Monday, April 22, 2024

Jejalan Hujung tahun di Cameron Highlands

Hari last day kat Taiping sebelum balik, mak buat pulut kukus. Pakai daun pisang. Macam pulut pangang tapi ni kukus sahaja, kosong tiada inti. Kena lawan rendang, ke serunding atau kari. 



On da way balik ke Seremban, kami plan nak bermalam di Cameron Highlands untuk dua malam. JAdi dah tempah siap2 kat Booking.com. Sampi sini memang tepat2 jam 2.30 petang sebab jalan memang clear takde jammed. Kami menginap di Paly@House, Puncak Arabella, Tanah Rata. Sebab suasana dia tak jauh dari bandar dan lebih aman kalau bnadingkan dengan Brinchang.  Sampai2 terus dapat kunci, boleh terus masuk unit.

So ini bilik untuk 3 katil bujang, khusus untuk anak2.

Pintu masuk. 

Bilik master bedroom.

Living hall

Anjung rumah

Tempat parking.

DAri luar, rumah dia macam ni. Ada 3 unit. Kami ambil unit yang di bawah. 

Dapur, dining hall share semua unit. 

Kat belakang dining hall ada balkoni. 
Hiasan dia eksotik, tradisional. 
Kalau family ramai boleh ambil satu unit terus. Nak buat Family Day sesuai sangat kat sini. 

Petang kami ke Tanah Rata, makan malam. Lepas tu pergi jalan2 kat mall di Brinchang. 

Ambil vibes krismas. 

Malam ramai juga orang yang lepak-lepak kat sini. 




Ilhan sibuk tunjuk MArrybrown. nak makan ayam. padahal baru je lepas makan malam. 

Sebelum balik singgah Family mart, best makan ramen panas2 di waktu cuaca sejuk macam ni hehehe. 

Anak makan corn dog. 

Kira ni untuk supper, bagi tenaga sebelum kita keluar jalan2 ke mossy forest besok.



No comments:

Post a Comment

Trade in Filter Cuckoo baru 2024

Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...