah SWT). InshaAllah akan hilang dan reda kemarahan tersebut. 

5. Diam 

Jangan bercakap bila marah. Berdiam lebih baik. Aku suka bila Che Ta kata tak nak komen bila marah bila wartawan tanya reaksi dia pasal sesuatu perkara atau isu yang provoke diri dia. "Berdiam tu lebih baik lah... Sebab bila kita bercakap dalam keadaan marah ianya akan menyebabkan kita keluaqkankan perkataan yang tak elok nah...".

6. Mengubah posisi ketika marah.

Rasullullah SAW besabda" Jika salah seorang kalian marah ketika berdiri, maka hendaklah dia duduk. Apabila marahnya tidak hilang hendaklah dia berbaring. (HR Ahmad). Kalau sesetengah orang bila dia marah, dia terus baring dan tidur. Well aku nampak kat anak lelaki aku, Umar amalkan macam tu. Bila marah atau protes dia masuk bilik, baring atas katil tau2 dah tertidur. Bangun tidur dia elok jer pastu.


7. Berwudhu atau mandi

Marah umpama api yang dapat mendidihkan darah dan membakar urat saraf. Berwudhu merupakan cara terbaik untuk meredakan api kemarahan. Jika belum reda, maka mandilah inshaAllah akan padam kemarahan tersebut.


8. Memberikan maaf dan bersabar.

Orang yang marah itu selayaknya memberikan maaf kepada orang yang menyebabkan kemarahannya. Cuma aku paham memaafkan memang boleh tapi melupakan memang agak mustahil sebab dalam realiti, dari segi psikologi manusia amat terkesan jika ianya melibatkan emosi dan perasaan. Umpama luka pada fizikal atau tubuh badan. Luka akan sembuh tetapi parutnya akan kelihatan. Jadi kenalah makan banyak2 vitamin E untuk cantikkan balik kulit tu yee!


Ok itulah sedikit sebanyak yang aku boleh share sepanjang sehari duduk berkursus di situ. Rasa lenguh pinggang duduk jer dengar ceramah kan.. >_<

No comments:

Post a Comment

Trade in Filter Cuckoo baru 2024

Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...