Showing posts with label covid 19. Show all posts
Showing posts with label covid 19. Show all posts

Thursday, June 3, 2021

Selamat Hari Raya 2021 || 1442 Hijrah Part 1

 Dah setengah bulan dah raya berlalu.....

Orang kata ku sangkakan panas sampai ke petang...

Rupa-rupanya hujan di tengahari.

Ingat tahun 2021 ni bolehlah beraya di kampung, rupa-rupanya kena kurung lagi. 

Tak boleh rentas negeri, tak boleh ziarah menziarahi... Nasib.. nasib... 

So raya lagiler di rumah sendiri, tapi takde masalah. Cuma kita tak boleh langsung pergi beraya ke mana2. Sebab Covid 19 semakin mengila, ramai kena jangkitan dan ramai meninggal dunia. Hari2 pecah rekod huhuhu. 


Umar semangat kemas rumah, sebab dia kata rakan dia nak nak datang raya (ni sebelum PM umum tak dibenarkan beraya hahaha)





Malam raya, tadaaaaa...
Macam biasa menu raya- sayur lodeh, nasi himpit, kuah kacang, rendang daging, lemang (beli kat kg Jimah). 


Sayur lodeh ni aku masak ikut resepi dalam IG @yatiekitchen. 

Boleh lah beli sikit bunga api dan mercun, saja nak bagi meriah raya kena kurung kat rumah kan tahun ni....


Biskut raya pun buat sendiri jer, takde beli2. Aku rasa raya tahun ni paling jimat sebab semua buat sendiri jer. 

Layan anak2 untuk buat biskut raya. 
Nak isi masa lapang sebab lepas raya ni sekolah akan tutup dan buat PdPR lagi selama sebulan ....adoiii adoiii. 

Cuma ramadhan 1442 Hijrah adalah terbaik bagi aku sebab dapat berterawih di Masjid Sendayan. Masjid dan surau dibuka sehingga akhir Ramadhan sebelum ditutup sepenuhnya pada 1 Syawah 1442 Hijrah. Alhamdulilah dapat peluang beramal di bulan puasa . 


Semoga Covid 19 terhapus di muka bumi ini... amin. 

Thursday, February 4, 2021

PDPR Anak-anak tahun 2021

Mula tahun 2021, sepatutnya 21hb Januari 2021 telah mula bersekolah. Tapi sebab kes Covid 19 semakin mengila jadi kena buat PKP sekali lagi. Dan sekolah pun ditangguhkan sekali lagi. Sampai bila aku pun tak tahu. Ni pun masa aku menulis blog ni PKP telah dilanjut lagi  sampai 18 Febuari 2021 pulak. Jadi belajar sahajalah di rumah. 

Umar kena buat projek sains, buat bot. 

Tengok video sebab dalam buku teks macam asas sangat. Jadi tak terperinci sangat. 

Selama sejam dah siap!!

Lepas tu kena buat video presentation. 

Kalau pagi2 macam ni lah keadaan anak-anak belajar kat rumah. 
Siapkan kerja. Hadir kelas online. 

Kelas  pra sekolah Ilhan kena ambil latihan di sekolah seminggu sekali.
Buat latihan dan seminggu lepas tu hantar semula ke sekolah. 

Kelas google meet Qaireen dengan guru Sains dia. 

Aku snap gambar Ilhan sebab dah biasa buat report Ilhan belajar masa dia kat Little Caliph sebelum ni. Parents akan snap gambar dan hantar kat teacher. Hehehe dah terbiasa pulak. 

Tugasan dia pagi ni buat lukisan Corona Virus. 



Kelas mengaji pun kami dah ajar sendiri dari tahun lepas. 



Alhamdulilah kebaikan PKP dan Covid 19 ni adalah kita dapat solat jemaah dan mengaji bersama2 keluarga. 



