Lama juga event ni berlaku dua minggu lepas, yelah aku ni busy mana sempat nak update blog.
Masa ni mak aku plan nak ajak adik beradik dia kumpul rumah baru abang aku, Hardy di Rantau. Nak buat kenduri doa selamat sekali. Hahaha aku gelakkan abang aku jer pasal dia ternganga2 jer tak tahu menahu nak buat open house ni alih2 mak cakap nak buat makan2 kat rumah kau nanti hari Sabtu tu 30hb Jun.
So punya kalut dia call mintak aku carikan tempahan nak sewa kerusi meja, nak tambah lagi kambing bakar takut tak cukup (sebab aku order daging kambing perap untuk bakar). Aku cakap cukuplah daging tu, kerusi meja tak payah nanti aku bawak tikor jer. Bentang bawah kita bersila je makan ramai2, sadis punya adik dia ni hehehe.
So mak ayah aku baru balik dari Terengganu, saja ikut makcik aku jalan2 kat sana. Siap dah borong sotong ko kat sana. Cadang nak bakar2 malam tu. Uii jauh sotong Terangganu atang. Lepas tu beli kerang, udang, ikan cencaru dan keli (orang nismilan panggil ikan sembilang??) kat Banting sebelum datang ke Rantau.

Gaya membakar sambil menjeling dari en husband.
Sampai je kat rumah Hardy, kitorang test dapur bakar mak yang bawak dari Johor. Senang tak payah nak guna arang ker, nak kipas ker. Guna gas memasak ajer.
Cuba bakar daging perap kambing ni sekali. Pakcik aku dah siap bakarkan otak2 dan ikan keli.
Mak siap pesan belikan durian sebab hajat nak buat bubur serawa. Anak2 kami dah perabihkan durian dia beli siap2 dari Pahang on da way balik dari Terengganu. Bertuah punya anak :))
Kerang baru lepas cuci, Hardy bawa nak bakar siap2. Sebab malam tu semua dah datang untuk makan. Lepas bakar tu, kitorang dah siap2 makan dah rasa semua makanan yang ada ahahaha.
Malam tu lepas solat magrib berjemaah, ayah jadi iman dan ketuai bacaan doa selamat untuk majlis malam tu.
Ala Afiq malu2 pulak. Birthday boy.
Sambut sekali hari jadi Danial Afiq yang ke 12 tahun, anak abang aku yang pertama.
Cepat dah besar Afiq ni, nak jadi anak bujang. Semoga sentiasa success dalam bidang bola sepak yang diceburi.
Brownies coklat. Feberet aku tapi tak boleh makan banyak nanti gemoksss T_T
Tart buah
Kek harijadi Afiq
Kek carrot.
Semua kek ni makcik aku yang terrer buat, Cik Wah. Asal ada jamuan makan2 jer dia mesti buat side dishes yang sedap2 macam ni huhuhu.
Daging bakar yang marvelous. Jenuh aku dan husband cari balik contact orang yang buat daging perap ni pasal ramai sedara mara yang suka.
Umar dan Cik Wa menikmati daging kambing bakar. Tempah 5kg habis dimakan semua yang datang, kan mesti cukup punya.
Banyak2 makanan ada, Ilhan nak makan bihun goreng ajerrr. Sabar jelah.
Hah tuan rumah baru duduk tenang makan malam.
Feberet Ilhan sama macam aku, makan brownies ni macam berantu. Tak boleh berhenti weiii T_T
Sembang2 pakcik2 di luar rumah.
Pegang kontrak satu hari untuk bakar membakar ye bang. That was your great job ahaha.
Mak makan daging kambing.
Kan, duduk bersila jer senang. Tak payah kerusi meja bagai kan kan kan!!
Ni keluarga mak Com dari Senawang. Adik perempuan ayah yang dah pencen sebagai jururawat.
Bakar, kita bakar.
Acara makan semakin rancak ahahaha
Jemput2 abiskan.
Jiran tetangga Hardy pun datang eratkan ukwah.
Luas rumah abang aku, muat semua orang datang duduk bersila makan.
Hah tambah2 lagi. Keluarga Mak Com peminat tegar ikan keli. Habis licin ikan keli bakar, semua makanan pun habis juga. Durian serawa mak pun habis. Alhamdulilah cukup, syukur..
Dalam jam 11 malam baru lah semua beransur2 balik. Aku dan husband tolong basuh pinggan mangkuk dan kemaskan barang2 sebelum balik Sendayan. Ramai adik beradik mak tidur rumah HArdy malam tu, sebab besok nak gerak ke Putrajaya. Pakcik aku (adik mak) buat open house pulak. Yeah bulan raya memang bulan makan sahaja!!!!
No comments:
Post a Comment