Showing posts with label deman. Show all posts
Showing posts with label deman. Show all posts

Thursday, September 26, 2019

Ilhan kena chicken pox!!

Ilhan Wafiq kena chicken pox, jangkit dari tadika LC. Bukan dia seorang je kena, 18 budak kena ahahaha. Jadi outbreak pulak. Masa pagi tu dia mengadu sakit perut tapi nampak cergas lagi. Kat depan pintu tadika, cikgu cakap ada sebelum budak kena chicken pox jadi diorang nak pantau siapa deman kena balik.

Sejam lepas tu cikgu bagitau Ilhan deman suhu 37.8 celcius. Aikkk aku pun amik dia bawa pergi opis. Elok je budak ni main2 makan macam biasa. Badan pun tak panas.

Balik rumah siap ajak ayah dia nak main playground lagi. Malam tu badan hangat, tapi bila bagi panadol, kurang panas badan dia.


Besoknya barulah keluar bintik gelembung air. SAH budak ni kena chicken pox! Aku pun bawa klinik pasai dah tau dah confirm aku kena cuti kuaratin lepas ni. Mujur semua ahli rumah ni dah imun (dah pernah kena chicken pox).

Seminggu kena kurung lah jawabnya. Sapu ubat kat tempat bintik2 keluar. Bagi sejuk, tak gatal. 

Oiii marah kita ambil gambar dia, takut tak nampak hensem ye nak kui kui kui....

Sian dia, kat mulut pun keluar juga. Jadi susah sikit Ilhan nak makan. 

Asyik suruh kita tengok dalam mulut dia je, ada benda yang dia tak suka kacau nak minum susu hehehe.


Arghhhhh, hm bagi ubat mulut tak mau. Tahan je lah nak, ibu buat bubur ayam senang nak bagi kamu telan. 

Seminggu lepas tu baru dia ok, dah masuk sekolah. Aku pun seminggu cuti tak ingat kerja apa pun dah. Kelas pun tak buat. Dah nama kuaratinkan, kuaratin kerja jugalah jawabnya hahaha. Masak....!!



Thursday, March 16, 2017

Akhirnya tewas juga... deman

NAk baik cepat. Ingatkan telan ubat batuk Woods dan panadol lepas tu konon nak telan air herba pulak...hmmm last2 tak jalan juga T_T.. Akhirnya aku serah diri, pergilah ke Klinik Kesihatan Pasir Panjang setelah dah 4 hari tak reda juga batuk dan sakit tekak. Suara tak usah cakap, dah hilang. Aku ngajar pun tak barcakap tapi pakai taip2 kat slide powerpoint jer keh keh keh.

Darth Vader yoo!
Disebabkan dah 4 hari batuk, nurse suruh aku pakai mask uhuk uhuk takut virus ke hapa ni T_T

 Doktor check tekak aku merah sungguh, tulis sijil MC arini dan besok (aku cakap aku tak kerja hari sabtu hehehe). Pastu suruh aku rehat, tak payah cakap sangat. Doktor pun heran kan "Macamana nak mengajar ye kalau suara tak de?" Hah tulah suara takde pun sanggup juga aku datang mengajar dalam kelas. Takde excuse punya...


Uii banyaknyer cokelat diorang bagi suruh telan nanti.

Ada dua ari lagi nak pergi bercuti ke Pahang... Tak tau lah aku dah sihat sepenuhnya atau tak. Harap2 batuk berkurangan dan pulih sedikit dengan makan ubat2 ni T_T




Monday, February 27, 2017

Qaireen demam kat sekolah..

Pagi ni macam biasa aku ada kelas 2 jam dari jam 8 -10 pagi. Punyalah semangat mengajar, keh keh keh jadi mana ler aku sempat nak jenguk handphone pun walau sekejap.

Sempat lagi buat kuiz pagi ni. 
Student blur je walhal aku dah bagi dah semua formula kat whiteboard T_T

Habis je kelas, aku dah masuk kereta barulah bukak check handphone. Sebab nak call husband ajak makn, lapor weiiii dari pagi tak makan apa. Check kat whatassap group sekolah anak tetiba ada cikgu mention pasal Qaireen. Alamak....!!??

Cikgu hantar msg pagi dalam pukul 9 lebih tadi. Aku check dah jam pukul 10 pagi.


Lah, demam ke Qaireen. Padahal pagi tadi dalam kereta bukan main lagi coloteh dia pok pek pok kat belakang. Ceria, elok je dia jalan pergi sekolah tadi. Tetiba pula demam??! Aku dan husband pun pergi sekolah, kebetulan time tu sekolah tengah rehat. 

Tengok kat kantin dia takde, confirm duduk dalam kelas jer tu. Jenguk dalam kelas, Qaireen memang duduk tidur kat meja, dia tak larat. Cikgu dia ada di belakang tunggu dia dalam kelas. Siap muntah2 lagi. Ish sekejapan jer sakit menyerang. Dalam kepala fikir apa benda dia makan semalam atau pagi tadi. Husband dukung dia bawak ke kereta (kelas dia tingkat dua, mak aiii jenuh panjat tangga).


