Wednesday, January 2, 2019

Jalan hujung tahun di Ikea Cheras.

Kira ini aktiviti terakhir keluarga kami untuk penutup tahun 2018. Hari 28hb Dec tu, satu family pergi ke Ikea Chera, hajat nak beli barang pakai online jer tapi dia charge post dalam RM28 ko!! Mak aii dah ler barang aku tu dua jer, last2 husband kata baik kita pergi jer sendiri beli ahahaha. Lagipun kitorang ambil cuti seminggu lebih untuk habiskan cuti tahunan dan teman anak2 cuti sekolah kan.. 

So gerak keluar awal rumah dalam jam 8.00 pagi. Singgah sarapan kat RnR Seremban. Pastu dalam jam 10 lebih tu baru sampai IKEA Cheras. Biasalah manusia sibuk nak masuk kerja kita sibuk nak shopping kat Ikea huhuhu. Tak de lah buang masa, cari2 barang nak kita beli kan. Sambil2 tu anak2 sibuk main duk guling atas sofa, katil dalam showroom tu T_T

Dalam jam 12, beraturrr nak bayar sudah.. Asal nak beli dua barang tapi terlebih2 jadi 3,4,5,6 dan berapa ntah barang2 nyer. Huh dugaan2 

Hasil tangkapan pada hari tersebut, pokok pun aku rembat hahaha!! Pasal harga dia murah RM14.00, minggu lepas aku beli kat nuseri Senawang dalam RM25 sepokok. Uii rugi!! Rugi!

Orang tak ramai sebab hari bekerja kan. Lagipun aku setakat ni perhatikan IKEA Cheras ni tak crowded beratur panjang macam kat Ikea Damansara tuuuu. 

Lepas bayar, hantar barang ke kereta. Lapar dah pulak. Letih tilik tengok barang pusing sana sini kan. Malas nak makan kat luar susah nak berhenti nak pikir cari makan kat mana. Makan kat IKEA je, ibu belanja dah eh.. Sebab temankan ibu shopping kan...

Disebabkan memang dah waktu lunch, ramai ler manusiia yang kelaparan beratur memanjang nak ambil makanan. Fuh macam kantin sekolah dah, crowded seh. 

Haip!! Sempat pulak Umar celup jari dalam mushroom soup tu. Tak sabar nak makan ler tu. 

Sebab ramai umat manusia kelaparan, tempat duduk jadi dah penuh. Takde kosong. Rezeki, tetiba ada satu set sofa kosong sebelah kiri kami. Husband terus cop duduk hehehe. Wah sofa macam makan ala2 kat restaurant jah ye. 

Semua makan chicken chop kecuali Ilhan makan pasta. Meatball sorry to say kami tak berminat ler. Tak taulah sebab bukan kena selera tekak melayu kami kot kui kui kui.. Chicken wing aku tapaw je.

Tu bil dia.... 

Qaireen tadi nak pasta, tapi tukar chicken chop. lepas tu dia paw pasta adik dia. Geleng kepala aku...

Senang Ilhan makan kalau kena selera dia. 

Hah bismillah.. makan. Ibu syok tangkap gambar anak2 makan.

AMboi selera betul budak ni makan :)))

Dah kenyang, tersandar Umar. Ceh tak senonoh betul hehehe. 

Ok, nasib baik habis, licin... 

Dah kenyang jom balik.... 




No comments:

Post a Comment

Trade in Filter Cuckoo baru 2024

Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...