Monday, December 15, 2025

Majlis Anugerah Insan Terbilang _Ilhan Wafiq

Sabtu lepas, 13hb Disember 2025 sekolah Ilhan Wafiq ada buat majlis Anugerah Insan Terbilang. Dan Ilhan Wafiq terpilih untuk menerima dua anugerah tersebut. Satu anugerah kedudukan terbaik dalam kelas, dia dapat nombor dua. Dan satu anugerah lagi ialah anugerah Sifar ponteng. 


Dua kalilah Ilhan naik pentas untuk ambil anugerah. 




Dan dah tentu dia paksa kami datang walaupun hari Sabtu huhuhu. Sebab ada VIP jemputan jadi sokolah buat majlis bukan hari persekolahan pulak. Cuma rasa lega sebab Ilhan boleh perform dan catch up walaupun masuk sekolah baru. Masa awal tahun ni banyak juga dia punya drama, nak balik sekolah lama dia kat PD... tak best lah, tak seronok lah. Kawan2 kelas sini teruk lah, suka membuli.. adoiii. Pening ibu nak layan. 

Aku pesan jer, kalau nak cikgu nampak kewujudan kita, rajin-rajinlah belajar dan jadi yang terbaik. Once cikgu dah nampak kewujudan kita- dari segi kepandaian dan kebaikan dan kesopanan, pelajar lain tidak berani usik dan ganggu kita sebab kita sentiasa dalam pemerhatian cikgu. Percayalah cakap ibu dan ayah. 

Amboi kembang hidung dia hehehe, suka lah tu dapat naik pentas dan amik hadiah.
 
Tahniah Ilhan Wafiq, semoga terus cemerlang dan dipermudahkan urusan pembelajaran kamu. Happy2 selalu, jangan risau sangat kawan2 tu, inshaAllah kamu akan jumpa orang yang baik2 jika kita orang yang baik. Amin. 



No comments:

Post a Comment

Majlis Anugerah Insan Terbilang _Ilhan Wafiq

Sabtu lepas, 13hb Disember 2025 sekolah Ilhan Wafiq ada buat majlis Anugerah Insan Terbilang. Dan Ilhan Wafiq terpilih untuk menerima dua an...