Thursday, February 13, 2020

Alhamdulilah... Rezeki tahun 2020

Tak disangka sebab perkara ni tak dirancang. Tiada persediaan rapi sepenuhnya ketika masa memohon. Sebab tak terfikir pun nak mohon.

Kisahnya bermula-permohonan kenaikan pangkat ni telah lama ditutup dan beberapa bulan lepas tu, tup tup dibuka semula. Puncanya, tiada sambutan daripada pemohon2 dalam institut politeknik dan KK. Jadi permohonan telah dibuka kali kedua. Second batch!! Kami telah dipanggil dan disuntik semangat untuk memohon.  Yeeahhh!! Dengar tu sampai kena suntik hah hehehe... Siap puan TPA tanya - go through one by one .. "Apasal tak nak mohon naik pangkat?!!" Kitorang kena menjawab ler dalam bilik mesyuarat tu ...  


Kita telah terima memo untuk hadir dalam satu perjumpaan di bilik mesyuarat. Adalah macam sesi suai kenal antara pegawai2. Maklumlah masa ni kami baru dapat Timbalan Pengarah Akdemik yang baru, dia seorang doctorate... 

Okey, nampaknya  TPA dah terangkat2 tangan dia masa perjumpaan ni hahaha. 

Puan TPA telah dipertanggungjawabkan untuk mengalakkan pegawai2 berkenaan memohon kenaikan pangkat siri kedua ni. Concern, dia nak tahu sangat kenapa kami semua tak nak memohon pun. Aku rasa permohonan siri pertama lepas- department aku, seorang je yang mohon. Macam tak laku jer permohonan naik pangkat tu kan!! Hahaha.


Ni barisan  pegawai pakar yang otai dari Politeknik. Meraka telah dilantik untuk mengkaji, mengupas dan menyelesaikan permasalahan ini hahaha!!

Mostly kebanyakan pegawai tak nak memohon kerana takut dipindahkan tempat kerja kalau naik pangkat nanti... uiii takut wei kena pindah. 

Jadi senang citer biarlah duduk mereput je kat sini, janji tak pindah tak kacau sesiapa kan....  Ada juga pegawai nak politeknik balik semula kepada skim perkhidmatan lama berdasarkan time based. Tapi itu memang mustahil kata Timbalan Pengarah. 

Sampai turn kat aku pulak, aku nak bagi alasan apa ye?? Nak cakap dah level comfort zone lepas tu malas nak pikir huhuhu. 

Last2 aku bagi tau "ada dokumen dan fail yang masih tak lengkap ....." 


Tu dia!! Macam2 kena buat, kena sedia dan kena semak. Tak ke semak dibuatnya. Dah ler tempoh dia tak sampai tiga minggu huhu..

Selepas tu kami dikehendaki menghadiri bengkel kecemerlangan untuk persiapan memohon naik pangkat. Maka bermulalah sesi penyediaan fail, kertas penulisan, penyelidikan, dokumen2 berkaitan kenaikan pangkat. Masa tu, pensyarah pakar dan berpengalaman yang dilantik terus bantu kami memudahkan permohonan tersebut. Yang mana pegawai2 yang datang masa perjumpaan hari tu berminat, boleh join the program. Termasuklah aku... 

Punca aku mohon sebab ada bimbingan dan bantuan dari pihak atasan dan pengurusan. So kita  mestilah berbesar hati dan rendah hati kerana mereka ni sudi menolong kita dalam menyediakan keperluan untuk memenuhi permohonan ini. 

That was a BIG reason why i want to apply this... terharu weiii.. T_T

Maka mulalah menulis, merangka, menaip.
Bayangkan dalam seminggu mengkaji dan menulis, kaji tulis, kaji tulis...
Tidur tak lena nak siapkan fail punya pasal. 

Hari-hari  menghadap komputer- taip-taip, deleteeee. 
Taip, taip delete......
Upload sana upload sini. 
Sistem online kan. Adoiiii.

Hari perbentangan dan review paper.... Nak review fail lagi.


Masa ni dah tinggal dalam seminggu lebih untuk permohonan ditutup.. 
Kalut upload sijil, dokumen dalam sistem online tu. Huhuhu sungguh kalut!!

Minggu akhir, kami ni pun naik turun, naik turun di bangunan pentadbiran, susun dokumen, buat salinan. Masa tu juga nak selesaikan cari panel pengadil. Pihak pentadbiran pula kena sediakan salinan buku perkhidmatan kita. Nasib baik kerani jabatan kami cekap. Pantas buat kerja. Hari terakhir upload borang sebelum jam 12.00 malam tak silap, tetapi kerani kami baik hati. Dia tolong buatkan semua berkaitan dokumen perkhidmatan kami. Alhamdulilah penat tapi legaaaa... Yang penting kita berusaha... 

Dan masuk bulan Februari 2019, sesi validasi pun bermula. Jadi masa ni kena bersedia pula untuk dinilai oleh panel penilai dari luar pulak. 

Dah ler tu aku orang pertama dalam kategori tu untuk ditemuduga oleh panel!!  Hah masa sebelum kena interview tu, diorang kata bajet masa seorang dalam sejam.. Aku kena  1 jam 20 minit!! Ko ghase!! Huhuhu!! Mulalah aku rasa kebas kaki tangan dalam bilik temuduga tu. Kenapalah lama sangat... Dah macam soal siasat dengan SPRM gitew.... 

Bila habis validasi tu balik rumah, kepala ting tong terus jadi berdenyut-denyut... Telan panadol. Jadi nasihat aku, bersedialah awal2 supaya tak lah jadi macam aku. Sedey....Stress pun. Penat giler.... Timbul pulak rasa "eeii nyesal pula mohon". Hahaha. 

Masa tu rasa macam eh ada harapan ke tak ni. Ok ker?? Aku ditanya bertalu2.. Go through semua fail habis-habisan. Mulalah rasa macam tak lengkap sana sini iyalah kerja last minutes kan.. Masa tu fikir kalau ada rezeki adalah nanti, kita sudah cuba dan berusaha. Rezeki tu Allah akan tentukan nanti.. Life must go on... 

Setelah hampir setahun tempoh validasi berlalu, akhirnya keputusan dah keluar pagi ni. 


Alhamdulilah syukur... Rezeki keluarga. Rezeki tahun 2020...Penempatan baru tak diberitahu lagi

Ayah aku siap doakan lagi agar aku tak dipindahkan ke mana-mana huhuhu. 

Apa apa pun aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada pasukan atasan yang membantu, tanpa keprihatinan kalian, kami pasti akan terkontang- kanting masa memohon. Semoga Allah membalas jasa kalian semua... 









1 comment:

  1. Alhamdulillah tahniah!
    Berbaloi penat lelah siapkan segala yg diperlukan ye.

    ReplyDelete

Trade in Filter Cuckoo baru 2024

Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...