Sambungan dari part 2.
Besok pagi kami sarapan bungkus sahaja sebab budak2 lambat bangun. Kemas-kemas beg sebab jam 11.00 pagi van dari agensi kat Jeti Besut akan datang ambil kami dan bawa ke sana.
Van dah sampai, angkut beg dan susun di dalam.
Van ini boleh isi muatan seramai 13 penumpang.
Kami bertolak jam 11.30 am dan perjalaan mengambil masa 1 jam. Sampai di Jeti Kuala Besut, punggah barang dekat depan pejabat agensi dia. Lepas makan tengahari, ada restaurant di sebelah agensi ini.
Ini agensi yang abang aku ambil, Seven Seas Sdn Bhd. Penuh orang depan pejabat dia, ada yang baru balik dari pulau dan tunggu pengangkutan bawa ke KT atau KB, atau di bawa ke airport.
Tiket untuk dewasa RM5, untuk warga emas dan kanak-kanak harga lebih murah.
Menunggu feri untuk bawa ke Pulau Perhentian.
Bawa air 5 liter dalam 4 botol sebab barang2 kat pulau boleh tahan harga dia huhuhu.
Dalam video aku ada tunjuk perjalanan kami ke sana. Cuma abang aku terkilan sikit sepatutnya yang bawa kami ke sana adalah feri, sebab dia memang request feri. Yang datang adalah bot. Bayangkan laut bergeloralah juga, berhempas2 bot kena lambung ombak. Budak2 ni cuma cuak, terutama Ilhan terus baring pejam mata. Dekat 30 minit macam naik rollercoster kena lambung beberapa kali isk isk isk. Nasib baik masa pulang tu agensi bagi feri pulak, barulah betul!
Muka lega sebab dah sampai Jeti Pulau Perhentian Resort. Punggung kebas kena hempas beberapa kali kan hahaha!!
Percutian keluarga Abdul Jalil dan Rubiah bersama anak menantu dan cucu2 pun bermula di sini, yeaaaahh!!! Kami menginap di Pulau Perhentian resort untuk tiga hari dua malam.
SubhanaAllah, cantiknya air dia. Biruuuuuu.
Nasib baik tak mabuk laut masa naik bot tadi hehehe.
Jernih air dia nampak ke bawah.
Bilik nice. . .
View dia, cantik terukssss!!
Budak-budak tak sabar nak mandi laut.
Ilhan bising nak tukar baju mandi masa aku dan husband rehat dan solat dulu.
Ilhan bising nak tukar baju mandi masa aku dan husband rehat dan solat dulu.
Lepas solat dan tukar baju, aku pergi ke pantai untuk tengok budak-budak ni mandi di pantai.
Cantik view dia, sumpah dah balik pun teringat-ingat tempat ni huhuhu. . .
Tu dia, seronoknya budak ni dapat mandi laut.
Beriya-iya sungguhlah.
Kitorang mandi siap sewa set snorkeling dan jaket sebab air dia jernih sampai boleh tengok banyak ikan berenang-renang dekat kitorang.
Malam tu kita makan dekat resort, abang aku dan husband dah order makan malam masa petang tu untuk semua. Jadi lepas magrib kita pun jalan ke resort sebelah untuk makan malam. Kos semua dalam RM260++ tak silap. Sorry tiada gambar sebab dah malas nak amik. Balik tidur memang tidur nak sedaaar diri, ngantukkkk dan penat giler.
Pagi2 bangun ready nak sarapan. Budak2 tak payah mandi sebab hari ni kita ada aktiviti naik bot dan snorkling kat lima tempat- tengok penyu dan shark dut dut dut. . .
Akif- masaih mamai baru bangun tidur.
Kita ada dua guardian yang memantau pengerakan Akif ya hehehe.
Sarapan dia ok, standard macam makan kat hotel atau resort mana-mana dalam Malaysia lebih kurang sama je. Boleh check dalam video aku upload bawah ni.
Pukul 10.00 pagi kita naik bot dan bergerak untuk buat aktiviti snorkeling.
Dalam aktiviti ni, Ilhan dah berani berenang dan pakai snorkeling. Dah makin yakin macam mana nak berenang dan menyelam tengok ikan. Lepas tu kita tengok penyu dan ikan yu. Dua2 binatang ni pemalu wei. . . kat dasar jer diorang berenang.
Last pit ialah lata Air Berani. Pergh sejuk giler air dia, memang segar mandi kat sini.
Ada kolam tadahan kat situ, ada gayung jadi kita boleh ceduk dan siram mandi kat situ. Sejuuuuk!!
Air tu mengalir masuk ke laut. . .
Jalan atas air ni pun terasa sejuk dia. . .
Lepas aktiviti, kita makan tengahari kat Kampung Nelayan. Makan kat sana ok. Kenyang. Beli sikit air dan jajan sebab kat sini barang-barang dia murah juga.
Jam 2.00 petang barulah kita balik semula ke resort. Masing-masing dah barai sebab penant berenang mandi laut dan snorkeling.
Ilhan tak sabar bak main pasir, kitorang tak sabar nak mandi dan tidur huhu
Jam 3.00 petang cuaca dia pergh. . cantik teruksss korang.
Nanges bila tengok balik gambar ni.
Buat istana pasir. .
Seronoknya Akif main pasir . .
Nasib baik kat depan resort kami duduk teduh sikit. Takde lah kepanasan main pasir.
Rehat ambil angin petang panas yang lit lit ni.
Pukul 6.00 petang baru aku sedar dari tidur huhu. Penat giler buat aktiviti snokeling tu.
Tengok sun set.
Pukul 7 malam aku, husband dan Hardy pergi ke hujung pulau ni untuk order bungkus makanan goreng2 jer. Sebab semua dah penat nak jalan jauh.
Mama's Restaurant ni dalah yang paling murah masakan dia, tapi lokasi paling hujung sekali.
Dia pun ada resort sendiri kat sini.
Dia pun ada resort sendiri kat sini.
Cuma resort ni sunyi sikit sebab bukan waktu puncak kan. Tapi senang kalau orang stay di sini sebab nak order makan pun dekat, murah pulak tu.
Malam pulak lepas makan, aktiviti kita pulak adalah melihat pertunjukkan api di Long Beach Island. Jadi sewa bot naik ke san untuk tengok show. Cuma malam tu cuaca tak berapa elok sebab nak hujan...
Ok dah sampai kita duduk lah tunggu show. Aku tak ingar berapa bayaran dia rasa bawah RM50 dan siap ada air lah untuk kita minum masa tengok show dia.
Tengah-tengah tengok show dia dalam 20 minit, hujan pun turun renyai-renyai.
Jadi kitorang ambil keputusan baliklah, takut budak2 deman pulak kena hujan. Call bot, dia datang dan bawa kami balik ke resort. Sampai kat resort dah dekat jam 12.00 malam. Apalagi, tidurlah semua kepenatan. Besok last dat, nak check out pulak dan terus ke Kuala Terengganu.
Video upload untuk sepanjang aktiviti kami di Pulau Perhentian .
Seronoknya bercuti satu family macam ni....tak pernah lagi sampai Pulau Perhentian..macam menarik je nak masukkan dalam wishlist
ReplyDelete