Anak aku yang sulung ni tak berapa gemor buat outdoor activities. Banyak duduk dalam rumah, baca buku, tengok tv. Yang rajin main di luar adik2 dia sahaja. Seperti biasa awal tahun ada acara sukan sekolah, merentas desa. Jadi dia pun masuk acara rentas desa tu.
Masa training petang tu, malam dia ngadu kaki lenguh. Jadi aku sapu minyak panas. Balik kampung kat Johor mengadu lagi kat Wan dia. Wan dia tolg urut sapu minyak panas.
Bila hari merentas desa, larian start jam 8 pagi. Qaireen makan roti habis sebungkus nak bagi tenaga punya pasal. Tup2 tengahari masa aku nak amik Umar dari sekolah husband call cikgu bagitau Qaireen tak larat nak sekolah KAFA. Jadi aku amik dia balik sekali. Umar tolong bawakan beg dia. Longlai je, air mata keluar meleleh. Tak cakap apa2. Dalam kete senyap je. Bila tanya, dia cakap penat...
Makan pun berselera. Datu peket roti jala dia sorang2 je yang abiskan.
Kat HTJ ada sekolah dalam hospital. Cikgu datang untuk mengajar kanak2 yang tak dapat bersekolah sebab masuk wad. Jadi hari ni dia belajar Bahasa Inggeris.
Depan kubikel dia ada bilik bacaan, jadi banyak juga buku boleh dibaca nak hilangkan boring.
Masa training petang tu, malam dia ngadu kaki lenguh. Jadi aku sapu minyak panas. Balik kampung kat Johor mengadu lagi kat Wan dia. Wan dia tolg urut sapu minyak panas.
Bila hari merentas desa, larian start jam 8 pagi. Qaireen makan roti habis sebungkus nak bagi tenaga punya pasal. Tup2 tengahari masa aku nak amik Umar dari sekolah husband call cikgu bagitau Qaireen tak larat nak sekolah KAFA. Jadi aku amik dia balik sekali. Umar tolong bawakan beg dia. Longlai je, air mata keluar meleleh. Tak cakap apa2. Dalam kete senyap je. Bila tanya, dia cakap penat...
Petang tu balik dari taska pun sama, tak larat. Jadi besok dia tak pergi sekolah memandangkan badan dia tak larat. Pergi klinik doktor suspect denggi sebab ada beberapa pelajar kat Sendayan kena deman tu lepas cross country. Doktor bagi ubat tahan sakit dan panadol.
Deman dia terus on off selama beberapa hari. Last2 hari ketiga tak ok lagi, lepas jam 12 tengah malam suhu badan dia panas sangat. Jadi husband bawa dia ke Hospital Tunku Jaafar. jadi tarikh 21 Januari admit Wad pemerhatian lepas tu pagi tu akhirnya masuk wad Kanak-kanak pulak.
Hari Pertama. Deman masih berpanjangan suhu tinggi, darah dah amik. Alhamdulilah bukan Denggi. Risau jugak kena denggi huhuhu. Mak ayah datang melawat kebetulan diorang baru balik dari Banting.
Hari kedua dah bertambah ok. Ubat bagi empat jam sekali. Huu aku bagi lapan jam sekali kat rumah. Sekali doc arahkan bg 4 jam sekali. So kejap2 makn ubt. Kejap2 nurse dtg bg makan ubat.
Petang tu dah ok, boleh duduk borak2 macam biasa.
Makan pun berselera. Datu peket roti jala dia sorang2 je yang abiskan.
Kat HTJ ada sekolah dalam hospital. Cikgu datang untuk mengajar kanak2 yang tak dapat bersekolah sebab masuk wad. Jadi hari ni dia belajar Bahasa Inggeris.
Pukul lapan malam doktor round lagi. Kali ni kena puasa start 2 pagi sebab nak buat ultrasound besok. Tengok bahagian organ dalam pula. Sebab Qaireen ngadu abdomen sakit jadi doctor surgikal nak pantau kalau ada kesan masa dia operate time baby dulu. uii risau juga,.
Budak kecik ni nama dia Firash. Lagi lama dia berkampung dalam wad ni. Kesian dia boring sorang2 sebab mak ayah dia kerja. Selalu datang katil Qaireen sembang2 dan ajak main sama.
Main game jelah, nak main playground kat luar confirm guard tak bagi.
Besok pagi lepas ultrasound, cikgu datang pulak. Ramai cikgu dia, tukar ganti. Bagi latihan dan tgk video.
Cikgu balik ada bagi kerja rumah. Qaireen bising letih kepala nak tidur lepas buat latihan tu hahaha.
Petang cikgu lain datang pulak. Bagi latihan lagi huhuhu, "penat otak Qaireen" bising budak ni.
Ala kamu tak sekolah dekat seminggu dah, nak letih apanyer kui kui kui..
Lepas scan pagi tu, result pun keluar petang tu. Doc cakap tiada masalah apa2. Deman viral, sambung makan ubat empat jam selama dua hari kat rumah. Yeahh lega, Alhamdulilah. So boleh discaj wad lah pada 23 hb Januari. Kena rehat sehari di rumah. Petang tu jam 6 pm husband datang amik kita. Maka selesailah sudah percutian 3 hari dua malam di wad HTJ ni. Sekian....
No comments:
Post a Comment