Alahai Qaireen dengan muka tak larat. Bawa kedai makan jap, bagi alas perut tu. 

Kena tongkat dagu sebab tak larat, nak makan pun tak lalu. 

Bawa dia makan dulu, tapi tak nak sebab tak lalu. Minum air suam jer... 

Bawak balik ke taska, suruh dia baring dan rehat. Kena tunggu adik dia balik sekolah tengahari ni dulu. 

Bila tanya punca kenapa, cikgu PJ pagi tadi suruh  satu kelas berlari lima pusingan kat padang. Yelah pagi ni dia ada Pendidikan Jasmani sebab tu pakai baju sukan. Lepas lari2 tu terus Qaireen terus rasa pening adoiii. Pastu apalagi muntah2 pulak alahai.. Hmmm sebab perut ko kosong nak... Dah suruh makan roti dalam kereta, ayah dia dah belikan siap2 malam tadi. Tapi dia tak nak makan. Minum air milo je. Nak simpan makan petang nanti. Kena makan dulu nak, nanti takde tenaga nak bersukan. Sudahnya ni ler jadinya. T_T






Wednesday, February 3, 2016

Ilhan first day di taska

Dah 3 bulan 2 mggu Ilhan duduk rumah. Dapat susu direct feeding dari aku. Dah diajar pakai puting guna botol pun payah, salah aku juga. Naklagi seminggu naik kerja baru nak ajar. Padan muka aku T_T

Marah, marah, marah...
Time ni Ilhan refuse tak mau minum pakai botol... aku pun tak tau nak buat camne dah. Last2 tangkap hambar dia miahahaha. Bila dah lapar, haus sangat sebab asyik teriak je baru nak minum tapi sikit jerrr.

Kali ni nekad jelah, antar jela ke taska CDC. hopefully Ilhan boleh bawa diri huhuhu. Pagi tu antar Ilhan aku tinggalkan no telefon pada staf cdc, kot2 kalau dia tak nak susu bagitau aku nanti. Lagipun aritu ada followup klinik bayi dan kanak2 dia.. masa aku tinggalkan rasa sayu je tengok Ilhan macam tercenggang2 kat tempat baru tu, mesti pelik suasana baru kan T_T nasib baik dekat je dengan opis ibu. 


Pukul 9pagi dapat sms dari dia....wah mesti mengamuk sungguh budak ni. Aku pun datang, dah siap mandi dah dia. Fuh muka merah menangis sakan sebab tak mau tidur dan susu. Bawak terus klinik, check berat dan panjang. Pastu Ilhan kena cucuk untuk 3 bulan punya. Apalagi mengamuk lagi si Ilhan ni. Tengahari aku bawak balik ke taska CDC. Ilhan tidur terus sebab penat agaknya. Aku beli panadol syrup dan puting baru kat staf tu takut2 dia deman sebab kena cucuk tadi.

Balik dari kerja amik budak2 termasuk Ilhan, aku perasan Ilhan senyop jer... macam merajuk hehehe. Besok pun antar bila balik tdia terus senyap saja. Tengok dia moody je. Dia macam dedau jer, macam nak deman. Rupamyer malam tu deman T_T. Aku tak tau ler deman sebab kena cucuk ker atau sebab kena tinggal. Kebetulan mak ayah baru sampai dari johor. Saja datang nak bagi mesin jahit mak kat aku...


Budak deman... first time ilhan deman. Aku cuti arini nak pantau deman dia. Mak cakap badan dia ok, takde lah panas sangat. 

Sian dia, dah ler tempat baru, suasana baru. Kena cucuk lagi aritu. Mana tak deman dibuatnyer. Harap2 besok Ilhan sihat sepenuhnyer.. 

Thursday, November 5, 2015

Rindukan ibu...

Tak sampai sehari anak2 balik, aku tanya khabar diorang malam tu kat husband. Husband upload gambar ni pakai whatassap..

Alo lolo kesian deman pulak Umar Shafiy ni T_T

Husband bagitau badan dia start panas masa dah sampai Seremban. Pagi tu suam2 tapi bila amik dari sekolah badan panas betul, bibir jadi merah! Nak makan pun tak selera. Makan ubat dan coklat sahaja hehehe. Rindu kot kat ibu dia, husband bagitau huhuhu. 


Takpe lah bersabarlah, kena tunggu sementara sekolah tak cuti lagi. Ti alhamdulilah Qaireen sihat2 sahaja. 

Friday, January 23, 2015

Penyejuk deman panas anak

Minggu ni dah 2 hari Qaireen tak pergi sekolah Pasti. Badan dia panas masa lepas waktu tengahari. Mualimah dia sms petang tu bagitau badan Qaireen panas tetiba. Letak towel basah nak redakan panas. Aku amik dia dari sekolah dia tak larat nak jalan. Bibir kering sebab panas. So balik tu singgah beli sirap panadol dan bijiran barli.


