Sunday, November 7, 2021

Jejalan di Kuala Lumpur 2021 - KL Tower

Sempena cuti Deepavali 2021, aku dan husband ambil cuti dari 3hb sampai 5hb Nov 2021. Sebab anak-anak pun dah cuti sekolah. Jadi plan nak berjalan-jalan ke KL, husband cadangkan KL Tower memandangkan anak-anak suka tengok bangunan tinggi bila masuk je Kuala Lumpur ni. Nak tengok KLCC, TRX, KL Tower, PNB 118 lah. Semua bangunan tu diorang tahu dan kenal tau!!

Jadi kita akan tengok dari pandangan atas pulak ya. 

Kami bergerak jam 9 pagi sebab KL Tower dibuka jam 11 pagi. Jadi kita sarapan dulu.

Sarapan di McD Seremban Gateway, saja ambil sarapan berat sebab nama pun nak jalan-jalan. Kena ada banyak tenaga nak gerak ke sana sini. 




Ilhan pilih nak makan kek red velvet ?!! 
Huhu tak kisah janji dia makan sampai habis. Minum pula air milo ais. 

Total sarapan pagi je RM60 lebih 
Pilih sarapan berat tapi cepat dan pantas. 


Husband dan aku makan nasi lemak McD.


Sampai KL, cuaca dia gloomy sajer. Mendung tapi tak hujan lagi. 

Sampai KL Tower, parking kereta dan naik ke kaunter untuk terus beli tiket. Sempena KL Tower yang ke 25 tahun ada diskaun harga tiket. (ish dah 25 tahun rupanya menara ini dibina, inilah first time aku nak naik ke atas huhuhu)

25 tahun, jadi tiket pun jadi RM25.00 ringgit sahaja untuk dewasa. Kanak-kanak RM18.00. 

Kanak-kanak bawah 7 tahun, percuma iya!

Total semua tiket RM 93.00


Kami pilih sky deck. Kalau sky restaurant harga dia sama juga. Tapi kami pilih untuk naik tempat paling atas dan nak elak dari orang ramai. 



Tapi sebenarnya tak ramai pun orang. 
Mungkin sebab hari itu hari bekerja dan tiada pelancong dari luar negara pula. Lenggang juga.  

Tunggu lif turun. Beratur pun tak lama. Tak sampai lima minit. 


Menunggu di ruang lobi pintu lif tu ada perhiasan Muqarnas dari Iran.
Cantik jubin dia, berkilauan kena cahaya lampu. 

Perincian tentang Muqarnas. 


Dapat beg percuma sempena ulang tahun 25 KL Tower. Simpan buat kenangan. 

Ok dah sampai Sky Deck. Lif dia memang laaaajuuuuu. 

Jeng jeng jeng... 
Excited budak-budak ni nak keluar tengok!

Subhanallah. 
Pertama kali kita keluar sahaja dah nampak tersergam Menara Tertinggi di Malaysia iaitu Merdeka 118 @PNB 118. 


Permandangan di sekitar PNB 118. Memang tinggi tercongoklah bangunan ni kalau dibandingkan bangunan yang lain. Kalau ikut rekod, bangunan ini bangunan kedua tertinggi di dunia sekarang. 




Bangga anak-anak nak ambil gambar berlatar belakang bangunan PNB 118 ni. Selalu diorang mendongak je tengok dari dalam kereta kan. 

Qaireen siap boleh cuit lagi tiang dari atas tu!!

Permandangan dari cermin sky deck. 

Bandaraya Kuala Lumpur



Ambil gambar berlatar belakang KLCC. 

Masa diperuntukkan untuk masuk ke dalam Sky Box adalah 1 minit 40 saat. Ada jaga akan jaga di tempat itu. Kena tanggal kasut dan beg tangan kena tinggal di ruang khas dia. 

Umar cuak sikit, takut dan gayat kata dia. Risau kalau kaca tu pecah ke uiii serammm. . . 


Yang bawah ni gambar-gambar yang di ambil oleh photographer KL Tower. 
Bayaran RM45 sekali dengan file untuk kita muat turun gambar-gambar yang dia ambil. 



Banyak gambar dia ambil, aku letak sebahagian sahaja, satu lagi dia cetak dan bingkaikan bagi souvenir  kepada kita. 


Makan aiskrim kayangan. 

Sebab 1 cup tu RM20. Tetiba je minta nak makan, padahal tadi baru jer makan kat McD kan. 
Ambil lah dua cup share. Air tin 1 dan air mineral 1. 
Total hangus RM60, itu dah dekat sama harga sarapan pagi tadi. 
Pejam mata jelah, nak makn aiskrim di atas awan katanya. . .  Terawang-awang ler kununnya hahaha.

Sedap makan kat atas langit ni kan hahaha!!



Apa pun aku suka tengok Ilhan sebab dia sangat excited tengok permandangan dari KL Tower ni. 

Ok, dah puas makan dan bergambar, kita nak turun pulak ya.

Senarai bangunan tertinggi di dunia. 
Sementara nak tunggu lif naik, sempat buang air kejap, kata husband bukan senang nak buang air atas kayangan ni hahaha. 

Last picture atas langit.

Ok kita dah sampai di daratan dah. . . 



Lepas kita nak jalan ke tempat lain pulak. 

Happy birthday 25th for KL Tower !!




No comments:

Post a Comment

Trade in Filter Cuckoo baru 2024

Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...