Start 1 Jun 2018, GST telah diturunkan kepada 0%. Bermakna tiada cukai GST lagi dikenakan pada sebarang produk atau perkhidmatan. Alhamdulilah. Syukur.
Terus terang aku kata, sebab aku tak membeli barang lagi setakat jam ni aku menulis blog ni jadi tak boleh compare harga sebelum ni dengan sekarang lah. Cuma aku nak ceritakan perihal sedikit berkenaan cukai GST dan mata wang Malaysia keh keh keh jangan kecam aku sebagai pakar ekonomi yang ke laut.
Ini berlandaskan pengalaman aku. Aku pernah share kan dalam blog yang kenapa aku dah stop untuk berniaga (tupperware dan Hai O). Ada aku ceritakan di sini.
http://www.hasnyjalil.com/2016/12/langit-tak-selalu-cerah.html
Keputusan berhenti berniaga itu aku buat pada penghujung tahun 2016 setelah GST diperkenalkan pada 1 April 2015. Kebetulan tahun 2015 dalam bulan Mac aku dapat lahirkan seorang director dalam team Tupperware aku. Masa tu rasa bangga sebab dapat hasilkan seorang entrepreneur dari golongan makan gaji macam aku ni.
Tapi setelah GST mula diperkenalkan pada bulan berikut, keuntungan dijanakan mula berkurangan. Harga Tupperware telah meningkat. Aku terasa juga perubahan harga bila tengok katalog Tupperware setelah GST diperkenalkan. Gulp!! Nak jual masa tu ramai yang bertangguh nak beli alasan barang dah makin mahal.
Bukan barang Tupperware sahaja, barang2 keperluan harian lain naik harga juga. Jadi aku akur juga bila pelanggan mesti nak pikir dari beli Tupperware baik beli sabun ker, susu ker atau makanan anak2 diorang.
Itu belum lagi mata wang Malaysia jatuh. Barang Hai-O kebanyakkan daripada China. Jadi bila pihak Hai O bagi tau barangan akan meningkat harga menyebabkan pelanggan ramai yang berkira-kira nak membeli. Contoh ketara sekali ialah pil herba maharani. Naik RM20.00!! Lepas tu tambah dengan GST lagi, nangis.....T_T
Yela keuntungan barang aku jual pun bukan kaut beratus2 mahupun puluhan. Untung adalah seringgit dua, kadang2 dalam nilai sen sahaja tau. Maklumlah kita berniaga sambil beramal kan hahaha.
Faktor-faktor ini menyebabkan aku bertungkus lumus jugalah untuk mencari profit dari dua2 bisnes yang aku fokus dari 2011 lagi... Lama2 aku sedari keuntungan aku makin menipis, senipis kertas A4 bai!! Susahnya nak bertahan, itu pun dah cukup lama aku bertahan tau!! Huhuhu.
Last2 akhirnya aku give up. Surrender. Ini didorong juga dengan faktor2 lain yang aku ada share dalam blog di atas. Anak buah team aku pun yang ramai2 mula menyepi start tahun 2016. Yela faham, terasa gawatnya masa tu. Nak berniaga pun tak senang.
Jadi kalau hari ni GST dah tak de, adakah aku akan mula buat bisnes direct selling balik?? Hehehe. Setakat ni jawapan aku tak mungkin. Sebab aku dah melepasi fasa menambahkan pendapatan. Fasa itu dah berlalu. Sekarang ni fokus pada pengurusan keluarga, anak2, kewangan. Nak melayan kerenah student dan kerja lagi hehehe.
Apa-apa pun semoga Malaysia akan bertambah makmur dan sejahtera selepas ini...
No comments:
Post a Comment