Rebus air barli, campur dengan gula sedikit.


 Sedapnya kalau makan barli ni, tapi dia tak suka. Nak minum saja.
Anak aku ni tak boleh minum air 100 Plus. Nanti perut dia tak selesa. Yelah perut dia tak tahan minum air bergas sebab sakit lama dia. Sebab tu aku bagi air masak dan air barli banyak2. Kalau kami deman mesti ayah suruh minum 100 plus banyak :)

Badan dia hangat, nak baring atas simen saja. Sejuk sikit kan hehe


Main2 dengan mainan atuk wan dia bagi masa duk kat Sarawak dulu.

 Umar je yang tak deman, masih cergas gi sekolah dan main berlari sana sini. Sian kat kakak dia.

 Dua hari pengasuh dia jaga kat taman intan.
Harap2 cepat sihat dan sembuh ye nak.
amin... 

Sunday, March 16, 2014

Deman..

Minngu ni aku tak dapat update blog sebab sibuk menjaga anak deman panas. Aku cuti dua hari langsung sebab nak jaga Qaireen Shafiyyah memandangkan husband kena pergi meeting di Perlis.


Start ahad, badan Qaireen panas, check suhu 38.9 celcius. Batuk berkahak. Bagi makn ubat batuk dan sirap panadol. Dia tidur saja sepanjang hari. Makan pun tak mahu. Aku bukak aircond supaya sejuk, dan lagipun udara kat luar pun jerebu bau asap. Badan dia panas dan kadang2 sampai mengigil2, adakala dia meracau2 masa tidur. Macam dikejar sesuatu. Kesian Qaireen. Memang basah kuyup aku lap tuala basah kat kepala dan badan dia.



Malam tu aku cuma bentang tilam di luar, senang dia baring2 tidur depan TV. Aku pun banyak bukak Astro Awani untuk menunggu khabar berita MH370.  Bila bagi makan bubur, dalam 7 suap dia muntah semuanya. Pastu kerja akulah mendobi kain, kusyen dan baju sebab tengok flow air dah mula kecil. Ish nak catu air lagi ler tu huhuhu.

Kesian, susut badan ank ibu tak nak makan sehari. Tunggu doktor panggil nama kat klinik. 


Last2 semua anak beranak tidur kat depan. Pagi senin masih tiada perubahan. So Qaireen cuti tak pergi sekolah. Aku pun amik cuti, umar sahaja ke sekolah. Lepas hantar umar sekolah, aku belikan roti canai tapi Qaireen tak lalu makan. Kira dari semalam Qaireen tak makan langsung sebab dia takut muntah lagi. Cuma minum air glukos dan barli. Aku kept up to date, whatsaap gambar dengan husband tentang perkembangan Qaireen. Kalau meeting abis awal dia akan cabut balik cepat2.


Petang kemudian lepas ambil Umar dari PASTI, terus pergi Seremban 2, Klinik Anjung Karisma. Doktor check tekak dia bengkak, batuk dan deman. Bagi ubat antibiotik sekali untuk dihabiskan.Confirm lepas makan, Qaireen pun macam melayang sebab ubat mengantuk. Badan berpeluh2 dan suhu badan dah turun. Tidur lah sampai ke pagi.

Dan hari Selasa, aku pun cuti lagi. Hantar Umar ke PASTI dan basuh semua baju, tilam dan kain. Sambil2 basuh kain tengok sekejap MHI TV3, Kapten Norudin (bekas juruterbang MAS) bagi pandangan dia tentang peristiwa MH370. Kagum aku dengan orang tua yang berilmu ni.

Pagi tu baru nampak Qaireen bertenaga, bagi minum sup cendawan. Aku ajak dia keluar ke pejabat POS LAJU Lukut sebab kena poskan barang2 (kolagen, kopi dan tupperware) yang customer dah order dan bayar. Untung sebelah Pos Laju ada Kopitiam Old Town White Coffee. Qaireen request nak makan me sup. Ok jugak, boleh aku perkena kopi-aku ni gila kopi.

Sebelum makan, 
selepas setengah jam jus oren abis dan me tinggal suku je dalam mangkuk


Malam tu dia pun ceria, main2 dengan Umar. Nampak ada bubur McD terus mintak, mak aii banyak betul makan. Kira balas tak makan 2 hari ler tu. Alhamdulilah, sihat kembali anak-anak aku. Malam tu husband pun sampai dari Perlis.

P/S: hati agak sedih mengenangkan nasib pesawat MH370. Semoga Allah permudahkan pencarian dan menyelamat pesawat ini. Amin....



Bercuti Di Langkawi 2025 || Part 2

Sambungan kepada hari kedua....Bercuti Langkawi tahun 2025. So macam biasa kita bangun pagi2 dan sarapan di HG hotel. Senang ambil breakfast...