Last sekali kami pergi Dataran Merdeka. Hehehe nampak gaya memang lawatan jalan -jalan kali ni kami pergi ke tempat2 nostalgia Kuala Lumpur pada masa dulu kan. Sekarang ni semua orang nak pergi ke tempat2 moden je kan. Kat sini banyak betul historic building, sangat bernilai...
Parking kat Dataran Merdeka ni terletak bawah, kar basement level. Mujur dtg awal lepas tu jalan depan tu tutup sebab diorang nak siapkan pentas sambutan Tahun Baru 2020.
Kat belakang tu DBKL sedang sibuk pasang peralatan dan pentas untuk sambutan Tahun Baru ni yang tinggal beberapa hari lagi.
Ambil gambar di hadapan bangunan Sultan Abdul Samad
Dekat situ ada River of Life. Binaan baru yang dibuat masa zaman Perdana Menteri ke 6. Sungai Gombak ni dicantikkan sekelilingnya, cuma bau lumpur kuat juga bila duduk kat atas sini.
Kat sini ada beberapa bangunan yang bersejarah dan lama dibina di KL ni.
Nak ambil gambar kenang-kenangan.
Manatau lagi berpuluh tahun belakang tu pulak penuh bangunan tinggi2 pulak kan.
Usia bangunan ni dah lebih 100 tahun dah...
River Of life.
Ada menara kat sini untuk ambil gambar. Tapi masa aku datang ni dia tak pasang air pancut depan masjid jamek tu. Kalau malam lagi cantik sebab ada pasang lampu kaler pelbagai..
Ada banyak ikan koi dalam kolam tepi sepanjang jalan ni.
Tinggi tiang bendera ni 900 lebih meter menjadikan dia antara tertinggi di dalam dunia yoooo.!!
Lepas tu kitorang ke Muzium Negara pulak..
Ambil gambar kat pintu masuk. Depan tu kaunter tiket. HArga dewasa RM4.00. Kalau kanak2 bawah 12 tahun percuma saja...
Ukiran belakang tu adalah kononnya aalah HanTuah. Tu yang Umar sibuk suruh ambil gambar kat sini. Tapi gelap dalam tu, malas nk amik gambar dalam Muzium Negara.
Ada pulak tempat main congkak dalam tu. Budak2 ni sibuk nak main congkak pulak. Padahal ibu dan ayah dah kelaparan betul ni. yelah dah pukul 3 lebih.. ajak makan diorang cakap tak lapar lagi. Huhuhu.
Aku siap google cari tempat makan. Cari kopitiam je. Last2 kami pergi NU Sentral, makan kat PappaRich Kopitiam. Dekat je kat Jalan Tun Sambathan. Tak sempat nak amik gambar makan2 sebab dah kelaparan dah... Lepas makan solat Asar. Pastu kami balik ke Seremban. Sampai rumah sebelum maghrib. Penat tapi seronok sebab dapat bawa anak2 jalan kat Kay Elll. Kalau ikutkan kitorang pun jalan pusing2 sekitar dekat2 situ je kan. Pundah banyak tempat yang tak sempat pergi. Next time ok... :)
No comments:
Post a Comment