Hari SAbtu 24 Ogos 2019, ada Musang King Marathon kat Hijayu Aman, Bandar Sri Sendayan. Ini kali keempat Matrix buat pesta durian musang king ni. Dan inilah julung2 kali pertama kami datang ke pesta ni.
Jadi jam 11.00 pagi baru kami gerak keluar rumah. Ejen aku ada bagi gambar pukul 10.30 pagi dah ada orang beratur dah amik kupon nak makan durian dan aiskrim. Fuiyooo awalnyer!! Sampai kat sana mak aiii, banyak dah kereta berderet parking kat sepanjang jalan di sekitar Hijayu Aman. Memang kena menapak ler jawabnya. Husband turunkan kami di depan jalan masuk, suruh kami masuk dulu.
Lepas tu amik juga buah kelapa, dragon fruit. Tapi malas nak amik banyak2 sebab tangan un dah penuh huhuhu. Tak boleh ketik gambar dibuatnya.
Hari terakhir nilah baru nak datang sebab memang nak tengok meriahnya event ni. Ni nak penuhkan hasrat anak2 nak join event ni dan makan durian.
Nah, masuk je kat area pintu guard beratur panjang manusia. Ni beratur untuk pendaftaran dulu yek. Bukan beratur nak ambil durian kui kui kui... Tu depan tu khemah pendaftaran.
Hah ke sebelah kanan tu baru khemah durian musang king. Kena daftar amik kupon, lepas tu beratur sekali lagi kat khemah durian untuk ambil duriannyer.... Kat dalam gelanggang tu tempat main bubble dan trampoline.
Anak2 sabar je beratur sebab nak makan durian mahal kan kui kui kui.
Beratur sebenarnya tak lama. Kejap jer bergerak. Laju je. Dah nak sampai depan khemah.
Tengok belakang, uiii makin panjang dah orang beratur. Dah lepas pondok guard dah.
Ok ni adalah agenda event hari ni. Duriang ada 400kg jadi memang banyak untuk diagihkan pada orang yang datang.
Husband masa ni dah sampai dan beratur sekali. Jauh dia menapak sebab kereta penuh je sepanjang jalan huhuhu.
Dah dekat dah...
Uncle yang pakai baju putih ni aku rasa mesti semua pesta musang king Sendayan ni wajib dia datang. Siap pesan kat husband aku,"Jangan makan durian dulu. Pergi booth aiskrim, minuman dan sandwich sebab itu cepat abis lagi. Itu durian memang banyak punya oo. Selagi diorang pass kupon memang cukup untuk semua makan"... Dia releks jer minum air dulu. Confirm dah selalu sangat join event ni ahahahaa.
Actually kami dah daftar awal sebab dia bagi scan qr codes masa beratur. Isi siap2 jadi depan kaunter terus tunjuk je dah siap daftar. Then dia akan bagi beberapa keping kupon.
Ok beratur sekali lagi nak amik durian. Apa2 pun amik durian dulu pasai anak2 tak sabar nak makan durian.
Busy pekerja ladang durian tu kopek durian. Pakai alat pembuka durian jer, memang laju dan pantas uolls.
Ambik gambar sat...
Dah susun2, tinggal nak amik..
Banyak lagi ni... Amik sebakul bawa balik rumah boleh tak??!
Umar tak sabar dah nak makan durian musang king.
Akhirnya....
Aku dapat dua pax sebab bawa Qaireen dan Umar.
husband dapat satu pax.
husband dapat satu pax.
Ok kita makan lah apalagi..
Makan....
Durian ni rasa pahit2 payau sikit...
Makan dua ulas je cukup, yang lain bagi makan kat anak2.
Minum air kelapa pulak..
Makan sampai comot!
Uiii sedapnyer Ilhan makan....
Lepas makan, Qaireen nak buat penanda buku pulak.
Pilih satu lukisan dan warnakan cantek2...
Dah siap nanti dia akan clamp buat badge dan jadilah penanda buku.
Boleh simpan buat kenangan... Makan duiran dapat buat penanda buku ahaksss.
Lepas makan aiskrim ronda2 pusing tengok showhouse kat situ. Ini rumah bukaan dia 20 x 75 sqft. Harga untuk penjawat awam dia bagi lepas diskaun RM511k (intermediate).
Lepas makan aiskrim, kita tunggu ayah datang ambil pula.
Umar geram nak bawa balik bendera tu. Iss mana boleh..
Show house di Hijayu Aman dah boleh datang tengok.
Kalau nak tengok dan tanya atau bincang berkaitan pinjaman ke kelulusan ke kelayakan permohonan pembelian perumahan boleh contact ejen Matrix tertera di bawah ni. Servis dia memang top dan terbaik!!
CK 016-901 8876
memang sedap ek musang king? saya tak makan durian. huhu
ReplyDeleteRasa pahit2 payau. First time makan durian jenis ni sbb sy bukan jenis gila durian sgt :)
Delete