Selepas abis lawatan kat Taman Rama2, kami terus ke Masjid Negara pulak. Kebetulan dah dekat masuk waktu Zuhur. JAdi luangkan masa menziarahi Makam Pahlawan. Umar jalan je sebab teruja nak tengok Makam Pahlawan. Dia pernah tengok filem Tanda Putera, jadi nak sangat tengok makam mantan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri..
Lagi beberapa minit lagi nak masuk waktu Zuhur, jadi kami tunggu sekejap nak solat jemaah di sini. Tempat wuduk dan toilet dia terletak di bawah sekali (basement level).
Ini kali pertama aku datang Masjid Negara.
Sangat besar dan luas...
Laluan ke Makam Pahlawan.
Tempat ini dibuka untuk orang awam untuk ziarahi makam2 Pahlawan Negara a.k.a mantan Perdana Menteri kita.
Jenazah2 yang telah disemadikan di sini.
Ada tiga lagi kekosongan di makam pahlawan ni.
Tapak kosong yang masih ada lagi...
Depan kami itu makam Perdana menteri Pertama dan Kedua..
Bangunan KTMB, Keretaapi Tanah Melayu Berhad. Lama bangunan ini dibina tahun 1910 lagi.
Permandangan di sini memang cantik, Subhanallah.
Ilhan macam suka tengok banguna Kompleks Dayabumi dan Menara KL dari sini.
Lagi beberapa hari nak masuk tahun 2020, kira bangunan sekitar sini takde yang tinggi2 dan masih terpelihara struktur bangunan dia.
Permandangan dari Masjid Negara penghujung tahun 2019.
Ruang wuduk wanita di Masjid Negara.
Naik atas untuk masuk ke dalam masjid.
Luas masjid ni, boleh bayangkan mesti penuh bila solat Jumaat dan HAri Raya. Maklumlah terletak di tengah2 bandar Key EL ni kan.
Dalam masjid, lama kelamaan makin bertambah orang sebab nak masuk solat Zuhur.
Masjid Negara setelah dibuat renovasi untuk memuatkan lebih ramai jemaah dalam masjid ni. Ini replika terletak di bilik pameran Masjid Negara.
subhanallah pasti best dapat jejak kaki dan tengok depan mata. saya pun belum dapat sampai lagi ke sini. hehe
ReplyDelete