Seperti yang aku bajet, sebelum raya aku dapat tukar tayar baru kete avanza aku di Batu Pahat. Total tukar keempat-empat tayar setelah ditolak dengan harga tayar lama ialah RM760.00. Tayar jenis Michelin. Aku buat selepas servis kereta di Toyota. Actually sambil2 tu survey harga cat kat toyota berapa. Sekali diorang estimate dalam RM4000, wowww!! ni over bajet ni. Nanges T_T
Tukar tayar dulu lah. Diorang buat adalah dalam sejam.
Lepas tu aku balik bagitau ayah aku nak cat kereta kat kawan dia jelah. Anggaran dia dalam RM1500 kalau luaran sahaja. Tapi bengkel dia dah penuh pulak huhuhu. Tapi dia bagi bengkel kawan dia, lagi baik dia punya cat. Harga dalam RM2500. Hmmm kira2 adalah over dalam RM300 juga ni. Tapi pikir2 balik cat jelah memandangkan aku dah kesian tengok kerete ni makin oudar dah bumbung dia dek makan panas matahari.
kena tinggal kete kat bengkel dalam dua minggu, sebelum raya boleh siap punya. Ok lah. Pinjam kete ayah dulu balik Nismilan. Nanti raya balik amik kereta baju baru ehem ehem.
Ayah bagi gambar masa Avanza dalam proses kat bengkel kawan dia.
Apek ni sampai deman terpaksa cuti sekejap, baru kerja sambung balik kerja dia huhuhu.
No comments:
Post a Comment