Sunday, November 1, 2020

Kursus Penulisan Inovasi Zon Selatan.

Pada 13-14 September 2020, aku kena hadir kursus Penulisan Inovasi Zon Selatan. Actually last minute sebab aku tak terima apa2 surat dari pihak atasan. Jadi hari Jumaat kat rumah lepas magrib, ada staf call ada surat untuk aku hadir ke Politeknik Metro Johor Bahru. Kursus start hari Ahad pulak tu. Terpaksa aku tarik en somi join kursus sekali sebab gantikan orang yang tak dapat pergi.

At least ada juga teman hahaha. Dah usia camni aku malas nak merayap sesorang tercari- cari tempat kursus. Jadi hari Sabtu gerak balik Batu Pahat sebab nk tumpang tinggal anak2 kat rumah mak ayah dalam sehari. Pagi ahad lepas subuh bertolak kami dari Batu Pahat ke Politeknik Metro JB. 

Sampai sini jam 8.00 pagi. Fuhh sempat. Kursus start jam 9.00 pagi. 
Sarapan disediakan jadi kita makan dulu. 

Ok penceramah suruh kita selfie dulu amiik gambar sebelum start kursus. 
Aku jarang selfie sebab tak reti, adoooi. 



Add caption



Ada dua penceramah gilir2 bagi talk. 
Abis kursus cari hotel utk check in pulak, ala 1 malam jer. Besok pagi2 terus check out sebab nak terus balik leas abis kursus. 

Sesi padatkan otak selama dua hari. 

Hari kedua, kena bentang satu inovasi dan perancangan untuk penulisan. 

Yeah, semua kumpulan kena bentang. Ada sebelas kumpulan. Berasap-asap kepala ler. 

Tak sangka! Penghujung majlis penyampaian hadiah dan sjil. Kami dapat tempat ketiga dari sebelas kumpulan hahaha!! Alhamdulilah rezeki... 

Group kami. Dari PPD dan PUO. Bersama dua penceramah jemputan. Okaylah tamat sudah kursus penulisan. 
 \
Tapi yang syok masa kursus ni time tu ler kami pergi perkena macam2 makanan yang sinonim dekat area JB ni iatu kacang pool haji wak!! Sebab sebelum  beberapa minggu pergi kursus ni, aku pernah teringin nak rasa makan kacang pool haji ni. Siap tanya ayah aku lagi, pernah tak makan kacang pool. Sedap tak rasanya?? Akhirnya Allah makbulkan permintaan aku. Alhamdulilah. 

Dua hari berturut2 minum petang datang makan kat sini. 

Makan lah time kursus tak boleh nak jaga makan sangat pun ahaha.

Tapi aku paling suka lontong goreng dia. Dan kopi panas tu- rasa aku kopi 434 ni.
Sedaaap!!!!! Tu sampai dua hari datang makan benda yang sama.....

Malam kitorang makan kat tempat lain pulak. 

Malam tu pulak try makan mee tulang kat ZZ Sup Tulang. 
Aku bagi 2.5 star dari 5 star. 

Otak2!!
Payah nak jumpa makanan ni kat nismilan
Tunggu balik Johor je boleh makan huhuhu. 

Husband order kiew tiew goreng tapi dia kata biasa jer. 

Hehe so kalau kursus ni sampingan jer, yang penting port makan dia. 
So balik tu terus ke Batu Pahat untuk amik anak2 balik ke Seremban pulak. 


No comments:

Post a Comment

Trade in Filter Cuckoo baru 2024

Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...