Sunday, March 24, 2019

KIsah Beli kereta kedua



Lama aku pakai avanza ni since tahun 2007. Dari bujang, dah kahwin sekarang anak dah tiga orang. Yang sulung dah darjah 4. Kira inilah satu2 nyer kereta kami pakai untuk pergi kerja, ke sekolah, berjalan2 dan shopping barang.

Qaireen nak drive avanza ker?? hehehe
Budak kecik ni dah darjah 4 dah tahun ni. 

Bila usia kete dah masuk 12 tahun, banyak part yang asas perlu diganti contoh macam bush, lower arm. Tapi enjin masih tip top. Masih ok, dan pemanduan pun jadi soft dan lancar. Tak pernah ada masalah besar sepanjang pakai kete hijau ni. Memang aku hanya servis di toyota servis dari awal sampai sekarang.

Mula2 gatal2 juga usha tengok kat showroom Toyota tu. Ada Altis, Innova, C-HR, Harrier. Tapi harga dia amboi semuanya RM100k ke atas. Huhuhu. kalau kira-kira kita bayar seribu lebih untuk installment sebulan.

Bukan apa, kalau bayar installment dah seribu lebih, mana lagi duit nak allocate untuk maintenance, service, insurans dan roadtax. Semua tu juga kena fikir woooo. Jadi aku target nak cari kete tak lebih dari 70k sahaja harga body dia. tu tak termasuk charges2 yang lain.


Bersambung....


No comments:

Post a Comment

Trade in Filter Cuckoo baru 2024

Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...