Wednesday, July 11, 2018

Pengalaman seorang anak ibu yang berkerja.



Yelah, mana ada taska sanggup nak jaga anak2 bukan waktu pejabat. Selalunya taska ni start jam 7.00 pagi sampai 6.00 petang, jika lebih extra charge. Itu oklah dengan ibu bapa kerja waktu pejabat. Yang kerja syif ni, siapa nak bela?? Jadi berbaik sangka lah pada mereka yang berkhidmat macam mak ayah aku, kerja kadang2 anak2 terpaksa tinggal kat orang yg boleh jaga.

Bila tengok kes baby dah mati dan disorok dalam refrigerator, rasa hati sedih dibuatnya. Lagilah tengok mak dia masih berpakaian uniform kerja dia.Teringat aku pada mak, seorang jururawat dan kerja ikut syif pulak tu.

Kerja emak aku sebagai jururawat sangat2 sibuk. Aku rasa since dari 1981 aku lahir sampailah dia pencen hahaha. Sebelum 1981 aku tak tauler pasal tak lahir lagi kan. Tapi sepanjang kehidupan aku memang dia sangat sibuklah... Mengalahkan wakil rakyat. Jarang2 dapat cuti. Hari raya pun kena kerja. Sob sob sob.. Kalau tengok gambar zaman kami kecik lagi, mak sangat kurus. ... Kerja dia tak berhenti syif pagi, syif petang dan syif malam. Mak kata mana ler sempat nak duduk, asyik jalan ke sana ke mari pergi katil2 pesakit. Ada je pesakit panggil "Misi! Misi! . Makan, minum pun ko kadang2 tak sempat.

1990. Gambar hari raya sekeluarga :)

Tahun 1980an dan awal 1990an, kami sekeluarga duduk di Muor. Mak ayah kerja kat Hospital Muo. Syif malam masa tu seminggu direct!! Gilo penat. Dan waktu siang mak tidur saja, qada balik tido malam dia bekerja. Pergh penat... Sebab kalau tido keluar air basi tanda dia penat ler tu kan ngeh ngeh ngeee. Nanti tengahari mak bangun tido dan dia masakkan juga makan tengahari, dah letih2 macam tu. Pastu petang mak sambung balik tido sampai ke Asar. Lepas maghrib mak siap2 untuk masuk balik kerja syif jam 9 malam.

Ayah aku kerja MA, hospital yang sama tapi bahagian kecemasan. Rutin kitorang masa kecik akan tengok mak ayah kerja tukar ganti antara satu sama lain. Kalau mak syif pagi, ayah kerja syif petang. Kalau mak syif malam, ayah akan tukar syif pagi. Diorang selalu check rooster supaya  diorang tak kena syif sama kecuali syif petang sahaja. Kalau syif malam seboleh2 mak dan ayah elakkan bertembung, takut kami anak2 terbior pulak di rumah takde orang jaga.

Jadi waktu pagi kami tengok mak, petang kami dapat tengok ayah. Petang kami dapat tengok ayah dan malam kami baru dapat tengok mak. Mak dan ayah tak dapat tengok diri masing2 kerja kat spital yang sama pun!!  Rutin ini dah biasa dari kami lahir hinggalah habis sekolah menengah.

Dah ayah dan mak kerja siang malam, kami tak boleh terlepas terbior macam tu. Mesti ler ada orang tolong tengok2 kan kami ni.. Dia arwah Tok Mok, jiran sebelah rumah, merangkap juga tuan rumah sewa kami. Ayah rapat dan layan Tok Mok macam mak sendiri jadi Tok Mok rajin tengokkan kami bila mak ayah kerja. Sebab badan dia agak gempal (Tok Mok itu nama atuk gemok) lutut dan kaki dia selalu bengkak. Dia susah nak jalan. Jadi setiap kali mak dan ayah kerja, dia mesti usung tikar dan tilam nipis dia, bentang dalam rumah kami. Boleh lah duduk bersila atau baring atas tilam tu.

Al-fatihah untuk Tok Mok.
Ni jer satu2nyer gambar aku dengan Tok Mok kat rumah dia. 

Waktu kitorang ligan dia mampu jerit jer. Kesian Tok Mok, penat tau dia jerit nak kawal kami yg buas ni hohoho. Jam 5.00 petang baru dia bagi main luar rumah. Pukul 7 ptg mesti balik mandi. Kalau degil sangat Tok Mok report ayah. Kalau malam masa tunggu mak ayah balik kerja, Tok Mok akan letak kerusi depan rumah dia dan duduk tunggu sampai nampak motor ayah masuk halaman rumah. Barulah dia masuk rumah dan tidur.

1989.
Tapi bila dah ada basikal sorry ler, makin jauh le kitorang merayap... 
kalau mak ayah keje,  kitorang kayuh sampai ke bukit treh ko... Tok Mok tak larat nk leter.
Pastu kita cuak, kalau mak ayah tau kantoi kang, kitorang kayuh laju2 balik rumah hehehe. 

Baik mak atau ayah tak suka rumah bersepah2. Pernah sekali malam tu dia balik kerja, mainan kami tak kemas bersepah dalam bilik. Mak jerit, marah sakan, amik semua mainan humban keluar tingkap. Kitorang terkulat2 senyap aje, takuuut. Besok siang hari kitorang cari balik mainan mak campak keluar rumah tu hehehe.

Kitorang tak pernah cuti berjalan makan angin. Adalah sekali ayah bawa kami jalan ke Kelantan dan Terengganu tahun 1992 teman dia interview untuk jawatan MA satu projek mega di Jeli, Kelantan. Selebihnya cuti sekolah, kitorang duduk bertafakur jer di rumah hehehe. Atau balik kampung mak di Klang. Nak cuti, kerja di hospital payah nak dapat cuti. Kitorang tak mampu bercuti jauh2.

Zaman 80an dan 90an memang susah, zaman Tun Mahathir jadi PM pulak tu hahaha. Duit gaji kecik, tak cukup untuk tampung makan minum cukup sebulan. Nak beli makanan bila sesak hujung bulan, sesak2 terpaksa ke kedai pajak..  Dapat gaji tebus balik. Nak makan susah, apalagi nak bercuti jalan sana sini. So dulu orang kata makan gaji tu untung, banyaklah ko. Sama je. Bila kami dah habis sekolah baru lega sikit kot hehehe mak dan ayah dah bertambah senang dan selesa.

Ya, hello hello
Apa? ada kes??
Aku dah pencen ler :)

Tahun terakhir mak kerja, sebelum pencen sebagai jururawat di Hospital Batu Pahat. 

Bila dah pencen, barulah mak dan ayah ada peluang jalan2 bercuti :)

Terima kasih mak dan ayah susah payah jerih membesarkan kami dengan jayanya :))))



No comments:

Post a Comment

Trade in Filter Cuckoo baru 2024

Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...