Floria dah habis lama, aku baru nak update citer dalam blog huhuhu. Kitorang pergi sana hari Ahad (1 September 2019). Kebetulan mak dan ayah datang Rantau berjalan rumah anak2 dia dan family abang aku ada di sana, jadi aku ajak diorang jejalan tegok bunga.
Kami gerak dalam jam 11.00 pagi. Abang aku dna wife dia tak ikut sebab baby Akif tak beberapa sihat. jadi kami gerak dalam 1 kereta je.
Dah sudah minum, aku ajak semua makan tengahari. Kira last dah, tak nak sambung jalan lagi. Sebab masing2 dah nampak penat dan lapar. Kira kami jalan sekadar suku sahaja semua kawasan floria ni sebab taman botani ni luas dan besar yang amat...!
Kami gerak dalam jam 11.00 pagi. Abang aku dna wife dia tak ikut sebab baby Akif tak beberapa sihat. jadi kami gerak dalam 1 kereta je.
Muat2 dalam 1 kete avanza.
Pesta Floria dah tukar temat tahun, buat di Taman Botani. Jadi nak parking memag susah dan penuh. Kena naik bas transit yang Putrajaya sediakan. Kami parking kereta dekat dengan dataran Putrajaya.
Sesi menunggu bas datang.
Dekat 10 minit menunggu.
Yeah!! Akhirnya bas pun dah datang.. Percuma ye.
Sampai depan Taman Botani. Sementara tunggu Husband beli tiket, ambil gambar kat depan dulu.
Umar takde ikut ayah dia beli tiket.
Hahaha QAireen cakap kita datang lagi tempat ni. Yelah tahun lepas aku bawa anak2 jalan eh silap kayuh basikal kat sini. Perghhhh semput wei... Ada aku citer kat bawah ni
Bila selfie nampak terbalik pulak tulisan belakang tu huhuhu.
Ok, ni bunga orkid betul yek. Bukan yang jenis latex yang viral tu. Original bunga ya!
Besar2 bunga dia, terpegun Ilhan tengok.
Kalau jual ni harga cecah ratus2 huhuhu diorang lambak je letak kat tepi2 bridge ni.Budak pencinta orkid, sure aku kena paw lepas ni beli orkid untuk dia hahaha.....
Mak dan ayah pun terpegun tengok orkid2 dia. Rasa macam nak bawak balik je kan mak... hehehe.
Teruskan perjalanan kat atas jambatan ni. Mereka hias dengan bunga orkid pelbagai jenis. Memang cantik belaka. Macam kekononnya jalan atas kayangan..... tapi ramai pulak orang atas kayangan ye ahahaha!!
Wah Afiq pandai berselfie gitu hehehe.
Kemudian keluar dari jambatan tu lalu dekat bahagian kawasan yg spooky hehehe. Ada rumah nenek kebayan kat situ heeeheeeheh
Nilah rumah dia, comel je. Nak masuk tak dapat sebab kunci pun.
Ada periuk masak kat luar tu kot2 ada lah magic potion nek kebayan buat tapi kosong jer......
Lepas tu jejalan pulak kat kawasan pameran pokok bonsai.. Kat sini adalah pokok2 bonsai yang lebih 50 tahun dipamerkan kat sini. Kalau ornag yang suka art pada pokok memang elok ler jalan kat sini.
Macam pokok ni kalau pokok besar confirm nampak seram je kan. Sebab pokok bonsai jadi nampak comel jer..
Pokok ni usia dia 90 tahun. Macam umur atuk Tun M pulak, opsss!!
Teruskan jalan ada tempat ni cantik untuk bergambar. Qaireen excited nak ambil gambar kat sini.
Haha cepat duduk sini ambil gambar. Budak2 ni mesti stress aku suruh duduk sana sini sebab nak ambil gambar diorang. Yelah nak buat kenangan kan. nanti korang dah besar boleh tengok blog ni.
Masa dah pukul 12 lebih, jadi panas lit lit yang amat.
Cousins....
Ok terusksn perjalanan ke tasik pulak. Aku sebenarnya bawa ayah dan mak jalan yang senang dan mudah. Tak nak jalan yang mendaki ke atau terlalu jauh. Kesian kat orang tua.
Kat sini ada swan... Ingat swan ni baik je berenang kat situ yek. Diorang kepong ada dawai kat tepi tasik tu. Kalau tak kepung, confirm binatang ni terlepas keluar dari situ silap2 masuk kawasan pejabat Perdana Menteri pulak.
Cantiklah diorang deko kawasan dengan pokok2 bunga. Mak pun dah letih berjalan nampaknya.
Kalau buat kat laman rumah mesti cun. Tapi tahan 3, 4 bulan je kot ahahaha.
Sempat selfie ramai2 kat sini.
Ilhan suka tengok bunga ni, nampak menarik je pokok daisy ni kan.. Dalam pasu senang je nak angkut
Pekerja Floria kerja keras. Nak pantau dan pastikan pokok dalam cantik, elok dan ceria. Yelah ni baru hari kedua. Nak tunggu seminggu semua pokok2 ni bertahan..
Amik gambar kat sini tapi tak boleh masuk ke dalam. Diorang tutup pulak. Tak tau kot jadi taman larangan istana agaknya hahaha.
Okay rehat jap, bagi mak dan ayah layan cendol dulu tepi tasik.
Aku beli makanan ikan, budak2 berebut nak bagi ikan makan kat tasik tu.
Singgah solat sekejap sebelum makan. Ada khemah untuk solat kat situ.
Hahaha dia tertarik dengan air pancur tu.
Kalau tak jaga ni confirm Ilhan terjun dalam kolam...kat depan ni kira pintu keluar. Depan tu ada khemah untuk jualan pokok2 bunga dan gerai makanan.
Sampai sini je aku citerkan, sebab masa makan aku tak dapat nak tunjuk. Sibuk layan anak2 makan. Lepas tu singgah jap kat khemah jual bunga, macam biasa Umar sibuk paw aku beli pokok orkid. Kalau tak monyok je muka dia. Layankan je. Cakap guna duit dia tapi ibu boleh top up mana yang kurang. RM50 melayang juga kat situ ahahhaha.
Cuma kesal sikit sebab tempat ni terlalu luas dan besar. Rasa tak sesuai untuk mereka bawa anak2 kecil terutama guna stroller tu, jenuh nak jalan jauh. Orang tua pun sama. Eloklah pihak Floria kekalkan tempat yang lama dulu, supaya mudah pelawat nak jejalan.
No comments:
Post a Comment