Tuesday, December 18, 2018

JALAN-JALAN MAHA 2018


MAHA ni dah abis dah, baru ler sekarang aku nak update citer dia T_T. Tak terkejar nak update blog ni, dengan komputer tetiba kong pasai apa ntah. Kena hantar untuk repair. 

So kami pergi MAHA lepas husband abis kursus di Hotel Dorsett, Putrajaya. Kami bermalam di rumah abang aku kat Kajang. Kebetulan abang aku dan family nak pergi MAHA. Diorang pun tak pernah jalan di MAHA. Kitorang pergi jam 9.00 pagi. Sampai awal jadi boleh parking dekat.

Plan untuk lokasi2 di MAHA. Ni kat Pintu Dua. Sementara nak tunggu tram datang, kena tengok mana nak jalan dulu. 

Singgah di laman padi. Adam excited tengok pokok padi. 



Ambil gambar di laman padi. 

Lepas tu naik tram pergi laman flora pulak. Husband nak tengok rumah Hobbit. Keh keh nak pergi oversea tak termampu, jadi tengok kat MAHA pun dah kira ok lah. 

Ilhan second time pergi MAHA. Dulu pakai stroller, sekarang jalan jer senang sikit. 


Wah kalau laman flora dan laman sayur confirm korang akan geram tengok pokok sayuran dan bunga pelbagai hidup subur jer.... Apasal kita tanam tak jadi macam tu yek T_T



Wahhhh pokok daisy tumpah melata2....

Hah sampai hajat di rumah Hobbit padahal ini jadi rumah kelulut hehehe. 

Rasa nak bawak balik letak kat rumah jer.... 

Ok ni macam dah jadi duta kubis yek!!

Meriah poko ati2... macam2 kaler. 
Aku memang nak cari pokok ni tanam banyak2 gantung pasu tinggi confirm syantekkkk. Berangan.... 

Hmmm syantekkkk laman flora ni, tenang jer...

hahaha budak ni geraaammm tengok pokok orkid. Siap ler nanti confirm sibuk suruh beli pokok orkid. 

Ilhan nak tunggang bebiri, nasib baik patung jer. Kalau tak menjerit biri2 tu...

Singgah kejap kat rumah Negeri Sembilan, makan cendol. 
Banyak2 rumah negeri, nismilan jadi pilihan port kitorang lepak rehat untuk makan cendol ahahaha. Pasai kitorang dah jadi penduduk negeri ni.

Kat rumah nismilan biasalah mesti ada kartunis Ujang ahaha. Anak2 pun kenal, padahal Ujang ni wujud lagi masa zaman aku bebudak dulu. 

Sambung jalan semula, family abang aku masuk G2G Pet Farm. Umar dan Qaireen nak masuk sekali lagi. Hah masuklah nak. Ibu, ayah dan Ilhan jejalan kat kawasan ternakan dan jentera. 

Ilhan macam biasa kalau tengok lori, bajak ker kren confirm excited nak naik dan tengok. 


Wow, bestnyer kalau boleh bawak balik satu yek!

Jentera buatan Malaysia tau!!

Ok, dah pukul 2 lebih, jom balik. Letih dah.....




No comments:

Post a Comment

Trade in Filter Cuckoo baru 2024

Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...