Showing posts with label Perak. Show all posts
Showing posts with label Perak. Show all posts

Wednesday, May 14, 2025

Cuti Sekolah: Balik Kampung dan Cameron Highlands.

Sesi sekolah tamat dan mula cuti pada bulan Januari. Masa ni ada perayaan sempena Tahun Baru Cina jadi kami ambil cuti seminggu untuk balik Perak. Anak-anak dalam proses pertukaran sekolah baru. Ilhan dah selesai, kecuali Qaireen dan Umar sahaja masih menunggu keputusan dari Pejabat Pendidikan Seremban sebab sekolah menengah sekitar tempat tinggal kami tu penuh. Walaupun ada 3 sekolah kesemuanya tapi memang tiada kekosongan. 

Balik Perak kita mandi sungai je kat Kampung Senduk, Changkat Jering. 

Disebabkan kawasan ni dalam tanah persendirian jadi memang tiada orang pun yang datang berkunjung. 
Ada kebun durian sekitar tu, termasuk kebun durian abang ipar aku. 

Diorang sedang perhatikan anak-anak ikan main dalam sungai tu. 
Kalau naik atas lagi boleh menjala ikan cuma kena hati-hati sedikit sebab kawasan berbatu dan hujan. 

Husband sempat berbekam dan urut masa balik sini.

Opah sibuk uli tepung nak buat kuih ke muruku untuk kudap-kudapan. 
Beberapa hari stay kat kampung, lepas tu kami gerak balik tapi ke Cameron Highlands untuk jalan-jalan kat sana pulak. 

Anak-anak memang suka jalan-jalan di Cameron Highlands termasuk Ilhan cuma dia kata tak suka jalan nak naik ke Cameron sahaja. Sebab bengkang bengkok macam ular kena palu. Dan confirm dia selalu saja pening dan muntah lepas sampai kat Cameron Highlands. 


Budak baru lepas muntah teruja dapat minum dan makan roti untuk dapatkan tenaga. Decoration kat kopitiam ni sempena CNY. Malam ni adalah makan besar untuk Tahun Baru Cina. 

Kita makan -makan ringan dulu sebelum jalan-jalan sementara nak tunggu masuk ke homestay kat Tanah Rata. 

Ni namanya kita jalan jer, tak tahu nak singgah mana??
Jadi kita masuk jela mana2 taman kat area Brinchang tu. Sebab pagi lagi jadi orang tak ramai pun dan kebetulan lepas hujan pulak. . 

Dalam ni ada Rose Garden.

Kita boleh feeling-feeling ambil gambar kat sini. 

Cantik2 bunga ros dia. 

Wangi dia rasa nak makan pun ada hahaha. 

Merata-rata bunga ros you!! 

Kami stay di homestay jenis apartment 3 bilik di Tanah Rata. 
Jalan kaki sahaja dah sampai deretan kedai kat bandar Tanah Rata ni. Senang jalan kaki je pergi Family Mart dan kedai-kedai sekitar situ. 

Malam tu kita makan kat restaurant Highlands Tom Yam dekat Brinchang sebab aku tengok review orang kata restaurant ni sedap dan kerang bakar dia superb!! Lagipun waktu cuti sekolah dan malam Tahun Baru Cina pulak confirm ramai orang tapi inshaAllah aku rasa restaurant ni memang cekap dan laju. 

Ilhan ajak aku ambil gambar dia kat sini. 

Kami order set makan untuk lima orang, ada ikan masak sweet sour, tomyam campur, kailan, daging masak merah, sup tulang dan kerang bakar. Makanan dia memang satisfying, harga dia memang berpatutan dan suasana dia memang best. Sebab malam tu hujan jadi bila angin tiup je menggigil juga kami kesejukan huhuhu. 

Masa menunggu aku rasa dalam 20 minit, fuh dapat semua makanan serentak. Memang laju walaupun orang ramai giler kat sini. Muka husband cuak je takut lambert tapi trust me, aku akan cari yang paling baik punya hahahaha!! Sebab kita akan survey dan cari review mana yang paling baik dari orang ramai.

