Wednesday, December 28, 2022

Jalan -jalan di Cameron Highlands - Part 1

Ok sambung kepada part 2 selepas lawatan ke Kellie Castle sebelum ini. 

My life journey : Balik Perak dan berkungjung ke Kellie Castle, Batu Gajah  (hasnyabduljalil.blogspot.com)

Hehe tengok tajuk dan gambar-gambar dalam blog memang confirm lah kami naik juga ke Cameron Highlands. Lagipun budak2 cuti sekolah sampai Rabu. Aku dan husband pun amik cuti yang sama juga. Fikir-fikir yelah jomlah kita jalan-jalan jelah bercuti. Kepala pun dah penat pikir kerja je tak habis. . .

So first naik ke atas,  Ilhan dah pening2 kepala, nak muntah. Maklumlah jalan dia tu 'lurus' sesangat kan. . . Aku suruh dia baring je, tidur. Tak payah nak tengok perjalanan tu. Biasalah menaiki kawasan tinggi dan curam. Jalan bengkak bengkok dengan tanah runtuh lagi. Sedangkan kat Kellie Castle bukan main panas terik lagi, sampai2 kat atas dah masuk sempadan Negeri Pahang rupa-rupanya hujan pulak. 

Sampai2 paling awal sebelum Brichang of course lah Lavendar Garden. 

Jadi ni lah kali kedua setelah 6 tahun kami berkunjung sekali lagi ke tempat yang sama. Cuma beza dulu Ilhan kena dukung, sekarang dia dah boleh lari ke sana ke sini. 



Macam-macam bunga ada, tempat sejuk kan. 



Sejuk sangat, Ilhan cakap. 
Kami pun tak ready nak naik ke Cameron Highlands, tak plan pun nak jejalan kat sini. Jadi baju pun takde tebal mana hahaha.














Trade in Filter Cuckoo baru 2024

Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...