Kami kalau balik ke kampung di Perak, jarang-jarang update citer sebab selalunya kami memang akan duduk di rumah kampung sahaja. Kalau nak jalan-jalan pun kami just pergi mall, atau ke pasar beli barang dapur atau pun pergi melawat ke rumah abang dan kakak ipar yang duduk kat sekitar Bukit Gantang itulah.
Jadi jaranglah nak update kecuali ada jalan pusing-pusing makan angin sekitar kawasan sana. Lagipun aku dah kerja kat utara ni masa bujang dulu jadi jaranglah nak jalan ke sana sini sebab dulu aku kaki jalan area sini. Dah boring kot hahaha!!
Ni on da way ke Perak, cuaca gloomy dan hujan sahaja area Gua Tempurung dan sekitar negeri Perak. Dan masa inilah kat Selangor, memang hujan tak berhenti-henti turun selama dua hari!! dan telah menyebabkan banjir besar pada 20hb hingga 21 hb Disember ketika itu.
Parking kereta, kita jalan kaki ke arah jambatan. Parking kat Jambatan penuh jadi kena parking ke dalam sikit.
Nilah tempat dia, jambatan keretapi- Victoria Bridge.
Lama juga usia jambatan ni.
OOOOooo cantik giler jambatan besi ni ya. Senibina dia memang menarik!! Sesuai nak buat photoshoot kat sini.
Memang nampak keadaan kayu dia yang dah berusia lebih 100 tahun, masih lagi keras dan kukuh guys!!
Husband ajar Ilhan untuk reaction masa bergambar hehe!!
Kalau korang gayat nak jalan tengah-tengah jambatan, ikut jalan tepi jambatan. Tapi kena ke tepi lah kalau ada motosikal lalu menyeberang sungai ni.
Kat bawah jambatan ni ada beberapa ekor kerbau tengah berkubang.
Cuaca hari ni memang sangat baik. View kat sini pun sangat cantik.
Umar gayat. . . Dia kalau jalan tempat tinggi dah risau. Suruh senyum pun payah hehehe.
Enggor. Ini laluan keretapi, cuma dia tak berhenti kat sinilah. Just papan tanda ni untuk ambil gambar untuk kenangan sahaja.
Ini landasan keretapi yang lama. Dia kekalkan sedikit landasan asal ni sebagai tanda kenangan.
Jambatan baru dia sebelah sahaja dengan jambatan lama tu. Masa ni Sungai Perak naik sedikit air dia, laju jugak. Sebab mungkin hujan dekat area hulu kan. Ni kalau naik air boleh banjir sekitar bawah jambatan ni.
Ok, jom balik. Kita nak ke Ipoh pulak.
No comments:
Post a Comment