Besok pagi dalam jam 10.00 am kami check out untuk balik Seremban, tapi mcam biasa kita akan singgah minum pagi di Bharat Tea Plantation. Our favourite places kalau datang Cameron Highlands. 


Qaireen makan kek blueberry cheese.

Aku confirm minum teh masala dia. 

Minum panas2 sambil tengok view ladang teh memang syahdu. Itu punca yang aku suka datang Cameron Highlands sebab moment ni. Tenang sungguh hidup bila berhenti minum kat sini. 

 

Jalan-jalan jap tengok ladang teh sebelum turun balik Seremban. 

Dalam tengahari barulah kami turun ke Tapah dan balik terus ke Seremban. InshaAllah akan datang lagi naik Cameron semata- nak minum teh kat sini ahaks!! 

Monday, May 20, 2024

Selamat Hari Raya 2024 || 1445 Hijrah

 Selamat hari raya yeah!!

Aku rasa tahun ini adalah raya yang memang paling banyak makan jer. Setiap minggu ada jamuan hari raya kui kui kui... 

Raya pertama di Changkat Jering. Kita pose2 gambar kat rumah abang ipar. 

Buat macam rumah sendiri jer hehehe.. 

Our kids. . . So cute and adorable 


Tahun ni keluarga abang ipar bakal terima menantu, jadi cuti raya ni majlis pertunangan anak dia akan diadakan. 

Jadi kita tumpang pose2 dulu ya sebelum majlis tunang tu berlangsung kat situ minggu ni hehehe. 

Raya ketiga dah balik Seremban sebab nak elak jem. Hari Jumaat kami dah ada kat rumah sendiri dah. 

Abiskan stok bunga api dan mercun. 

Family abang aku termasuk mak ayah datang beraya kat rumah kami. 
Kitorang pakat2 masak steamboat kat luar halaman sambil main bunga api. 


Hari Isnin dah kerja. Lepas tu nak buat sambutan majlis Hari Raya peringkat jabatan pulak. Kita rewang gotong royong sekali lagi masak nasi beriyani Johor weiiii!! 

Chef Koba yang asal memang dari Batu Pahat yea>>> 

Kira masak2 ni dah terer yea, boleh repeat lagi untuk aktiviti tahun depan. Kita dah ada chef bukan kaleng2 dari Johor ya. 


Sumbangan daripada pensyarah dan kelas2 pelajar masing-masing. 

Jom bancuh air sirap!!

Wanita JKM, sedikit je ni. Yang lain tak muncul lagi. . .



Cuti Hari Pekerja, mak sedara Cik Chom dan cousin datang rumah. Ada lah juga sedara mara yang datang beraya rumah kami ni hehehe. 

Masak nasi daging dan buat rendang ayam. Lemang dan ketupat palas kita beli jer. . .


Lepas tu minggu akhir raya di peringkat politeknik pulak. Jabatan kita kena sajikan mee hoon soto. 

Tema merah pulak kali ni. 


Ada roti jala. . .

Bagus buat mee hoon memamg ramai beratur nak makan. . .
Yang sebelah sana nasi hujan panas. 


Lepas tu jamuan HAri Raya peringkat taman perumahan kami pulak hehehe. 
Makan jela raya ni. . .

Ada mee hoon lagi. 

Gambar dengan geng Muslimah Tritonix.

Makan char kueh tiew, berapi2 berasap2. 
Terbaik . . . 

Kambing bakar. Kali ni order 4 ekor, memang cukup makan kali ni ahhahaha!!

Sate ayam dan daging, memang superbbb!!!

yamg penting ada show, kita bawa band utk hiburan di malam itu. 

Terer adik ni, lagu melayu, english cina dan hindi pun dia boleh nyanyi. 




So begitulah cerita raya makan makan pada tahun ini. . . . 

Sekian.




Kursus Pengurusan Risiko 2026 || Akademi Sirim

Bila dilantik Pegawai Pengurusan Risiko (RoM) di tempat kerja, aku kena cari tempat untuk latihan untuk memahami skop tugas. Ini disebabkan ...