Wednesday, June 3, 2020

Persediaan dan sambutan Ramadhan PKP 1441 Hijrah

Memandangkan bulan Ramadhan kita masih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pengerakan (PKP) jadi bulan puasa tahun ini memang duduk rumah jela. Sembahyang terawih pun kat rumah. Husband jadi iman. Sama juga mengaji Al-Quran, kelas anak2 terhenti jadi kami yang ambil alih ajar mereka. 

Lagi 2 minggu nak raya, tetiba tergerak hati nak ubah cat kat living hall ni. Dah lima tahun kami cat rumah ni ni sebelum pindah. Ni sebab dinding rumah dah penuh dengan contengan kreatif dari Ilhan Wafiq hahaha. 

Maka proses mengecat pun bermula, beli kat kedai hardware sebab kedai dah dibenarkan beroperasi. 

Umar rajin dan bersemangat nak tolong mengecat.
Cat bawah2 jer yang senang2 sikit. 

Ilhan pun menyibuk juga, nak tolong buat sepah sekali. 
Cat ni jenama Jotun. Myjectic  

Rumah jadi lintang pukang sikit, sebab kena alih rak almari buku, langsir dan kerusi. Selesaikan cat dulu barulah kemas balik. 

Selesai side kanan buat side kiri pulak. 

Cat warna blue industrial 

Ok dah selesai cat, kita kemaskan dan bersihkan balik. Langsir yang putih tu dah koyak2 lepas basuh. Dah reput rupanya huhuhu... 

Fuhh letin juga dalam seminggu sebelum raya tu betul2 penat kemas dan cat rumah. Lepas Asar pulak, nak masak untuk berbuka. 

Kat dalam bilik bawah pun kita make over juga. Kat bilik pakai wall paper. Tampal dulu mana2 lubang dan rekahan plaster. Bilik bawah ni dulu asalnya semua dinding adalah glasses, kita tukar jadi tingkap dan tutup dengan bata. Sebab ada rekahan kat plaster dinding, kenalah guna wall paper. 



Dan yang sebab kedua, tengok ler kat dinding tu!
Memang sarat dengan contengan kreatif si Ilhan ni hahaha!!

Leceh juga pakai wall paper, kena ukur baru ngam. Lepas tu nak sapu gam lagi. Kat sini ambil satu hari untuk siapkan. Cat lagi laju sebenarnya. Tapi nak wat macam mana, sabar jelah. 

Start pagi pukul 8.00 am. Petang dah siap satu bahagian dinding. Jadilah. Hilang takde lagi kesan conteng2 tu. 

Petang2 kita pasang pelita pula, first time pasang pelita ni hahaha.
Beli kat Nilai 3, sebatang RM2.90. 



Sebab raya kat rumah sendiri, kita pasang pelita bagi meriah.
Aku tak pernah pasang pelita, rumah mak ayah aku pun tak pasang sepanjang raya dulu hahaha. 

Ilhan pun first time tengok pelita huhuhu.
Siiibuukkk dia tanya, ni apa ibu?? 

Hah malam tu lepas terawih, baru dia tahu apa fungsi dia yek... 
Main bunga api, beli kat jiran. 
Hehehe saja je nak bagi meriah raya walaupun beraya di rumah sendiri. 

So, ada ler juga fefeling raya kat rumah sendiri kan....

Alhamdulilah.. 












Friday, May 29, 2020

Perintah Kawalan Pengerakan -Pandemik Covid -19


Tahun 2020 ni merupakan tahun penuh kejutan. Wabak pandemik coronovirus - COVID 19 telah melumpuhkan satu dunia. Malaysia mula buat arahan Perintah Kawalan Pengerakan (PKP) bermula 18 Mac 2020. Jadi nak buat apa? Duduk rumah jela. Tak boleh keluar ke mana2... Huhuhu.

Sekolah tutup.
Pejabat tutup..
Politeknik tutup.
Tadika tutup.

