Tuesday, April 3, 2018

Gotong royong taman Tritonix 2018

Seperti yang dirancangkan oleh Persatuan Penduduk Nusari Aman 2D (Tritonix), kami telah mengadakan gotong royong membersihkan persekitaran perumahan Tritonix pada 18 Mac 2018. Start 8 pagi sampai lah tengahari selagi tak terlalu panas terik hehehe. Persatuan dah tempah meja, kerusi  dan pasang khemah dua biji kat padang bola keranjang. 

Banner dah gantung dua minggu awal. 

Ajk collect nama sapa nak join aktiviti sebab nak buat peruntukan makan dan minum. Mula2 aku sekeluarga tak dapat join sebab nak balik kampung petang Jumaat, cuti sekolah kan. Last2 cancel, kita balik Isnin lah. Jadi join juga aktiviti ni. Meriah sikit kan ahaha!

Pagi start jam 8 pagi. Husband sampai awal. Aku kejut Umar bangun suruh mandi. Pergi tolong ayah... Cepat2 dia bangun dan mandi, semangat dia nak kerja gotong royong punya pasai. 

Jadi aktiviti selepas berkumpul, kita bersihkan halaman playground dulu. Masa ni makan pagi tak sampai lagi. Jadi kita buat2 apa yang patut yek. Kesatuan dah belikan beberapa alatan untuk gotong royong macam gloves, penyapu dan palstik sampah.

Kerat dahan yang rendang, bagi trim cantik punya. 

 Srikandi-srikandi Taman Tritonix ni :)

 Dalam setengah jam, makanan pun sampai. apaplagi makan dulu untuk tambah tenaga nak kerja keras lepas ni.

Ada nasi lemak, bihun goreng, kuih muih. Air teh tarik, kopi dan cordial.
Sila2!! Jemput makan.

Ok, dah makan sambung kerja. Tebang dahan pokok yang dah merimbun ke bawah. 
Majlis Perbandaran tak da pulak datang masuk taman trim pokok2 ni tepi jalan. 

Banyak daun2 kering yang berguguran, longkang parit pun penuh. 

Yang ni satu masalah besar. Ada pokok2 liar di sepanjang belukar hidup merimbun di luar pagar taman. Sepanjang sekitar parit besar antara taman sebelah. Dah report kat MPN tapi diorang kat itu tanggungjawab JPS pulak dah...

Jadi nilah objektif utama aktiviti gotong royong, nak clear kawasan parit. Pokok dia dah besar2 semuanya. Jadi gelap, merimbun. Takut ada binatang bisa hidup kat celah2 tu. Semak pulak tu!

 Untung juga jiran ada mesin gergaji tu. Boleh dia tolong potong tebang pokok yang liar hidup kat tepi parit bear ni. Cuma leceh sebab kena panjat pagar untuk kesebelah sana. 

 Sambil tebang tu, kami sapu2 dan longgok daun2 kering yang bertaburan kat lorong2 tepi perumahan ni. 

 Husband tolong gergaji kerat2 dahan besar bagi saiz kecil. Senang nak angkat buang. 

 Ilhan pun nak tolong juga, buangkan dahan2 ni yek :)

 Kita kasi clear tempat ni yek.

Dah longgok2 daun kering, kita bakar dalam keadaan terkawal yek.
Kang terbakar rumah orang pulak. 

 Pokok2 yang dah tebang kita kumpulkan je, longgok ke tepi.
AJK persatuan dah mintak lori MPN datang untuk angkut semua dahan2 dan pokok yang dah ditebang. 

Hari dah makin panas terik. Ilhan dah kehausan. Minum air banyak2 nanti dehidrat pulak. 


Letih lah bu..kesian dia. Kakak kamu, Qaireen langsung tak kuar dari rumah. Layan tv pagi2. 

Dah nak abis. Kemas sikit2 takut nanti angin tiup bersepah balik. 

Ok dah nak abis. Rehat jap minum air. Jam 11 pagi dah settle dah semua. 

Nampak kemas dan bersih sekitar taman ni :))))

Banyak plastik sampah berbungkus2 hah. 

Last sekali amik gambar ramai2 yek. Horeee!!



No comments:

Post a Comment

Trade in Filter Cuckoo baru 2024

Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...