Sempena cuti Deepavali 2021, aku dan husband ambil cuti dari 3hb sampai 5hb Nov 2021. Sebab anak-anak pun dah cuti sekolah. Jadi plan nak berjalan-jalan ke KL, husband cadangkan KL Tower memandangkan anak-anak suka tengok bangunan tinggi bila masuk je Kuala Lumpur ni. Nak tengok KLCC, TRX, KL Tower, PNB 118 lah. Semua bangunan tu diorang tahu dan kenal tau!!
Jadi kita akan tengok dari pandangan atas pulak ya.
Kami bergerak jam 9 pagi sebab KL Tower dibuka jam 11 pagi. Jadi kita sarapan dulu.
Sarapan di McD Seremban Gateway, saja ambil sarapan berat sebab nama pun nak jalan-jalan. Kena ada banyak tenaga nak gerak ke sana sini.
Ilhan pilih nak makan kek red velvet ?!!
Huhu tak kisah janji dia makan sampai habis. Minum pula air milo ais.
Total sarapan pagi je RM60 lebih
Pilih sarapan berat tapi cepat dan pantas.
Husband dan aku makan nasi lemak McD.
Sampai KL, cuaca dia gloomy sajer. Mendung tapi tak hujan lagi.
Sampai KL Tower, parking kereta dan naik ke kaunter untuk terus beli tiket. Sempena KL Tower yang ke 25 tahun ada diskaun harga tiket. (ish dah 25 tahun rupanya menara ini dibina, inilah first time aku nak naik ke atas huhuhu)
25 tahun, jadi tiket pun jadi RM25.00 ringgit sahaja untuk dewasa. Kanak-kanak RM18.00.
Kanak-kanak bawah 7 tahun, percuma iya!
Total semua tiket RM 93.00
Kami pilih sky deck. Kalau sky restaurant harga dia sama juga. Tapi kami pilih untuk naik tempat paling atas dan nak elak dari orang ramai.
Tapi sebenarnya tak ramai pun orang.
Mungkin sebab hari itu hari bekerja dan tiada pelancong dari luar negara pula. Lenggang juga.
Tunggu lif turun. Beratur pun tak lama. Tak sampai lima minit.
Menunggu di ruang lobi pintu lif tu ada perhiasan Muqarnas dari Iran.
Cantik jubin dia, berkilauan kena cahaya lampu.
Perincian tentang Muqarnas.
Dapat beg percuma sempena ulang tahun 25 KL Tower. Simpan buat kenangan.
Ok dah sampai Sky Deck. Lif dia memang laaaajuuuuu.
Jeng jeng jeng...
Excited budak-budak ni nak keluar tengok!
Subhanallah.
Pertama kali kita keluar sahaja dah nampak tersergam Menara Tertinggi di Malaysia iaitu Merdeka 118 @PNB 118.
Permandangan di sekitar PNB 118. Memang tinggi tercongoklah bangunan ni kalau dibandingkan bangunan yang lain. Kalau ikut rekod, bangunan ini bangunan kedua tertinggi di dunia sekarang.
Bangga anak-anak nak ambil gambar berlatar belakang bangunan PNB 118 ni. Selalu diorang mendongak je tengok dari dalam kereta kan.
Qaireen siap boleh cuit lagi tiang dari atas tu!!
Permandangan dari cermin sky deck.
Bandaraya Kuala Lumpur
Ambil gambar berlatar belakang KLCC.
Masa diperuntukkan untuk masuk ke dalam Sky Box adalah 1 minit 40 saat. Ada jaga akan jaga di tempat itu. Kena tanggal kasut dan beg tangan kena tinggal di ruang khas dia.
Umar cuak sikit, takut dan gayat kata dia. Risau kalau kaca tu pecah ke uiii serammm. . .
Yang bawah ni gambar-gambar yang di ambil oleh photographer KL Tower.
Bayaran RM45 sekali dengan file untuk kita muat turun gambar-gambar yang dia ambil.
Banyak gambar dia ambil, aku letak sebahagian sahaja, satu lagi dia cetak dan bingkaikan bagi souvenir kepada kita.
Makan aiskrim kayangan.
