Monday, April 22, 2024

Jejalan Cuti Hujung Tahun Di Penang

Bulan Disember 2023, kami balik kampung di Taiping. Anak-anak dapat menziarahi opah dan tok wan. Jumpa dengan sepupu-sepupu mereka. Sambil balik kampung, beberapa hari lepas tu kami berjalan ke Penang. Jalan ke Kampung Agong di Penaga. 

JAm dekat 12 tenagahri baru nak gerak ke Penang hehehe. Tak jauh pun dalam 45 minit sampai kat Kampung Agong. Kampung Agong ni tempat nak ber OOTD kot. banyak tempat menarik, boleh ambil gambar. Bila jalan hujung minggu memamng ramai manusia yang amat. Jadi susah nak ambil gambar sebab ramai orang beratur. Lagipun aku pun tak minat nak ambil gambar2 yang dahsyat, just snap2 je macma tu. 

Panas lit-lit kat sini. 

Sepupu pun join sekali, nak ikut. 

Sebab panas sangat kita tumpang berteduh dalam rumah yang disediakan tempat ni, sebab ada kipas hahaha. 

So kat sini aku tempek gambar-gambar OOTD yang aku sempat ambil kat sini. Boleh lah tengok sebelum kami gerak ke pulau pulak. 












Ok dah last shot, jom kita gerak ke pulau pulak. Nak cari nasi kandar. LApar dah tak makan tengahari lagi.


Pakai google map, cari Nasi Kandar Hameediyah. Ada tempat parking kat belakang jdi kena jalan sikit untuk ke reataurant dia. 

Ni restaurant asal dia. Kedai dia ada bawah dan atas. Kena naik ke atas untuk duduk makan. 

Ada macam2 lauk yang yang dihidangkan. 

Udang sotong not in my list!! Hokey!
Hahaha, deman dompet sebulan dibuatnya nanti. 

Untuk budak2 kami tak bagi kuah banjir sebab takut pedas sangat diorang tak boleh telan nanti. 

Kami punya kuah banjir punya!! Ayam kampung dan sayur je...

Tapi rempah dia memang power. Kena minum air banyak, Umar dan Qaireen asyik order air je. Selalu diorng makan kat Seremban rasa dia light je. Ni memang betul2 power, kalau orang suka pedas dan rasa surrr boleh makan kat Nasi Kandar Hameediyah ya. 


Solat kat sini. Masjid Kapitan Keling. 

Sambung jejalan kat Penang Street. 




Banyak cenderahati jual kat sini, adalah beli sikit untuk anak2. 


Macam Art Street kat sini.

JAm 4.00 petang kami gerak balik ke Taiping semula. Punyalah panas, tetiba je on da way balik hujan selebat-lebatnya. Mujur dah nak sampai rumah. Fuhh. 






No comments:

Post a Comment

Trade in Filter Cuckoo baru 2024

Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...