29 Disember 2025, Ilhan selamat berkhatan di klinik di Seremban 2. Aku je lambat nak update dalam blog ni. Dah 3 bulan baru terhegeh nak tulis huhuhu. Register awal bulan Disember sebab ready untuk cuti sekolah. Tapi rupanya ramai dah register penuh dari awal minggu tersebut, adalah slot kosong untuk Ilhan selit satu appointment berkhatan.
Ready dah, senyum je. Pakai kain pelikat siap2 dari rumah.
Ayah bagi tips- tips macam mana nak elak takut hehehe.
Muka steady je Ilhan, tak takut langsung. Banyak bertanya kat doktor.
Balik rumah bagi makan panadol untuk tahan sakit, sebab ubat bius tu dah habis memang akan rasa sakit lepas tu. Tengok muka Ilhan berkerut juga tahan sakit.
Terus tidur lepas makan panadol.
Guna kayu je selit kat sofa untuk sangkut kain dia hahaha.
Yelah bawak lah dia mandi kat sungai dekat2 rumah Pak Teh.
Hilang rasa ngilu ke sakit, syoik mandi sungai. Sejukkkk!! Aku pun malas nak mandi.
Semua tak mandi, tengok air je. Ilhan sorang jer yang mandi. Sejuk bai...
Kebetulan kat kampung tengah musim buah durian dan manggis, jadi boleh ler merasa makan buah-buah ni kat kampung.
Budak paling excited dapat makan buah manggis. Pak Anajang tolong petikkan.

.jpeg)


.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)