Sebab 1 cup tu RM20. Tetiba je minta nak makan, padahal tadi baru jer makan kat McD kan.
Ambil lah dua cup share. Air tin 1 dan air mineral 1.
Total hangus RM60, itu dah dekat sama harga sarapan pagi tadi.
Pejam mata jelah, nak makn aiskrim di atas awan katanya. . . Terawang-awang ler kununnya hahaha.
Sedap makan kat atas langit ni kan hahaha!!
Apa pun aku suka tengok Ilhan sebab dia sangat excited tengok permandangan dari KL Tower ni.
Ok, dah puas makan dan bergambar, kita nak turun pulak ya.
Senarai bangunan tertinggi di dunia.
Sementara nak tunggu lif naik, sempat buang air kejap, kata husband bukan senang nak buang air atas kayangan ni hahaha.
Selepas kenduri doa selamat rumah abang aku, aku sekeluarga tidur semalam kat rumah dia. Besok pagi sebab dah alang2 dekat dalam KL, Ilhan semangat nak ajak jalan-jalan kat KL. Disebabkan Ilhan terlalu suka dengan KLCC bila tengok dalam TV maka kitorang pergi ler ke KLCC. Sebab masa ni masih lagi Perintah Kawalan Pengerakan Pemulihan(PKPP) jadi kena jaga SOP.
Last jejalan KLCC tahun 2016.
Masa masuk dalam KLCC Ilhan tak teruja sangat. Dia pun tak tau dia dalam KLCC hehehe.
Bila keuar aje, aku cakap"Ilhan cuba tengok belakang Ilhan.." Dia toleh terus terpegun, hahaha ada KLCC tersergam depan mata dia.
Qaireen dan Umar tak heran dah. Diorang dah ke sini pun beberapa tahun lepas.
Ibu dan ayah pun nak amik gambar juga kat sini
Ada pokok2 besar di tengah2 taman KLCC.
En Somi macam nak masuk ke dalam tu ker?? Ahaha
Lepas jejalan kat luar sekitar taman tu, baru kitaorang masuk balik dalam Suria KLCC. Hajat seterusnya ialah ke Kinokuya Book Store. Qaireen dan Umar asyik cari buku diorang kat MPH dan Popular tapi takde pun. Buku tu buku oversea, jadi maybe kat sini ada stok dia. Macam2 lah budak ni baca buku game ajer.
Sementara ayah temankan Qaireen dan Umar cari buku diorang, aku temankan Ilhan tengok buku kat area lain. Besar betul Kinokuya ni, jadi tak mustahil diorang akan jumpa buku2 tu.
Lepas aku pun join juga mencari, dari satu rak ke rak lain. Jumpa buku yang lebih kurang tapi diorang nak juga buku2 tu. So cari lagi. Cari... Cari...
Ni ha tajuk buku dia. Qaireen siap google sebelum cari dalam PC Kinokuya ni hah. Rak dia tak tau kat area mana. Tengah mencari lagi.
Cari... cari.... Mana ler buku tu sembunyi. Akhirnya jumpa. Dia punya seronok hahaha Ibu yang semput, harga buku RM80++ aiyoooo!!
Buku import punya pasal....
Ilhan macam tertarik dengan buku ni. Pasal pemprosesan dan recycle sampah. Mcm ibu dia selalu asingkan sampah kalau kat rumah. Belikan jugalah, sebab buku dia so interactive!!
Lepas dah bayar harga buku2 tu semua, kita pun cari ler kedai makan pulak. Nak isi perut dulu sebelum balik Seremban. Cari2 restaurant macam tak kena selera jer hahaha. Cuba juga nak cari mee tarik, akhirnya jumpa kat food court.
Sedap mee tarik dia. Nyummm.
Anak3 makan western. makanan ni sesuai sangat dengan tekak diorang kalau kat luar. dan confirm akan abis.
Ilhan mmg suka mee putih- cabonara spaghetti.
Oo aku siap beli mask extender ni kat konikuya sebagai kenang-kenangan. Beli ni confirm aku akan simpan dan jaga elok sebab harga dia hahaha!! dan sangat menarik kat mata aku.