Puasa dah abis dah berlalu... Aku baru terhenggeh2 nak update, sebab tu entry ni puasa dan raya sekali kui kui kui. Pasal raya tak abis lagi tau.. Ni masa shopping beli kerepek kat Parit Lapis Laman, Batu Pahat.
Beratur nak bayar kuih dan kerepek. Sekali borong total RM102.00 sahaja... Murah! Murah Murah!!
Kuih toksah citer, berlambak wei.... Ko nak rasa apa, bentuk apa, banyak mana semua ada kat sini hah!!
Dah macam pasar borong, sebab sini ramai orang hantar untuk dijual.
Stok kerepek2 untuk dijual. Ya Batu Pahat dan negeri Johor ni syurga kerepek ye bagi orang yang bukan johorian...
Stok raya dah ready weii...
Ilhan tanya mana Nasi Arabnyer ibu?? Ceh tak puasa sibuk nak makan ye :)))
Yang ni masa nak buka puasa, beli nasi Arab Damsyik. Dah hujung2 nak abis puasa mula rasa malas nak masak teringin nak makan masakan Arab (tapi orang Malaysia masak) pulak dak hahaha.
Pergh beratur tunggu giliran wei...
Tahun ni kami beraya di Perak dulu, jadi plan balik awal 3 hari sebelum Hari Raya. Bertolak jam 10.00 malam, husband nak drive waktu malam sebab boleh makan dan minum kan.... Banyak juga berhenti sebab tak tau nak buat apa duk lelama dalam kete.
Berhenti kat Tapah pulak, perkena kopi dan char kiew tiew dulu. Sahur siap2 ngeh ngeh ngeh. Budak2 ni boleh tahan tak tidur langsung.
Wah terus segar bulat mata dapat kopi kan!! Hahaha walau jam dah pukul 1-2 pagi, RnR tetap meriah ramai orang dan kereta. Kami sampai Taiping dalam jam 3.00 pagi ++.
Beraya bersama mak dan ayah di Perak.
Inilah keluarga kecil kami... Tema warna hmm buah peach cicah belacan kot..
Gambar ni menunjukkan tak sampai suku jer cucu2 yang kebetulan ada di situ, ada ramai lagi ni. Kalau masuk memang tak muat gambar nk ambil huhuhu.
Ibu, nak duit raya!!!
Ok2, sila beratur elok2. Hari ni pakcik Dan bermurah hati nak sedekah duit raya ye...
Cucu sedara yang pertama ni, boleh panggil pakcik Tok Dan dah lepas ni..
Pengantin lama ni... bukan sampai antik lagi kah kah kah.!! Beraya kat rumah adik-beradik husband je pada hari raya Pertama. Satu hari dah abis pusing selesai beraya di Taiping.
HAri Raya Kedua pulak, diorang plan nak makan nasi tomato .
Inilah muka2 chef yang terlibat aktiviti masak memasak aritu, aku tukang ambil gambar jer..
Wah dia masak, dia yang kata best??! Boleh gitew.....
Masak ayam goreng jer?? Belum, ayam ni belum dimerahkan lagi hehehe.
Yang anak2 nyer mana, ya Rabbi pengsan tak sedar diri. Penangan penat beraya kan...
Yeah belum terlambat nak ucap SELAMAT HARI RAYA 2019 semua...
No comments:
Post a Comment