Showing posts with label KURSUS. Show all posts
Showing posts with label KURSUS. Show all posts

Wednesday, May 10, 2017

Cara Mengawal Kemarahan Diri

Semalam aku terpilih pergi kursus kawal kemarahan hahaha agaknya nak para lecturer poli ni dapat kawal marah kat student dan orang atasan agaknya. Mana tau boleh kurangkan stress kerja kot. Penceramah glamer pernah keluar beberapa kali kat TV pun, Haji Hushim bin Haji Salleh.

Mukadimah kursus- mengenali dan memahami kemarahan....

Kalau marah, semua orang akan marah. Semua pernah rasa marah. Kalau tak pernah memang mustahil sebab kita bukan malaikat. Jadi apakah caranya nak mengawal kemarahan jika berlaku pada diri kita??

1. Jangan marah kecuali kerana Allah SWT

Kau marahkan diri jika kau tinggalkan solat atau posa dengan sengaja. Kau marahkan diri kau sebab suka membazir pada perkara2 yang tak perlu. Marahlah sungguh jika kau asyik tuang masa kat tempat kerja. Buat benda2 yang lagha kan! Hah, marah tu  dibolehkan atas faktor kelalaian kita dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai hamba Allah di dunia ini. Selain tu kalau tengok orang kurang ajar ker macam potong barisan, mengumpat pasal kita atau nak provoke bagi kita marah, jawapan dia- cuba elakkan kemarahan tu. SABAR! SABAR!

2. Mengingati dan mengagumi kebesaran kuasa ALLAH Taala

Mengenangkan kebesaran Allah lebih baik dari mengingati perkara2 yang menyesakkan dan mengundang kemarahan kita. Bak lagu Sheila Majid..

Lihatlah sekitar alam, dunia luas terbentang.  
Langit tinggi kebiruan, pohon2 kehijauan. 
Hembusan bayu yang menyegarkan..... 
Dengarkan di sana sini, beburung riang menyanyi,
Bebunga aneka warna, sumber kedamaian jiwa,
Ku syukuri nikmat Maha Esa.... 

3. Menahan dan pendam ketika tengah marah.  

Yang ni aku kurang setuju sikit. Sebab boleh mendatangkan kesan dalaman pada tubuh badan. Dulu aku tengok sitkom Malcom In the Middle, Malcom ni tahan jer marah bila mak ayah dia membebel. Cikgu marah, adik beradik, kawan2 buli dia. Dia diam jer. Last2 beberapa hari tahan,  Malcom terus muntah darah hahaha. Doktor check up cakap sebab dia pendam marah dan effect pada tubuh badan dia. Takutnyer... Jadikan alihkan kemarahan tu dalam bentuk lain macam pergi basuh pinggan ker (kak Rosliza punya stail), kemas rumah ker (itu aku ler), atau cuci longkang ker. Lagi bagus macam tu. 

4. Berlindung kepada Allah SWT ketika marah

 Beristigfar banyak2 dan ucaplah A'uudzu billah (aku berlindung kepada Allah SWT). InshaAllah akan hilang dan reda kemarahan tersebut. 

5. Diam 

Jangan bercakap bila marah. Berdiam lebih baik. Aku suka bila Che Ta kata tak nak komen bila marah bila wartawan tanya reaksi dia pasal sesuatu perkara atau isu yang provoke diri dia. "Berdiam tu lebih baik lah... Sebab bila kita bercakap dalam keadaan marah ianya akan menyebabkan kita keluaqkankan perkataan yang tak elok nah...".

6. Mengubah posisi ketika marah.

Rasullullah SAW besabda" Jika salah seorang kalian marah ketika berdiri, maka hendaklah dia duduk. Apabila marahnya tidak hilang hendaklah dia berbaring. (HR Ahmad). Kalau sesetengah orang bila dia marah, dia terus baring dan tidur. Well aku nampak kat anak lelaki aku, Umar amalkan macam tu. Bila marah atau protes dia masuk bilik, baring atas katil tau2 dah tertidur. Bangun tidur dia elok jer pastu.


7. Berwudhu atau mandi

Marah umpama api yang dapat mendidihkan darah dan membakar urat saraf. Berwudhu merupakan cara terbaik untuk meredakan api kemarahan. Jika belum reda, maka mandilah inshaAllah akan padam kemarahan tersebut.


8. Memberikan maaf dan bersabar.

Orang yang marah itu selayaknya memberikan maaf kepada orang yang menyebabkan kemarahannya. Cuma aku paham memaafkan memang boleh tapi melupakan memang agak mustahil sebab dalam realiti, dari segi psikologi manusia amat terkesan jika ianya melibatkan emosi dan perasaan. Umpama luka pada fizikal atau tubuh badan. Luka akan sembuh tetapi parutnya akan kelihatan. Jadi kenalah makan banyak2 vitamin E untuk cantikkan balik kulit tu yee!


Ok itulah sedikit sebanyak yang aku boleh share sepanjang sehari duduk berkursus di situ. Rasa lenguh pinggang duduk jer dengar ceramah kan.. >_<

Monday, February 23, 2015

Kursus Go Green dan makan2 di JKM, PPD

Sebenarnya kursus Go Green ni dah dibuat pada Isnin minggu lepas. Kuraus ni dibuat utk warga Jkm bersama2 bercucuk tanam di tanah lapang di sekitar JKM. Aku adalah bwk anak pokok terung yang dah disemai untuk ditanam kat tanah lapang. Ada staf bwk pokok cilk, kari, rosemary, mangga, mas cotek, kedondong, pokok durian pun ada keh keh keh. Aku tak tau duria  gred jenis apa.


Dok kumpul2 anak pokok yang dah dibawa oleh staf, rasa macam dah kat nuseri tanaman pulak :p



KP DTP, En Affendi bersungguh membaja tanah, Kak Siti pulak nak tanam pokok mas cotek. Time ni dah pukul 9 lebih...



Kat tanah lapang depan Jkm kami tanam banyak pokok buahan termasuk pisang, kedondong dan mempelam.



Fuh, penat dah menanam kat area bengkel JKM. take five kejap. Sambil2 tu tanam serai dan limau. 

Rajinnya kaum2 lelaki menyiang ikan...

Kebetulan di belakang bengkel Mesin Jkm ada rumah hijau. Kat sini ada kolam ikan talapia yang diternak oleh geng2 bengkel Mesin. Lepas jek kursus Go Green, diorang bersihkan kolam dan tangkap separuh ikan2 tu untuk dikendurikan hehehe. 


Dah bersih dah kolam ikan ni, kalau tak hijooo jer air dia!! Adalah dlm anggaran 80 ekor yang ditangkap dan disiangkan. Banyaknyer!!

Ikan yang dah siang tu En Zulfaka marinate 1 ari. