Dah seminggu lebih baru nak update pasal cuti di Melaka masa cuti sekolah sempena Hari Merdeka dan Hari Raya Haji. Aku pilih Melaka sebab nak terus balik Johor lepas tu. Alang2 dah cuti sekolah, aku amik cuti seminggu terus dengan husband. Cadang nak bawak anak2 jejalan Melaka, survey harga apartment 3 bilik tidur, 2 bilik air keluasan 1000++ kaki persegi di Shore Hotel and Residences untuk 1 malam dalam RM450 termasuk GST aku terus booking dekat Booking.com
Sumber dari Booking.com. Hotel dibuka tahun lepas, 2016 utk orang ramai.
So aku terus msg abg aku dan mak ayah untuk datang join sekali bercuti berjemaah ramai2 ke sini hahaha. Diorang ok, kalau abang dan kakak ipar kerja, kami nak bawak anak2 diorang, Afiq dan Adam. Saja nak bawak ramai2 budak pergi bercuti kan kan kan!!
Jadi 28hb Ogos mak dan ayah dah ada kat rumah kami awal bermalam di sini, sebab nak gerak sama2 ke Melaka. Abang aku drop Afiq dan Adam tidur di rumah kami 1 malam jadi kami akan bawa anak2 diorang sekali. Abang aku dan kak ipar tak dapat join waktu siang pasal kerja, malam nanti baru diorang gerak ke Melaka. Jadi kitoang jalan dulu yeh...
Jam 11 pagi dah siap sarapan dan siap2 packing beg dan masuk kereta, Ilhan kalut tak sabar nak jalan dah. Sibuk nak bawak kereta tu ahaha!! Kami gerak 2 kereta, mak ayah, Helmy dan Qaireen satu kete. Aku dgn husband bw anak2 Ady termasuk anak kami Ilhan dan Umar. Kira anak2 lelaki naik kete avanza ni 😄😄
Dari Seremban ke Melaka, jalan ok tak jem pun. Kereta pun tak banyak mungkin sebab cuti sekolah tapi hari bekerja. Kitorang je yang saja amik cuti rehat2 kan.. Cuaca mendung, tak berapa panas.
Makan time!!
Ok, sampai je Melaka terus ke Bandar Hilir. Cari Mahkota Parade. Agenda utama mestilah makan tengahari kan. Perut dah lapar.. Kitorang makan kat Food Court Mahkota Parade jer, senang sejuk ada aircond lepas tu malas nak pusing2 bandar cari kedai makan. Kereta pun banyak sebab 28hb masih hari bekerja. Jalan sekitar Jonker street dan depan hotel Shore pulak tutup sana sini pasal diorang nak pasang stage untuk persiapan sambutan Hari Kebangsaan.
Jejalan2 di Dataran Pahlawan.
Ni ker pokok Melaka tu??
Batu-batuan ni tak pernah sunyi,
hari2 ada jer orang datang amik gambar ko yek!!
Macam real dinosour. Kan Tasik Y Batu Pahat lagi besar.
Umar dah start takut nak masuk muzium.
Jom kita membaca hehehe.
Kami masuk muzium2 yang bayaran murah jer, kanak2 baru RM1, aku yang tua ni dia charge RM2. Ada juga muzium kat area sini charge mahal giler, tiket dewasa RM25.00 mak aiii! Sorry ler aku nak masuk muzium harga macam tu, kalau zoo lain ler hehehe. Terus keluar balik!!
Koleksi produk Milo. Aku dulu dapat juga mug tu masa kecik2, sekarang tak tau ler mana pergi daaa..
Ada pameran meteor kat sini. Maskot angkasawan tu berjaya menakutkan Ilhan. Terus dia lari tak nak lalu situ ahaha!! Budak2 ni siap paw Pak su beli key chain meteor lagi kui kui kui!! Bertabahlah ye Pak su!
Dah lepas solat zuhur, pusing sana sini penat berjalan dalam pukul 4 petang kitorang terus gerak nak check in di Shore Hotel. Dekat jer hotel ni, tengah bandar Melaka, bersebelahan sungai dan kampung Mortem Melaka. Aku saja check in lambat sebab nanti kena tunggu pulak pasal bilik tak siap lah, bilik tak kosong lagi lah. Jadi nak check in dapat kunci terus masuk dan rest. Tak mau tunggu2.
Nak pergi hotel ni mudah, parking kereta pun mudah. Mungkin sebab orang tak ramai bercuti lagi. Aku terus ke lobi dia, kat tingkat ground floor. Pesan kat adik aku tunggu kat situ dulu sebab aku pernah baca ramai sesat salah masuk tower. Tapi last2 diorang pun salah menuju ke mana2 tempat, aiseh...T_T
Sini ada dua hotel, Shore dan Swiss. Jadi jangan salah masuk tower dia. Kat area bawah bangunan tower ni adalah shopping complexs dan Oceanarium.
Takpelah, jejalanlah dulu. Biarlah aku check in.
Kat kaunter tak ramai orang tapi macam slow sikit sebab ada beberapa pelanggan ada problem dengan unit diorang booking tu. Kena tunggu jap pihak hotel settle dulu kes diorang. Nanti admin terangkan nak naik lif kat mana, swimming pool kat tingkat mana, makan kat mana...
Yeay, dapat kunci terus naik tingkat 1!! Lif dia pun kena naik kat tempat betul nanti salah bangunan pulak. Kena fahamkan betul2 apa yang reception bagitau. Sebab salah naik lif nanti kad tak detect jadi lif tak dapat gerak. Wah dahsyat sekuriti dia dowh!! Yelah awak pelanggan Shore jangan pulak naik lif pelanggan Swiss yek..
Masuk jer, perghhh marvelous!! Suka2. Bersih, kemas, besar dan modern style. Mak ayah aku pun terpegun. Unit ni baru je bukak tahun lepas. Semua sera serbi baru hehehe.
Macam rumah nak duduk sendiri beb!!! Semua tempat siap pasang aircond. Sliding door tu kalau kita bukak automatik aircond akan off, fuh canggih2!!
Tu dia, dapur dia siap ada oven, microwave dan peti ais besar.
Semua jenama Electrolux. Dapur dia jenis induction pulak. Kabinet dia mak aii cantik giler... Dapur dia memang lengkap, jadi aku memang tak amik pakej makan atau sarapan hotel. Kira bab makan kita boleh save dengan beli kat luar, panaskan atau masak sendiri pun boleh. Janji bawak kuali bahaha 😂😂😂
Wau budak2 ni excited masuk apartment ni. Aku kira ni dah macam condo mewah dah...
Mak ayah tanya berapa ribu kau tempah unit ni?? Aku jawab ish mana sampai beribu , just RM350 termasuk GST, service charge total dalam RM400++ dapat 1 unit untuk kita semua.. Oklah kan. Selesa.
Pergi bilik utama, katil queen.
Bilik kedua. Qaireen dah cop bilik ni, siap letak beg dia sekali. Amboi... nak tidur dengan atuk dan wan.
Bilik ketiga, dah budak2 laki ni cop jadi tempat diorang berkubang, berguling2 dah!
Yang aku kagum ada juga washing machine dan dryer sekali kat yard dia.
Dah bertambah kagum ayah aku nak juga cuba nak guna washing machine ni hahaha. Lepas sembahyang magrib dia belek2 lagi mesin ni.
Mesin ni tak dapat jalan lancar. Banyak sangat button dia. Husband siap study lagi manual dia. Baju pun dah ready nak basuh ahaha!! Dah lah tak payah nak kaji mesin basuh tu, jom kita keluar makan malam! Lapar dah ni..
Aku roger Ady kitorang makan kat Medan Ikan Bakar Umbai. Ady kata gerak dulu, dia masih kat Kajang dengan Kak Lela. Mula2 ingat nak pergi Restorant Parameswara tapi tutup pulak hari Isnin. Jadi kitorang makan kat Umbai Grill Fish ni. Jarak dari hotel ke Umbai adalah dalam 20 minit kalau kita ikut lebuhraya AMJ. Kira dekat juga.
