Wednesday, November 2, 2022

Balik Perak dan berkungjung ke Kellie Castle, Batu Gajah

Sempena cuti Deepavali dan anak2 cuti sekolah kita pun balik ke kampung di Perak. Sebab cuti public holiday jadi kereta memang banyak gila dan jammed melekat sepanjang lebuhraya di Utara. Merah jer dalam Waze dan Google Maps. JAdi kami buat keputusan keluar exit di Slim River dan ke Teluk Intan. Sebab nak ikut jalan West Coast Expressway (WCE). 

Tu dia.... Jalan lebuhraya WCE selapang-lapangnya huhuhu!!

KAlau balik Perak, kat pasar malam Changkat JEring wajib beli murtabak Midin ni hah. Beratur menunggu nak beli hah. . .


Sebab 21 haribulan tu harijadi Ilhan kita sambut sekali kat kampung, beli kek dan KFC sahaja. Saja buat2 suka untuk Ilhan. 
Kek Pelangi. . . .

Nak balik Seremban, on da way nak balik tu ingat nak pergi Muzium Arkib di Lenggong sekali tutup pulak sebab tengah buat renovation. Lepas cadangan kita exit di Simpang Pulai nak ke Batu Gajah sebab nak tengok Kellie Castle (Istana berhantu ya. . . org melayu suka bab2 macam ni). . .

Yeah, jam 10.30 pagi orang tak rami pun walaupun cuti umum kan. Parking pun banyak kosong. . .

Istana ni diorang dah bagi elok, bagi lebih selamat untuk dikunjungi. Dan tak nampak seram sangat nak berkunjung banding 10 tahun yang lepas. 

Bayar tiket nk masuk. . .

I'm excited. . .

Tinggi lima tingkat, siap ada laluan lif lagi. tapi sayang tak sempat siap. Owner dia meninggal masa di London untuk uruskan bawa balik lif tu. . 

Di tingkat atas, bilik-bilik tuan rumah, anak2 dia dan tetamu. 

Tinggi bangunan tu kita boleh nampak sungai dan ladang sawit sekitar situ. 

Paling tinggi, atas atap dia. Boleh naik sampai ke atas tapi hati-hati sebab tiada pagar keselamatan. Risk is by your own ye. 


Ini bangunan baru dia nak buat, belakang tu sebenarnya adalah rumah asal tuan tanah ni. 

Rumah lama dia besar juga tapi roboh sebab kena bom dengan Jepun masa Perang Dunia. 

Tinggal struktur bangunan sahaja. 

Dinding tu kena support sebab boleh roboh jika tiada sokongan. 

Yang ni bangunan rumah baru di depan. Nasib tak kena apa2 bom masa perang tu. 

Bangunan baru tu elok pulak sebab Jepun nak buat jadikan markas masa tu. Apa yang susah Jepun nak bom rumah lama, ambil je dua2 jadi markas ko kan senang hmmm. . . 

Lepas dekat dua jam berlegar2 main naik tangga turun tangga, ikut pintu sana keluar pintu sini (macam main dalam kota sesat pulak) kitorang pergi minum kat arked depan Kellie Castle. Sekali tengok rupanya parking kereta penuh sampai sepanjang jalan besar wow. . . .Orang dah makin ramai datang rupanya. Mesti diorang baru turun dari Cameron Highlands. 

Lepas nak ke mana? Nak naik ke Cameron Highlands ke? Hah?? Aku pun tak fikir atau nak plan nak ke mana2 masa balik ni. Kellie Castle ni pun sama saja nak singgah alang-alang jalan balik ke Seremban. .  Hm menarik juga ye. Nak pergi ke tak tu hehehe perjalanan tak rancang ni suspend pulak ya. Sambung kat entry selepas ni. . . Bye!




No comments:

Post a Comment

Trade in Filter Cuckoo baru 2024

Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...