Showing posts with label Vaksin. Show all posts
Showing posts with label Vaksin. Show all posts

Thursday, May 8, 2025

ADOPT KUCING- Jadi cat owner pulak!!

Sebenarnya tahun lepas bulan September aku ada adopt dua ekor kucing kat rumah. Tak pernah terfikir aku akan bela kucing sebab tak nak bela dah since dari sekolah menengah aku dah pernah hilang kucing- Putih. Jadi malas nak fikir pasal pets- tanggungjawab besar nak jaga kucing ni huhuhu. 

Tetiba nak bagi anak2 rasa tanggungjawab bela haiwan ni. Aku cari dalam FACEBOOK je. Kot mana2 kucing yang kita berkenan. Actually nak cari kucing jenis Tortishell. Berminggu juga scroll cari, siap pergi ke SCPA Selangor.

Kalau kat SPCA Selangor, kita kena bayar fees nak adpot kucing sebab kucing tak bertuan tu dah siap vaksin dan neuter/spaying. Tapi takde seekor pun kami berkenan nak bawak, lagipun sana banyak anjing dari kucing. 

Then satu hari tu tengah2 rehat scroll page FB, adalah kejiranan kat Damansara offer untuk bela kucing jalanan ni. AKu tunjuk kat Umar. Umar nampak kucing tu terus request "Ibu, kucing tortishell ni. Jom bela!". 

So aku dan husband pergilah ambil kucing-kucing kat Damansara. Dua kali datang sebab kucing ni lari tak jumpa pulak. Yalah kucing tak bertuan, tak duduk diam. Kena cepat kurung kalau tak kucing dah lari masuk longkang. Orang kat kawasan perumahan tu rajin bagi stray cat ni makan jadi dia mintak kami ambil dua ekor sebab adik beradik. Kesian dia takde kawan. Kami ok jer. . . 

Buat kad kesihatan, bagi vaksin siap-siap. 
Seekor nama Mitam sebab bulu dia hitam semuanya.
Seekor lagi Torti sebab jenis tortishell. Dua-dua kucing betina. 


Aku rasa umur diorang adik beradik dalam 6 atau 7 bulan. 

Check suhu dia dulu, sebelum bagi vaksin.


Siap beli cage lagi. Sebab tak nak bela dalam rumah, kalau boleh jadi outdoor cat cuma malam memang kena kurung. Banyak anjing liar berkeliaran di perumahan aku. 

Sebab adik beradik, diorang saling menjaga antara satu sama lain. After 1 month kita hantar untuk spaying. Kos spaying RM120.00, dua ekor jadi RM240.00  T_T



Haha Mitam memang mamai lepas kena operate. MAta pun tak nampak gelap gelita duduk pejam je. Ubat bius tak hilang lagi tu. 

Kena pakaikan lapik tu kalau tak dia akan jilat luka jahitan. 

Hmm ada kucing ni habis juga lah lebih seribu dengan beli sangkar, makanan dan hantar vet lagi. Ini pun kalau balik cuti kampung lama confirm kena tinggal kat Cat Hotel sebab tak nak bawa jauh2. Nak tinggalkan kesian pulak takut kena kejar dengan anjing ke, hilang ke. 

Kiranya inilah cara aku bersedekah untuk mahkluk Allah di muka bumi ini. 











Tuesday, October 19, 2021

Qaireen terima Vaksin Dos Pertama

Seminggu sebelum tu, aku dapat notifikasi dari My Sejahtera.

Tarikh dan masa untuk Qaireen terima vaksin di Telok Kemang. 13 Oktober 2021; jam 9.30 pagi.

Cikgu pesan sebelum ambil vaksin pastikan tidur cukup, ambil sarapan pagi. 

Pagi-pagi sampai opis, aku siapkan kerja sedikit. Jam 9 pagi baru keluar, bawa Qaireen sarapan dulu. 


Makan roti canai telur.

Sarapan depan tempat vaksin tu jer, Kompleks Sukan Telok Kemang. Lepas sarapan, kita melintas jalan ke PPV. Kereta pun dah banyak keluar masuk ke tempat PPV tu. 


Qaireen dengan best friend dia, Raisah. 

Tak sangka kebetulan hari tu serentak vaksin untuk semua pelajar sekolah sekitar Telok Kemang. 

Jadi punyalah ramai orang yang datang. Setiap kaunter aku kena tunggu hampir 20 minit ke setengah jam. . .Penuh dewan tu dengan pelajar sekolah ditemani ahli keluarga mereka. 

Termasuk aku dan Qaireen. 

Huhuhu. . .  Rasa macam tak sempat nak buat kelas pagi jam 11.00 nanti. 


Doktor bertugas bagi taklimat berkaitan penerimaan vaksin dan kesannya. 


Alhamdulilah jam 11.30 pagi selesailah semuanya. 

Qaireen dah terima dos pertama vaksin Pfizer .

Dan sampai ke hari ini Alhamdulilah dia tidak terima apa-apa kesan dari vaksin tersebut. 




Tuesday, August 3, 2021

Lengkap dua dos vaksin

 Alhamdulillah.

Hari ni lengkap vaksin dos kedua aku.

Temujanji jam 2.00 petang di USIM.

Tarikh 3 Ogos 2021.



Alhamdulilah. . Alhamdulillah . . 

Semoga kita sentiasa sihat dan sejahtera selalu. 



Wednesday, July 14, 2021

Den Sudah Divaksinkan

Setelah lama menunggu-nunggu, akhirnya telah tiba masanya. Pagi Sabtu dapat notification dari MySejahtera untuk temujanji vaksin di USIM.

Aku ingat dapat kat UCSI atau Telok Kemang, rupa-rupanya ke USIM.

Jam 2.00 petang, hari Selasa 13 Julai 2021.


Aku rasa setiap harilah aku buka tengok MySejahtera.
Dan tertanya-tanya bilalah aku nak dapat vaksin ni huhuhu.



Jadi tengahari tu aku dah siap masak lauk tengahari untuk anak-anak.

Tunggu waktu zuhur masuk, solat terus baru aku bergegas ke USIM. Dari rumah ke USIM ikut PLUS highway dalam setengah jam.

Tepat jam 2.00 petang aku sampai dan terus ke Dewan Tunku Canselor USIM untuk daftar.

Sebab baru lepas rehat tengahari, orang tak ramai untuk permulaan sesi petang. 
Parking pun senang. 

Ada tempat untuk check in borang, dia akan semak satu persatu perinci sejarah kesihatan kita. Alergik ke tidak, mengandung atau menyusukan anak. 

Kemudian aku dimaklumkan, vaksin aku pada hari ni ialah SINOVAC. 
Aku pun ok kan jer. . . 

Alhamdulillah . Selesai divaksinkan dos pertama. 

Semua proses dari daftar sehingga proses untuk temujanji dos kedua adalah memakan masa dalam 50 minit. Sementara beratur menunggu temujanji dos kedua tu kita dah rehat dan alert tentang keadaan kita sejurus dapat dos pertama. 

Temujanji dos kedua adalah 3 Ogos nanti, di tempat sama. 


Kursus Pengurusan Risiko 2026 || Akademi Sirim

Bila dilantik Pegawai Pengurusan Risiko (RoM) di tempat kerja, aku kena cari tempat untuk latihan untuk memahami skop tugas. Ini disebabkan ...