22 bulan Oktober adalah hari jadi Ilhan Wafiq. Jadi macam biasa kami celebrate kecil2 saja dengan keluarga sendiri. Kegemaran Ilhan adalah ayam KFC dan kek. Memang betul2 favourite dia!! Punyalah suka kalau ada kek atau kita pergi ke KFC hahaha.
Disebabkan hari hujan dan lambat sampai ke rumah jadi kita just take away je hokey..
Selamat hari jadi... selamat hari jadi...
Yeah potong kek cokelat oreo. Ni beli kat Kedai kek Viral, sebelah politeknik PD jer.
Yummy!!!
Berebut makan kentang putar dengan kakak dia!
Favorite Umar, cheesy wedges.
Itu kalau sambut dengan family sendiri. Minggu lepas balik Batu Pahat sebab cuti panjang sempena Deepavali. Atuk dan Wan belanja beli kek untuk dia. Wah kek lagi. Tapi ni kek memang sedap pun.
Happy dapat makan kek lagi!!
Kali ketiga, dua hari lepas baru jer sambut pulak harijadi untuk semua anak2 yang lahir bulan Oktober kat tadika dia. Wah tiga kali sambut woo!! Rezeki. Untung ler kamu nak.. Banyak nyer makan kek tahun ni kan huhuhu. Kalau ibu lah mesti muak dah.....
Cikgu hantar gambar. Kek ni tadika Ilhan yang sponsor.
Ramai2 potong kek, budak2 lahir bulan Oktober comey2 semuanya ahaha!!
Yang lainkek mak bapak sponsor hehehe aku tak beli sebab tahu Ilhan dah muak hadap kek jer..
Ni pun dah bnyk kek dah untuk satu kelas dia kan..
Selamat hari lahir Ilhan, semoga jadi anak yang soleh. Yang berjaya di dalam dunia dan akhirat. Ibu dan ayah sentiasa memberikan yang terbaik untuk anak2 semua. InshaAllah.
No comments:
Post a Comment