Penutup hujung tahun 2022, ada satu majlis kenduri kahwin sepupu kami iaitu Hazimah. Majlis dibuat di Villa Kemboja di Peserai, Batu Pahat. Kiranya keluarga sebelah ayah pakat2 planning buat kenduri kahwin di homestay ni. Diorang ambil penginapan semua sekali rumah dan dewan untuk dua hari 1 malam. Jadi keluarga makcik dan pakcik aku boleh stay bermalam di situ berama anak2 mereka. Kecuali ayah tak, tidur kat rumah sendiri je hehehe.
Petang tu ada buat makan2, pakcik aku buat bihun goreng. Sambil2 tu packing untuk gift untuk para jemputan majlis besok.
Nak goreng samosa, untuk mentong2 petang ni.
Ada bubur kacang, kuih muih. Mak2 dan pak2 sedara dah masak petang tadi untuk dimakan.
Alhamdulilah langkah kanan kami petang ni.
Makan2, sampai magrib. Balik rumah mandi dan semabahyang magrib.
Lepas tu datang balik sebab nak tolong2 susun apa yang patut. Kerusi meja untuk jemputan, pekerja pihak villa dah tolong susunkan.
Besok pagi jam 11am kita pergi ke kenduri kahwin, majlis dah nak bermula. Sampai2 terus makan dulu.
Jemput makan.
Kambing golek. Sebab majlis ni sekali dengan majlis akikah anak sepupu maka kambing akikah tu dibuat kambing golek.
Yang ni pulak rojak campur. Sedap... Sambal kicap dia.
Ramai jemputan dah mula datang. . .
Cendol Pak O pun dah ready wei. . .
Lepas makan kenduri, baru aku jejalan tengok sekitar Villa Kemboja ni. Semalam sampai dah petang sangat nak malam dah, tak sempat nak explore. CANTIK!!!
Landskap dia menawan, ala-ala Bali.
Ada beberapa rumah dalam Villa ni, semua diduduki oleh keluarga mak dan pak sedara aku dan anak-anak mereka. Penuh.
Pintu masuk rumah utama.
Rumah ada nama2 dia, Busu, Uda, Ngah, Long dan Mak. . .
Depan pagar pintu masuk Villa Kemboja.
Masuk dalam kena jalan ke belakang untuk ke dewan kenduri kahwin. JAdi kita buka pintu di belakang terus, senang orang nak masuk dewan kalau dari tepi.
Rumah yang lain ada banyak nama abah dia ! hehehe
Pelamin nak ambil2 gambar dengan pengantin.
Berangan nak buat halaman rumah macam ni boleh tak??
Nak tanam pokok besar2 macam ni nampaknya baru nampak ala-ala Bali konsep hahaha
Jom amik gambar adik beradik ayah pulak.
Adik dan kakak family ayah aku. MD Yatim Legacy. . .
No comments:
Post a Comment