Wednesday, August 19, 2020

Berpindah ke bilik pejabat baru

Start abis MCO, kami kena kerja seperti biasa. Tiada lagi bekerja di rumah (BDR). Dalam 2 minggu kerja, ada mesyuarat putuskan akan dibuat perubahan kedudukan staf dalam pejabat yang sedia ada ni. Jadi aku pun terkena lah juga tempias tu huhuhu. Dari bilik pejabat yang dah ada penghawa dingin aku ter'campak' ke bangunan bengkel (pejabat lama). 

Dah setahun dah pejabat ni tiada penghuni. 


Lantai dia ada karpet, jadi aku bukak karpet tu sebab dah pakai lama sangat. 

Bukak karpet, pergh tengoklah lantai dia!! Berdaki wei!! Adoi letih ler nak sental huhuhu. 
Jadi banyak ler kena bersihkan terutama lantai dia. Nasib baik ler en somi ada membantu huhu.

Sebab kena make over satu bilik, kita keluarkan semua perabot. Kosongkan bilik dulu. Senang nak buat kerja. Aircond cuma buat tayang jer. Dah lama rosak mintak baru tak dapat2 pun. 

Sebab kan ada baki cat rumah yang lebih jadi aku dan husband pun cat lah dinding bilik tu. Sebab comot pulak, bercapuk2. Kemudia aku ler menyental lantai bilik ni gosok guna thinner. Huhuhu fokus buat sunguh-sungguh. 

Cari ler frame gambar yang ada kat rumah, last2 pergi Kaison kat Aeon untuk deko bagi menarik. Lepas tu beli karpet kat Air Hitam masa balik kampung kat Johor. Lepas beli lagi karpet kat Nilai 3 hahaha. Semangat nak hias opis kecik sendiri kan!!

Selepas dicat dan dihiaskan dengan secomel2 nyer hahaha yeker comel??? 
Lantai berkilat hah, tengok lah siapa yang menyental!!


Cuma aircond jelah jadi tukun kat situ, tak tau ler bila ada orang nak repair ke ganti baru ker... Biasalah pejabat gomen macam nilah. Bajet takde jer memanjanggggg.......

Oklah, bila tengok pembandingan gambar sebelum dan selepas...
Sejuk sikit hati nak masuk opis, walaupun opis panas hawau... 

Hahaha 

Semoga ada ler rezeki nak dapat aircond baru yek..
Amin 

Bagi mereka yang mendapatkan servis, pemasangan dan pembaikpulihan aircond yang tip top, aku syorkan untuk ke website www.acdingin.com Boleh klik di link tersebut. 









No comments:

Post a Comment

Trade in Filter Cuckoo baru 2024

Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...