Blog aku pun kena PKP bila satu dunia termasuk Malaysia laksanakan perintah kawalan pengerakan. Aku takde mood nk tulia, taip apa2 hahaha. 2 bulan berhabuk lah blog ni.

Hari kedua PKP, kita isi masa basuh dua2 kete.

Vakum dalam dua2 kete sekali. Lepas tu tak kan nak basuh hari2? Kete pun tak gerak ke mana2 sebab PKP.


Minggu kedua, cikgu2 sekolah budak2 ni dah start bg kerja rumah dlm bentuk online. 

Tapi mmg truly messy sebab diorang guna platform group WhatsApp parents dan sekolah. Jadi bercampur aduk sekali feedback parents, kalau 1 hari tak buka confirm pening nk scroll sebab panjang berjela feedback dari semua keluarga pelajar. Adoooii pening2!😖😖😖

PM buat pengumuman. Lanjut lagi PKP 2 minggu....😪😪😪

Sebab dah tak tahu nk buat apa, husband beli set Saidina dlm online. 

Jadi main itu jela isi masa free. Masa ni kak ipar aku dah bersalin di hospital Seremban  jadi anak2 buah, abang aku tumpangkan sekejap di rumah kami selepas wife admit hospital. Seronok ler budak2 ada geng nak main sama2. 

Danial Akif sibuk gegar pintu pagar nk keluar rumah 🤣🤣

Kita main depan rumah je..

Melayankan anak buah beberapa hari ni sementara mama diorang masih di dalam wad bersalin. Nk melawat mmg tak boleh sebab kawasan Seremban dah kategori red zone. Hospital dah jadi kwsn larangan untuk mana2 pengunjung sebab wabak Covid-19. 

 
Bahan nak buat laksa Johor🍜🍜🍜

Hmmm, time PKP juga melayankan tekak dan perut nk makan macam2. Itulah bila duduk rumah tak tau nk buat apa, kerjanya nak makan jelah 😅😅😅

Laksa johor done.

Rojak buah done.

Sambal colek done.

Assistant di dapur. Untuk masak dan makan 😆😆

Kambang bukhari done.


Nasi arab done. Ya habibi habibi!!

Kueh tiuew ladna done.

Abislah diet kami. Kerja masak dan makan jela...😅😅

Duduk rumah pun kerja semua kena siapkan. Termasuklah bagi tugasan dan marking assigment pelajar secara online.. Tugasan sekolah anak2 lagi. Banyak ler kertas nk cetak dan tulis. Last2 aku beli printer baru dalam lazada. Nak mudahkan kerja huhuhu.

Printer hp ni beli dalam RM130++
Dua minggu baru sampai. Terbaik!!


Ilhan bnyak task dia kena buat. Hari2 ada task teacher bagi untuk siapkan huhuhu.

Dah siap amik gambar dan hntar kt group WhatsApp sebagai bukti siap!!!

Petang2 aktiviti tanam sayur PKP. Hahaha.

Diam tak diam dekat dua bulan kami kena PKP.  Sampai ke puasa terus sampai raya. Stay at home jela...

Bulan puasa, abang aku dapat dtg berbuka puasa bersama2 anak2, wife dgn baby baru dia. Banyak sekatan polis dari rantau ke sendayan. Kenalah ikut jalan jauh sikit. 

At least terubat sikit rindu nak berbuka di kampung. 

Punyalah lama duduk rumah, anak2 tak sekolah dan tak boleh nak keluar rumah. Harap2 PKP ni dapat meredakan sedikit sebanyak penurunan jangkitan wabak covid 19. Lebih2 lagi masuk bulan kedua, timbul pulak kluster Sendayan. Lagilah risau. Jadi stay at home. Kita jaga kita. Kita mesti menang. 


Kursus Pengurusan Risiko 2026 || Akademi Sirim

Bila dilantik Pegawai Pengurusan Risiko (RoM) di tempat kerja, aku kena cari tempat untuk latihan untuk memahami skop tugas. Ini disebabkan ...