Thursday, October 24, 2019

Makan Japan di Nippon Sushi

Hari Isnin kami amik cuti rehat, sebab penat dua hari ulang alik ke Port Dickson  (Sabtu dan Ahad) tak dapat rehat di rumah. Lagipun pagi ni ada buat appoitment service kat Mazda Centre di Rahang. Alang2 dah kat Seremban, makan tengahari kat Nippon Sushi di Seremban Gateway .

Sebenarnya dah banyak kali survey tempat ni, cuma takde masa nak pergi. Jadi kebetulan aku dan husband berdua je, jadi nak try rasa makanan Japan pulak. Banyak menu dia, lama belek2 kitab menu dia. Gambar okey2 nampak sedap belaka ahahaha!! Menu korang goggle, memang banyak.

Restaurant jangan risau, tanggung halal. Dibuka dan dibangunakan sendiri cawangan2 reataurant ini oleh usahawan Muslim wanita lagi, Puan  Siti Noraini Nuawi. 

 
Pengarah Nippon Sushi Malaysia, Puan Siti Noraini Nuawi. 

Wah En Hamdan ni teruja nak makan pakai chop stick ahaha!!

Air matcha (green tea) yang panas ni memang awesome. Memandangkan kami dah off sugar, jadi air teh ni memang sedap beb!! Dia bagi seteko lagi kau ahaha!! Top up banyak mana kita nak. 

Sushi silih berganti. Tapi kami tak makan sushi kat sini. Hah kami nak makan dishes yang lain. 


Cantik, kemas dan bersih restaurant dia. Kami pelanggan pertama pun ahahaha. Jam 11.30 pagi dah masuk sebab nak makan awal.Staf dia cakap kena tunggu lagi 5 minit nak setup, kami"no problem'! Nak pilih makan pun amik masa beb, banyak menu dia. 

Ok aku pilih Tan tan spicy karage ramen. (Chicken)

Makanan ni semuanya dihantar guna robot.

Husband pilih Beef Tepanyaki set. Kami tambah Rib Eye Teriyaki. 

Banyak protien dan lemak sebab diet Ketogenik (kecuali mee dan nasi). Kira hari ni hari 'cheat day' kami lah... mua mua mua. Kami tak ambil sushi pun, just ambil sepiring moici. Macam kuih koci, kuih tradisi Japan ni pakai beras pulut inti red bean dan peanut. Rasa dia manis, orang tak suka manis memang tak payah makan lah. Enjoy our food, yummy yummmy yummmy......

Dan total harga makanan dub dap dub dap. 

Oklah, rasa makanan dia memang sedap. Daging dia lembut, tak kering. Yummy. Boleh makan lagi. Datang lagi?? Mestilah datang, kali ni nak bawa anak2 cuma Ilhan je aku risau sikit, karang dia sapu BERTERABUR ler semua pinggan sushi atas covenyer tu nanti hahaha!!




1 comment:

Trade in Filter Cuckoo baru 2024

Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...