Tuesday, November 5, 2019

Kisah Kasut Bola Umar

Sebelum ni Umar request nak beli kasut bola. Dia selalu main bola kat padang futsal dengan kawan2 sejiran taman ni. Dan aku tengok main pakai selipar sampai selipar dia dah haus tapak dia. Dan kuku dia selalu patah, luka sebab sepak bola tu. Masa di Mydin dia mintak kasut tu harga dia dalam RM50.00.

Jadi ayah dia pun bagitau kasut sekolah dia akan belikan sebab tanggungjawab, tapi kalau kasut bola itu kehendak jadi kena kumpul duit mula dari hari tu. Sikit2 seringit dalam sehari. Dalam dua bulan boleh dapat RM50 dan beli kasut. Mula2 Umar komplen juga tak kan nak beli kena kumpul. Tapi last2 dia akur juga.

Selepas dua bulan, yeah dah cukup RM50.00 Tukar duit tabung dengan ayah dapat sekeping RM50.00

Kerana sekeping RM50 ni dia sanggup tak belanja habis duit dia. Pagi2 bagi duit belanja, Umar dah asing siap2 duit dalam tabung. Ni memang tahap kamikaze ni huhuhu!!

Then aku pun ada juga sumbangkan, kalau dia tolong siram pokok, sapu sampah dan basuh pinggan aku bagilah upah seringgit pada dia. Komisyen lah katakan. Macam Belalang lah pulak kena ambil upah buat kerja rumah hehehe. 

HAri yang dinanti-nantikan... Beli kasut bola :)

Pilih jangan tak pilih. 

Lega yek dapat beli kasut bola. Lepas ni jagalah kasut tu elok2. Beli dengan duit sendiri. 
Nampak muka puas hati dapat beli dengan duit poket sendiri kan.... So hargainya yek!!





No comments:

Post a Comment

Trade in Filter Cuckoo baru 2024

Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...