Semalam aku dan husband amik cuti sebab nak pergi Garden Plaza untuk selesaikan kerja pemasangan wiFi dan bersihkan unit sebelum iklan untuk disewa. Anak2 tak ikut sebab sekolah. Jadi jam 10.00 pagi cleaner dah datang bersihkan dan staf Time datang 10 minit selepas tu untuk pasang wiFi. Dalam jam 11 pagi selesai semua kerja.
Bilik2 dah siap bersih dan dikemaskan.
WiFi dah siap pasang. Semoga ada pemyewa dari syurga datang menyewa dan jaga unit ini.
Disebabkan dah settle pasang wifi kami cadang nak ke IKEA sebab kebetulan ada jualan murahkan untuk membership Ikea.
Yang ini dalam web kata RM10, sekali pergi dia bagi less lagi!! RM7.00 jer !!
Wou Wou Wou
Barang2 yang ada dalam list untuk dibeli.
Ada promosi makanan kat restaurant dia. Fish and chip nampak menarik kan.
Okay kita mulakan. Troli masih kosong....
Dalam 30 minit. . . Ok dah bertambah, hahaha nampaknya ada barang takde dalam list pun termasuk dalam troli yek!!
Ok, di kaunter pembayaran huhuhu.
ada lah juga terambil barang yang takde dalam senarai pun.... :))))Ok, penat menelaah barang dan harga di IKEA kita makan dulu di sini. Kata nak jaga makan, tapi macam ter'over' ler pulak!! kui kui kui