Entry kali ni panjang sikit daripada entry sebelum2 ni (part 1,2 dan 3). Untuk kereta kedua ni kenapa kami pilih used car berbanding kereta baru. Hmmmm sebab aku bajet harga kereta dalam 70k-80k (termasuk insurans, road tax, service charges etc...) Jadi kereta baru yang mampu aku dapat pun adalah Honda Jazz takpun City, kalau Toyota mungkin Vios kot.. Kalau kereta tempatan mungkin Myvi, Bezza tak pun Proton Persona. Jadi pilihan dalam pasaran terhad. Yelah kalau demand nak enjin 2.0 cc, laju, ada 6 airbags, 6 speeds, accessories macam push button, navigation, etc.
Ooo baru aku ingat kenapa aku tak jadi pilih Persona lepas pandu uji tahun lepas. Sebab susut nilai Persona dalam tahun pertama adalah RM20k. 20K!! 20K banyak tu?? Ko bayangkan ko dahlah bayar bulan2 kereta baru kat bank RM600 lebih tapi kereta ko susut tiap2 bulan sebanyak RM1666.67. Tak ker giler namanya??! Terus mati niat nak beli Persona time tu kih kih kih.
Lagi satu kalau masuk pasaran kereta terpakai banyak pilihan lagi untuk kita pilih. Jom kita tonton video bawah ni..
Ooo baru aku ingat kenapa aku tak jadi pilih Persona lepas pandu uji tahun lepas. Sebab susut nilai Persona dalam tahun pertama adalah RM20k. 20K!! 20K banyak tu?? Ko bayangkan ko dahlah bayar bulan2 kereta baru kat bank RM600 lebih tapi kereta ko susut tiap2 bulan sebanyak RM1666.67. Tak ker giler namanya??! Terus mati niat nak beli Persona time tu kih kih kih.
Lagi satu kalau masuk pasaran kereta terpakai banyak pilihan lagi untuk kita pilih. Jom kita tonton video bawah ni..
Jadi banyak tips-tips yang aku dapat dari video ni. Jadi kami follow jer tips yang dia bagi. Jadi sambung balik kisah pencarian kereta tu. Hari Ahad selepas sarapan kami pun bergerak ke sungai Besi untuk tengok balik 2,3 kereta Mazda CX5 yang kitorang dah query sebelum ni.
Tapi takdir kot bila jalan kat lebuhraya aku bagitau kat husband cuba masuk jap kat Kajang jap. Nak tengok kedai yg satu lagi lah kat sini sebelum kita ke Sungai Besi. Husband belok masuk exit Kajang. Kat jalan Semenyih kitorang singgah kat Auto City (tak survey tempat ni lagi sebelum ni). Husband berhenti betul2 di hadapan kereta merah ni. Jenis Mazda 3. Turun2 kereta, kitorang macam terpukau jugak tengok kereta ni hahaha padahal hajat nak cari SUV last2 balik semula ke matlamat asal cari kereta sedan.
Umar nak bergambar depan kereta tu masa sampai kat sini.
Kereta ni keluran tahun 2014, milage baru 40 000++ sebab owner dia jarang2 pakai kereta (jenis peminat dan pengumpul kereta). Orang VIP apa kisah nak beli kereta banyak. Jadi memang semua serba serbi nampak baru. Baik seat dia, kabin, bonet dan enjin. Cuma adalah calar sikit2 depan bonet hadapan sebab pergerakan kereta di jalanraya kan.. Harga dia pamer RM77k.
Jadi nego2 mintak bagi harga kaw2 murah masuk semua charges dan insurans. Aku pun booking. Dan dalam seminggu alhamdulilah loan bank RM65k settle. Dapat kunci dan pandu balik.
Semua ingat kami beli kereta baru, sumpah memang nampak baru sangat walhal dah nak masuk 5 tahun. Jadi kira nasib baik juga dapat jumpa kereta ni dari hajat nak beli SUV sebelum ni. Kalau tak dapat SUV harga RM80k++ lepas tu milage semua 80000-90000 ke atas.
Dah sebulan pakai, alhamdulilah betul2 puas hati. Minyak dia jimat giler. Dan yang penting kami tak tanggung susut nilai yang banyak untuk pilih kereta segmen macam ni. Yela harga kereta ni RM140k masa baru keluar. Hari ini kita bayar tak sampai RM1k untuk memandunya. Jadi kita dah 'menang" banyak di situ hehehe. Oklah tamat ler citer bab beli kereta kedua ni... Bye!!
No comments:
Post a Comment