Sampai2 je kedai, terus angkat dan timbang ikan, udang, sotong, ketam dan kerang. Ikan siakap buat bakar, jenahak masak 3 rasa, kerang goreng cili, ketam sweet sour, sotong goreng tepung dan udang masak sambal. Mak kata tak nak amik pepahat ke, tapi kitorang tak reti makan kui kui kui. Tak payah, amik ikan lagi baik, semua boleh makan.
Sampai2 je kedai, terus angkat dan timbang ikan, udang, sotong, ketam dan kerang. Ikan siakap buat bakar, jenahak masak 3 rasa, kerang goreng cili, ketam sweet sour, sotong goreng tepung dan udang masak sambal. Mak kata tak nak amik pepahat ke, tapi kitorang tak reti makan kui kui kui. Tak payah, amik ikan lagi baik, semua boleh makan.
Umbai Grill Fish. Nasib baik orang tak selautan ramainya... Abang aku roger diorang tak sempat nak pergi Umbai sebab baru gerak dari Kajang.. Diorang terus ke hotel Shore tidur malam ni.
Menunggu dalam 30 minit.
Agaknya ayah termenung pikirkan mesin basuh electrolux tu, selagi tak dapat run confirm dia tak puas hati punya ahaha...
Agaknya ayah termenung pikirkan mesin basuh electrolux tu, selagi tak dapat run confirm dia tak puas hati punya ahaha...
Tunggu kejap... makanan tengah masak. Nasi lemak sampai awal lagi lepas tu.
Nasi lemak dah sampai aje, budak2 ni terus makan, nasi lemak pun jadilah. Tak nak tunggu lauk pauk lagi. Kelaparan lah tu...
Disebabkan Ady dan Kak Lela tak dapat datang makan kat situ, kitorang mintak separuh lauk tu dibungkus.
Maknanya ketam dan jenahak tak payah hidang, bungkus siap2. Karang siapa nak habiskan semua lauk kat situ. Mak tambah lagi pilih udang dan sotong untuk masak dan bawak balik. Sebab harga dia Ya Allah, amatlah murah. Kitorang 10 orang makan baru RM250.00 termasuk air dan tapau nasi lemak 10 bungkus. Murah kan!! Sedap pun iye. Ikan bakar walaupun kosong, tapi rasa sedap sebab manis ikan baru. Licin budak2 ni makan. Sorry takde gambar lauk tu, aku dah tak ingat sebab dah sibuk makan, serius lapar. Harapkan Umar amik gambar pun ntah apa2 dia petik nyer T_T.
Hohoho muka kenyang ler tuh...
Tak reti duduk diam budak ni!! nak cubit2 pipi dia.
Sentiasa saja ada pengunjung. Restorant banyak, pilih lah mana korang berkenan nak makan kat Melaka ni.
Kat sini pun ada sediakan pangkin kalau nak makan bersila. Nak makan sambil baring pun boleh ni..
Kat bawah bangunan Hotel Shore ada theme park.
Lepas bayar, balik hotel. Sumpah penat balik tak ingat nak ke mana2. Cadang nak turun tengok kat area bawah tu tapi dah kenyang mata pun jadi ngantuk. Ady dan Kak Lela sampai, apalagi kitorang join makan second round dalam hotel pulak. Ahaha!! Sambung next entry ok..
assalam, bole saya dapat kan no telepon apartment ini... terima kasih.
ReplyDeletesaya booking guna booking.com
DeleteAssalamualaikum nak tanya x kira berapa orang harga tetap rm 400 ke,kira kepala or just book je satu tu
ReplyDeleteWasalam, sekali book sahaja. Sebab sy tak amik breakfast pun jadi sy boleh letak berapa ramai family yang nak menginap. Tapi access kad dia bg dua jelah.
Delete