Sunday, February 12, 2023

Projek make over rumah di Tunas Residensi || Buat simple2 jer!

Ok selesai jer kita susun harga untuk make over dalam RM10k, so kita decide untuk survey barang-barang yang diperlukan. Lampu, kipas dan water heater kami beli di kedai hardware sahaja.

Untuk aircond, dapur hod dan hob pulak kita beli kat kedai Thye Hyin jer hahaha. Banyak dah kami beli peralatan elektrik kat kedai ni hah. Dari rumah pertama lagi. 

My life journey : Shopping barangan elektrik dan elektronik di Seremban (hasnyabduljalil.blogspot.com)

Barang2 tu semua dah siap beli, kami minta kontraktor pasangkan. JAdi tinggal bagi upah untuk pasangkan semua peralatan yang dah dibeli. Selesai part tu, plan untuk cari perabot pula. Jadi 24 Disember 2022, pagi-pagi dah keluar nak ke Klang untuk cari barang. Pesan kat anak2 tak payah ikut takut kereta dah penuh dengan barang, tak muat korang nak duduk balik nanti. 

Cadangan nak buat SPC Floring kat rumah ni, tapi macam tak lepas bajet sahaja. Bagi ukuran, jurujual kira2 hampir RM1.5k.  So cancel, guna bajet tu better ke arah lain. So next kita ke IKEA Cheras pulak. Cari kabinat dapur. 

Pergi ke Klang untuk tengok SPC Flooring. 
Nampak gaya tak dapat den nak buat sebab kekangan bajet. baik den buat kat rumah sendiri ye tak hahaha!!

Kita sampai IKEA Cheras dalam pukul 12 tengahari, sesak ramai betul, berenyut manusia. Sebab besok tu nak sambut hari Krismas. Hari ni pulak dah start cuti, maka berebut2 lah manusia mencari barang-barang disebabkan promosi harga runtuh, kaw-kaw Ikea bagi tau. Jadi bertabahlah. T_T


Tu dia, dah jumpa dah. . .

Sebab terlalu ramai manusia, memang susah nak mencari sebab sesak gila. Tak boleh belek2 barang mana yang ok. Mujur aku dah survey awal2 dan buat quatation. Dan aku tak sangka harga di gudang ni lagi murah banding dengan website sebab promosi Krismas. 

Pergh murah-murah. Jimat-jimat. . . .

Kabinet atas pun ada diskaun!!

Tu dia, sukanya aku. Save bajet banyak betoi!! Tapi tulah dia bagi promosi sampai Krimas sahaja. Lepas tu takdelah. . .

Bila check dengan staf dia, cakap stok dah abis. 
Aku check dalam web kalau beli secara online masih ada stok. So kita minta staf tolong check ukuran dan kedudukan kabinet supaya betul, tak salah beli kang naya je.. . .

JAdi penghantaran akan dibuat oleh IKEA. charga dalam RM150++. Sebelum Tahun BAru Cina dia akan hantar. Kalau nak pasang sink, dapur dan install kat dinding, staf cakap lepas bulan Februari baru free nak pasang haha!! Lamanya nak tunggu. Jadi kita cadang upah jelah kontraktor kat Tunas Residensi pasangkan. 

Lepas dia hantar, maka kita pasangkan kabinet. Senang nanti kontraktor nak install kat tempat kita mahukan. 

Dari pagi sampai ke petang siap pasang. 

Mujur ada Umar yang suka nak bantu pasang-pasang ni. 

Dia teruja kalau ada perabot IKEA jadi bersemangat nak pasang. Ikut je manual dia, silap tu adatlah. Terpaksa bukak balik pasang semula kui kui kui. 


Dekat pukul 3 akhirnya siap pasang semua. 
Hall tu pun dah pasang aircond sebelum Tahun Baru Cina. 

Minggu depan lepas Tahun Baru Cina, kontraktor datang untuk pasang. Kerja ni renyah sebab nak kena potong kayu (top table) nak pasang sinki dan dapur. 

Balik kerja, lari sini kejap. Minta kontraktor pasangkan rak pinggan dan para kat dinding. 

Sebelum. . .

Selepas . . . 
Jadilah kabinet dapur yang comey ni anggaran RM3k termasuk kos upah pasang semua. 
Dari habis RM6k-8k huhuhu, janji ada dapur kan kan kan!!





No comments:

Post a Comment

Trade in Filter Cuckoo baru 2024

Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...