Monday, January 2, 2023

Jalan -jalan di Cameron Highlands - Part 2

Malam pula, kami ambil 1 bilik family di Hotel Flora Plus bersebelahan dengan Cameron Centrum. Saja pilih tempat dekat dengan bandar sebab kita tak plan nak bercuti di sini. Jadi memang tak prepare apa2 pun. Jadi duduk dekat sebelah shopping mall senang nak beli makanan atau apa2 barang. Ada Family Mart dan CU Mart dalam Centrum ni. 

Tengahari kami lunch dekat McD sahaja, sebab sebelum sampai hotel terus nampak McD dekat roundabout Brinchang tu. Wow dah ada McD kat sini, nampak sangat lama dah tak jejalan ke Cameron Highlands ni. Aku rasa adalah dalam 6 tahun. . . Lepas makan, check in hotel. Rehat2 lepas pukul 6 mandi dan siap2 nak keluar makan malam. Kami makan dekat restaurant masakan siam jer, dekat jer. Jalan kaki sahaja. 

Ambil gambar kat phone booth dalam Centrum sebelum singgah beli jajan kat Family Mart kat depan tu sahaja. 

Layan coffee kat ruang makan dalam hotel. 




Lawa deko dalam hotel ni, comey2 jer.



Konsep dia memang nice, lain macam vibes dia. 

Sambil minum dan makan oden tengok2 deko atas siling hotel dia hahaha!!

Besok pagi kami mandi dan siap2 untuk check out. Sejuknyer yang amat!! Mujur ada water heater, amik wuduk pun pakai water heater, air dia mcam ais. . .

Next kita ke ladang teh Cameron, nak perkena air teh dan makan kek kat situ sebagai sarapan kami pagi ni....

Masih cantik dan sejuk macam dulu juga. . .

Dah ada laluan untuk pejalan kaki. Ada penambahbaikan. 

Sekarang dah ada charge nak masuk, dulu free sahaja. Tapi sebab dah ada penambahbaikan untuk pengunjung. Selamat sikit nak jalan tiada laluan yang licin atau lecak. Dulu aku pun nyaris tergelincir masa first time datang sini. 

Ada Photo Booth




Amik angin pagi dan menikmati pemandangan, ambil gambar banyak2 



Lepas tu baru makan pagi. 
Amik scone dan strawberry jem tapi scone dia segi tiga hehehe, tak bulat macam biasa. 

Minum teh panas2 waktu sejuk2 ni memang best!!

Ilham macam biasa, kek red valvet jadi pilihan. 

Umar nak rasberry chess cake. Uiish muak pulak tgk cheese banyak2 huhuhu!!

Teh masala dia padu!! Sedap giler!!

Lepas makan je, jam 11 pagi kita bertolak untuk balik ke Seremban. Nak balik awal pasal nak elak jammed kat jalan nak turun. Kami pilih patah balik ke Simpang Pulai dari ikut jalan lama ke Tapah. Jalan dah start jammed masa nak lepas farm tp sekejap sahaja. Alhamdulilah sampai seremban dalam pukul 2.00 petang. Selesai percutian ringkas kami kali ini. :)






No comments:

Post a Comment

Trade in Filter Cuckoo baru 2024

Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...