Showing posts with label pejabat baru. Show all posts
Showing posts with label pejabat baru. Show all posts

Sunday, July 24, 2022

Pindah bilik pejabat. . . sekali lagi.

Dulu aku pernah cerita dalam blog ni aku kena tukar bilik pejabat dalam makmal di blok bangunan lama. Boleh rujuk pada pautan blog yang ni. 

https://hasnyabduljalil.blogspot.com/2020/08/berpindah-ke-bilik-pejabat-baru.html

Aku rasa duduk dalam bilik ni tak sampai dua tahun, tup tup aku kena tukar bilik sekali lagi. Masa ni aku dah start fed up sebab takde kerja asyik turun naik pindah opis saja. Aku dan officemate meja sebelah, Ramlatul Rahilah dah kena pindah keluar, tapi Ilah pindah jauh lagi, ke Politeknik Kota Kinabalu!! Sabah bah huhuhu. 


Bilik dah dikosongkan, segala fail dan buku dan masuk dalam kotak. Last day.  

Dalam sejam jer aku kemas bilik ni, sebab barang tak banyak. Karpet dan pokok tiruan aku bawak balik rumah jela. Ilah dah selamat pindah ke Sabah masa ni. Meja dan almari dia pun dah dikosongkan. 

Sayang pulak, sebab dah susah payah cat dan grooming bilik ni bagi elok2. Aircond pun dah pasang baru. Tetiba jer kena tukar pejabat pulak. Nanti akan ada orang lain pulak nak masuk bilik ni. Kalau tak keluar macam mana orang lain nak masuk pulak kan. Hmmm nk buat cam ne. . 

Ok inilah ruang pejabat aku yang baru. Baru dikosongkan oleh pegawai yang duduk sebelum ini. 
Aku kemas pun tak sampai satu hari. 

Unit UICT dah datang untuk pasangkan PC baru kat meja aku. Komputer lama nanti aku kena pulangkan sendiri ke pejabat mereka. Tunggu aku rajin kot baru aku ke sana hahaha. . . 


Secara rasmi aku dah duduk dekat tempat ni dalam 3 minggu. 

Yang bagusnya tempat baru ni dekat dengan kawan2 officemate yang lain, jadi nak ber 'hai2' tu, bersembang memang senang jika banding tempat lama memang jauh dari sesiapa pun. Memang aku buat hal sendiri jugalah dekat dua tahun tu. 

Barang2 dah susun, banyak pulak fail aku dapat dengan kerja baru di tempat baru ni huhuhu!!

Kena hadaplah, tak tahulah sampai bila ye. Kita cuma menjalankan tugas yang diberikan sahaja. Semoga dipermudahkan segala urusan. 






Wednesday, August 19, 2020

Berpindah ke bilik pejabat baru

Start abis MCO, kami kena kerja seperti biasa. Tiada lagi bekerja di rumah (BDR). Dalam 2 minggu kerja, ada mesyuarat putuskan akan dibuat perubahan kedudukan staf dalam pejabat yang sedia ada ni. Jadi aku pun terkena lah juga tempias tu huhuhu. Dari bilik pejabat yang dah ada penghawa dingin aku ter'campak' ke bangunan bengkel (pejabat lama). 

Dah setahun dah pejabat ni tiada penghuni. 


Lantai dia ada karpet, jadi aku bukak karpet tu sebab dah pakai lama sangat. 

Bukak karpet, pergh tengoklah lantai dia!! Berdaki wei!! Adoi letih ler nak sental huhuhu. 
Jadi banyak ler kena bersihkan terutama lantai dia. Nasib baik ler en somi ada membantu huhu.

Sebab kena make over satu bilik, kita keluarkan semua perabot. Kosongkan bilik dulu. Senang nak buat kerja. Aircond cuma buat tayang jer. Dah lama rosak mintak baru tak dapat2 pun. 

Sebab kan ada baki cat rumah yang lebih jadi aku dan husband pun cat lah dinding bilik tu. Sebab comot pulak, bercapuk2. Kemudia aku ler menyental lantai bilik ni gosok guna thinner. Huhuhu fokus buat sunguh-sungguh. 

Cari ler frame gambar yang ada kat rumah, last2 pergi Kaison kat Aeon untuk deko bagi menarik. Lepas tu beli karpet kat Air Hitam masa balik kampung kat Johor. Lepas beli lagi karpet kat Nilai 3 hahaha. Semangat nak hias opis kecik sendiri kan!!

Selepas dicat dan dihiaskan dengan secomel2 nyer hahaha yeker comel??? 
Lantai berkilat hah, tengok lah siapa yang menyental!!


Cuma aircond jelah jadi tukun kat situ, tak tau ler bila ada orang nak repair ke ganti baru ker... Biasalah pejabat gomen macam nilah. Bajet takde jer memanjanggggg.......

Oklah, bila tengok pembandingan gambar sebelum dan selepas...
Sejuk sikit hati nak masuk opis, walaupun opis panas hawau... 

Hahaha 

Semoga ada ler rezeki nak dapat aircond baru yek..
Amin 

Bagi mereka yang mendapatkan servis, pemasangan dan pembaikpulihan aircond yang tip top, aku syorkan untuk ke website www.acdingin.com Boleh klik di link tersebut. 









Kursus Pengurusan Risiko 2026 || Akademi Sirim

Bila dilantik Pegawai Pengurusan Risiko (RoM) di tempat kerja, aku kena cari tempat untuk latihan untuk memahami skop tugas. Ini disebabkan ...