Sunday, October 12, 2025

Rezeki Naik Pangkat.

Alhamdulilah segala puji pada Allah segala syukur kepada Nya kerana memberikan aku peluang meningkatkan lagi kemajuan hidup diri ini. 

Aku temuduga validasi pada 1 Jun 2024. Dan keputusan dia keluar pada 9 Jun 2025. Setahun juga menunggu, sampai dah rasa malas nak tunggu hahaha!! Bila ada pengumuman dari Ketua Pengarah JPPKK, kami kena check dalam keputusan di website Esis, sehari selepas cuti sambutan awal Muharam. 

Alhamdulilah. 

Dalam website esis, macam pelik gambar lama sebab gambar ini diambil tahun 2005 - time aku nak sambung belajar kat UTHM. 

Masa keputusan keluar,  aku dah berpindah dan mula berkhidmat di Politeknik Nilai mula Januari 2025. Jadi keputusan penempatan baru tu korang boleh agaklah jawapan dia. Nak ke mana lagi kan?? Kekal lah kat Politeknik Nilai. Hehehehe. Padahal hati ni nak cuba tukar angin ke Kolej Komuniti. 

Daripada bermula 2002 di Politeknik Kulim (Tunku Sultanah Bahiyah), Kedah sebagai DG 6 . Kemudian bertukar perkhidmatan di Politeknik Kuching Sarawak dari DH29 (Sistem SSM) aku naik kepada DH42. Tahun 2012 berpindah Politeknik Port Dickson,  kemudian naik dari DH 42 kepada DH 44. Akhirnya tahun ni rezeki naik ke DH48 tapi aku dah pindah ke politeknik Nilai pula sebelum keputusan keluar. 

Cuma bila sistem Perkhidmatan dah bertukar kepada SSPA, DH48 tukar jadi DH12 pulak. Aku pun tak biasa nak sebut atau tulis gred baru ni hmmm. Untuk masa depan, aku tak tahu lah nak gerak ke mana lepas ni atau nak cuba lagi naik pangkat? Sebab letih juga nak buat fail kecemerlangan. 

Jenuh wei, dah empat kali buat fail yang bertimbun, dan kau nak menghadap validasi panel lagi. Dash saturated, mungkin??

Apa2 pun syukur sangat2 atas segala pengalaman dan pencapaian yang aku hadap sepanjang menjadi penjawat awam ni. Alhamdulilah. Alhamdulilah. Alhamdulilah. 



No comments:

Post a Comment

Gambar 2026 Vs Childhood || Trending di Chat GPT

Perkara ni tengah trending kan, jadi saja je aku nak cuba guna promp Chat GPT yang tengah famous tu. Janji ada gambar terkini (padahal gamba...