Friday, November 6, 2020

Menu Makanan Sihat kami ( ko ghase??)

Sebenarnya dah setahun dah aku dan en somi buat Intermittent Fasting start September 2019. Dan makan ikut Keto Diet lah (low carb). Jadi dah stop makan nasi. Makan nasi juga, maybe sebulan sekali dua jer. Termasuklah makanan karbo berkanji macam roti, biskut, tepung2 gandum. Gula lagilah memang totally cut. aku rasa lama setahun juga tak minum yang ada campur susu pekat manis. 

Kalau hujung minggu, aktiviti berjogging ler husband kat sekitar Bandar Sri Sendayan. 

Aktiviti aku pulak just teman dan amik gambar dia berjogging jer hahaha. Letih ler nak lari huhuhu.
Oklah aku share makanan yg aku masak sepanjang kami ni jaga makanan. 

Ni menu pertama ni aku tak tau nak bagi nama apa. 
Daging goreng tambah black pepper, secubit garam, lepas tu letak atas zucchini yang dah dibelah. Lepas tu tabur chess- parmesan dan cheddar chesse.

Lepas tu bakar. 

Nilah hasilnya. Tapi makan dua ni jer kenyang dia MashaAllah. Kenyang betul lah. 

Menu kedua yang ni pulak lebih kurang macam kat atas tu, daging cincang dah diperasakan dan goreng. 
telur pun goreng, ada daging slice juga. 

Bawah dia lapik dengan daun lettuce banyak2 sebab nak balut dia. Lepas tu alas ler dengan chess, tomato slice dan tabur cheddar cheese.  

Gulung dia dengan daun lettuce agak mencabar, lepas balut pulak dengan kertas minyak tu. Ikat bujut, dah macam mayat kena bungkus pulak aku tengok. Oppsss!! apa ni cakap rezeki mcm tu pulak huhuhu. 

Dah tu kerat ler tengah-tengah, bagi dua. 
Kan senang sikit nak makan tu. Kalau boleh letak sayur -fiber banyak2. Pergh kenyang giler. 

Yang ni menu 3 yang simple. Daging bakar. Potong nipis2 lepas tu gaul dengan salad. Telur rebus 3 suku masak. Tabur dressing dan bawang putih goreng. Mantooop!!


Yg win sekali sebab ada crispy garlic tu, sedappp. 

Menu 4, tengok movie Japan, dia buat stew creamy tu nampak sedap.
Jadi balik aku pun buat sebab barang2 ada. 
Grill potato (alamak ni ada carbo sedikit), bwg holland, corrot dan perasakan dengan black pepper. 

Lamb shank masak guna pressure cooker nak bagi lembut dgn cepat. 

Ha ni ler antara ingredient nak buat stew creamy lamb shank. Mbeeeek....  

Masuk itu ini termasuk air rebusan tadi. Susu full cream yek. Aku memang tak minat yang low fat sebab aku akan cari lemak yg tinggi since aku tak amik gula sebagai tenaga. 

Tadaaa, siap. Tapi makan kambing dengan susu agak muak juga. Jadi kalau boleh bagi tambah cili pedas2 sikit. 

yang ni pun lebih kurang jer, aku nk masak simple2 jer. Sebab balik kerja ada dalam 1 jam 30 minit jer nk prepare makan untuk semua. 

janji lulus keto dan ada fiber yang mengenyangkan. 

Minuman untuk pagi hari semestinya BULLET PROFF COFFEE. 
Boster untuk tenaga pagi wei. Kami tak sarapan, cukup minum cofee tu. 

Habis tu anak2 makan benda yang sama ker? OOOoo tak, aku masak lain untuk anak2. Kira ada lauk atau masakan lain untuk anak2 makan dan selalunya tu mesti feberet diorang lah. Penat masak kalau diorang tak makan. Anak2 makan nasi macam biasa, kadang aku buatkan mee sup atau goreng. Tukar2 selera. 

Kari ikan nyuk2. 

Nasi ayam, merangkap makanan kami juga cuma kami tak makan nasi jer... 

Kadang2 bawa bekal untuk diorang makan tengahari lepas abis sekolah pagi. 

Mee tarikkkk goreng. 

Ayam masak butter.

Ayam panggang. Ilhan punya feberet ni. 

Mee hailam 

Kari kambing mbek mbek camour labu air. 





Shepperd pie. 

Ni paling disukai anak2.

Makan dan makan

Dan makan.


Banyak nyer makan kan. Huhuhu. Sebab tu aku dan suami kena rajin buat IF sebab bagi balance keperluan makan dengan aktiviti kami. 





 

No comments:

Post a Comment

Trade in Filter Cuckoo baru 2024

Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...