Disebabkan pademik Covid-19 melanda satu dunia, aktiviti adik aku, Helmy nak pusing2 jalan di luar negara terbantut lah jugak. Kesian dia, setiap tahun mesti dia akan save duit untuk spend melancong ke luar negara.
Jadi sebab kena duduk dalam Malaysia je, dia ajak aku jalan2 pusing2 dalam negeri Sembilan ni hahaha. Aku pun tak tahu nak bawa ke mana. Jadi aku cadang bawak jelah ke sini- Istana Menanti Negeri Sembilan.
Sebenarnya mak ayah dan adik aku dah pernah ke Bukit Tinggi, Indonesia. Jejalan di Istana Pagar Ruyung. Jadi bila sampai sini diorang macam terkejut juga tak sangka dalam Malaysia ni ada istana sebijik sama macam kat Indonesia sana. Cuma sana lagi besar dan ramai pelancong lah. Tapi hah tak perlu pergi jauh2 kan, dalam Malaysia kan semua ada punya hahahaha!!
Rumah ni di belakang istana,
Rumah ni kepunyaan tukang bina yang mengukur dan membina rekabentuk istana Menanti tu. Pihak Muzium yang pindahkan rumah asal ni ke kawasan ini.
Comel je rumah ni. Kalau adik aku nak masuk confirm susah sebab dia tinggi dan besar. Kena bongkok tunduk je nak masuk dalam. Maknanya orang- orang di sekitar kawasan Sri Menanti badan diorang kecik2 sahaja kan.
Kusyuk membaca, nak jawab dalam exam paper sejarah nanti hehehe.
Bahagian belakang dan dapur istana.
Bahagian bawah istana, ada diorang letakkan mimbar lama untuk khatib baca khutbah solat Jumaat dan hari Raya.
Beduk ni aku rasa berusia lebih seratus tahun dah ni.
Ok jom kita masuk dalam istana pula ye. Sila daftar dulu nama sebab kena patuh SOP PKPP ye.
Anak2 masih sibuk lagi main kat bawah rumah, Ilhan nak cuba naik kereta kuda ni.
Jom2 naik dulu. Nanti naik kereta kuda. Huhuhu kereta kuda ada kat luar Istana ni. Rasanya RM40.00 untuk satu trip pusing2 sekitar jalan Istana ni.
Kita baca dan baca lagi. Sebenarnya masa aku sekolah dulu belajar sejarah part Negeri Sembilan ni ler yang aku tak beberapa minat nak ingat sebab banyak benar sebutan dan suku dia kena ingat wei......!
Cantik permandangan dari atas istana ni. Nampak bukit bukau keliling Sri Menanti.
Bersih landskap dia, jaga elok.
Tengok senibina istana ni memang kemas dan begitu tradisional.
Emak tengok bilah pada tingkap dan pintu dia. Boleh buka dan sendal bagi angin luar masuk. Tak payah buka jendela atau pintu pun kalau nak bagi angin masuk. Hebat-hebat tukang rumah zaman dulu-dulu ye.
Ni balai mengadap. Ye ker?
Lepas pusing2 kita pun minum ler kat bawah istana Sri Menanti ni, ada gerai dah dibuka kat bawah tu. baguslah senang pelawat nak singgah makan dan minum kat sini.
Mak dan ayah makan lempeng kelapa dengan sambal ikan bilis.
Ilhan syok makan aiskrim Malaysia.
Aku dan husband makan lasa asam, sedap betui..!! Serius wei.
Budak2 dengan Pak Su makan maggi goreng.
Oklah selesai makan, kitorang un gerak ler balik ke Seremban.
Kebetulan sama dengan nama anak sulung saya, Ilhan tapi dah 13 tahun.
ReplyDeleteLuas juga kawasan ni kan.
Katanya belah malam meriah juga sini hehehe...
ya mmg luas, oo malam pun meriah ye? tak pernah datang pada waktu malam,
Delete