Dah seminggu raya berlalu. Bila posa, blog pun posa juga ye ahaha. Nampak sangat malas nak update bulan lepas. So apa aktiviti persiapan raya dan sambutan hari raya. Tengok gambar jelah yek!!
Macam biasa kalau balik raya di Perak, confirm aktiviti wajib bakar lemang!! Takde lemang bukan raya ler jawabnyer... Hilang semangat raya tu kui kui kui... Cuma kena tahan ler sikit haba dan panas masa membakar, kena banyak sabar noh..
Lemang lebih 30 batang, jenuh nak jaga api.
Duit raya pertama Umar dapat pagi ni. Dari YB Ustaz Idris.
Lepas tu bergambar untuk pagi hari raya, 1 keluarga. Bukan senang nak pose yang cantik, masing2 tak reti duduk diam. Si Ilhan pulak sibuk nak pegang botol susu.
Kemain ler budak2 ni buat rupa pelik2.
Ok steady, cantek... Terima kasih pak su sebab sabar nak amik gambar kami sekeluarga ahaha.
Rilex jer husband aku bagi duit raya tak pakai sampul. Bagi macam tu je.
Ni kes malas nak isi dalam sampul raya. Aku pun malas nak mintak2 sampul kat bank. Bank pun kedekut nak bagi. Pakai je sampul duit tahun lepas kan!! recycle jer.. Budak nak tengok duit bukan sampul dia hehehe.
Lepas tu berkerut muka tengok dompet dia, alamak cukup ker tak ni duit nyer hahaha!! Ilhan pun tolong check sekali.
Kitorang beraya di perak samapai raya ke dua. Kiranya enam hari di sana, sebab balik awal lagi sebelum raya. Malam raya ke dua, jalan dah start jammed. Damn... Apalagi merangkak2 kete dari Gua Tempurung ke Slim River, adoiii. Besok lagi teruk sebab ramai orang dah start keje raya ke empat. Dari Taiping ke Seremban enam jam baru sampai. Kitorang bertolak jam 9 malam sampai Seremban pukul 3 pagi!! Sampai rumah booom terus tidur Zzzzzz.
Raya ke tiga baru balik Johor, raya di sana sampai raya ke enam, sebab mak ayah nak raya di Sendayan pulak. So hari Sabtu pagi2 aku dan husband ker pasar Seremban beli bahan masakan sebab ramai sedara mara nak datang beraya di rumah ko!! Dua ekor ayam aku masak asam pedas, sekejapan sehari jer dah abis. Beras hampir 20 pot masak tu pun tak cukup. Fuhh letih layan orang datang kui kui kui.. Takde gambar sebab aku buzy layan orang datang beraya!
Petang tu pakat2 semua sedara mara datang beraya rumah baru abang aku kat Rantau. Dia belum pindah lagi ke sini. Rumah baru dah serah kunci, ada aku cerita kat sini.
Abang dan kakak ipar dah basuh rumah dan letak barang sikit2. Lampu belum sempat pasang lagi, just kemas2 halaman rumah sikit2. Jejiran kiri dan kanan pun ada dah duduk taman perumahan ni. Umar tak sabar nak tunggu pak long pindah Rantau. Nanti dekat sikit boleh selalu jumpa dan main dengan sepupu2 diorang tu..
Itu jela kisah raya kami tahun ni. Ni pagi ni aku dah start keje, tapi mood ke laut sebab penat raya punya pasal hahaha.
No comments:
Post a Comment