Bila dapat APC untuk tahun 2017, rasa macam feeling awkward giler hua hua hua. Tapi itu yang dinamakan rezeki Allah bagi. Aku berkhidmat jadi penjawat awam dekat 16 tahun. Tolak tiga tahun sebab cuti belajar sepenuh masa. Dah sepanjang tahun perkhidmatan aku dah berkhidmat sebanyak tiga tempat - Politeknik Kulim, Politeknik Kuching dan sekarang Politeknik Port Dickson.
Sumpah tak pernah aku impikan dapat APC, memandangkan aku kerap berpindah randah, lepas tu bukannya jenis banyak buat contribute pun bagi harumkan nama politeknik ke peringkat negeri, ke negara malahan peringkat antarabangsa pun. Aku cuma seorang pelaksana yang jalankan tugas dan amanah yang diberikan sebaik kerana itu merupakan tanggungjawab aku, ewah ewah.. hahaha
Tapi dah rezeki tertulis, aku terima dengan hati terbuka. Jadi sesi perjumpaan Pengarah dibuat secara senyop2. Aku pun tak tau, tup2 ada email arahan berjumpa dengan pengarah. Cuak wei... Lepas tu diorang bagi surat, ucapan tahniah, kitorang pun kena ambil gambar siap pakai kot dan bertudung merah. Nak letak dalam buku katanya. Macam nak buat pencalonan wanita UMNO ker keh keh keh...

Hari Raptai APC bertempat di dewan C, Maeps Serdang.
Hari APC pada Khamis, 12 April 2017. Sehari sebelum tu kena hadir raptai dulu. Masa raptai ni semua penerima kena berkumpul jam 2.00 petang untuk pendaftaran dan penerangan sedikit taklimat tentang hari APC untuk besok pagi. Ramai tau!! Ada 1200 lebih kakitangan dari Politeknik dan Kolej Komuniti seluruh Malaysia yang akan berkumpul pada majlis besok.
Inilah kami berempat wanita dari Jabatan Kej. Mekanikal, PPD yang terima APC .
Kak Ruziati, kak Maya Sofa, aku dan Tham (amoi rajin ni lagi lama kerja kat sini, baru first time dapat! macam tak caya aku). Time ni kitorang sampai jam 1.00 tengahari, bas poli yang hantar. Kira dah dapat no pendaftaran, kita kena cari nombor kerusi untuk duduk.
Ramai baru sampai, dari pelosok negara. Berkumpul ramai2 di Maeps Serdang. Yang jauh datang terpaksa usung beg baju, tak sempat nak check in hotel. Turun flight, terus datang ke sini. Nasib ler kami kerja kat PD. Pergi balik hari yang sama jer sebab dekat kan...
Selfie dalam bas nak tunggu sampai Maeps.
Pagi kejadian, bas bertolak dari politeknik jam 5.30 pagi!! huhuhu awalnya, aku tunggu kat Petronas Mambau jelah. Sampai kat RnR Seremban jam 6.30 pagi, kitorang turun solat subuh dan tapau sarapan.
Dapat no meja dan no kerusi.
Pukul 9.00 pagi majlis pun bermula. Menteri dan Timbalan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia berucap. Konsep diorang santai jer...
Ok dah sudah, amik gambar ramai2. Sebab hari Khamis kena berbaju batik lah kan. Ceria lah jadinya. Berebut wei nak naik amik gambar kat sini kui kui kui. Beratur tunggu giliran tau!!
Team Mekanikal PPD.
Pengarah turun padang melawat kami di Maeps. Kebetulan masa ni, timbalan pengarah, Puan Yusma dan Ketua Jabatan kami, En Rahim pun bersama2 menerima APC.
Dah puas bergambar, kita makan pulak.
Memang lapar pun, pagi tadi makan kat dalam bas je on da way ke sini. Lepas tu dalam dewan urisetia ada bekalkan air kotak dan roti. Menunggu dekat pukul 1 tengahari, jadi jumpa nasi confirm kami balun punya!!
Menu dia, tapi aku puji memang sedap! Berasa semua lauk pauk dia. Cuma tak best sebab sikit ahaha nampak sangat kitorang kebulur huhuhu...
Best nyer ada majlis macam ni bila aku dapat jumpa geng2 masa kerja di politeknik lama. Ni kak Ana dan Zarina. Dulu kitorang sama2 satu opis di Politeknik Kuching. Rindu wei...
Yang ini Imah dari PUO. Belajar sama2 di ItthO dan UTHM. Walaupun kami berlainan course, tapi tetap kenal sangat hehehe.
Jumpa dengan kawan2 lama ni, yang best bila diorang cakap apasal aku nampak maintain jer. Zarina cakap "awat kak Hasny nampak kurus??" Eh aku dulu memang gemoks ker?? Ahahaha sukanyer rasa nak berguling2 atas rantai :P
Pukul 2.00 petang barulah kami bertolak balik ke PPD. Alhamdulilah syukur atas rezeki yang diberikan kepada ku...
Alhamdulillah tahniah sis. Moga terus cemerlang aamiin.
ReplyDeleteTerima kasih, amin...
Delete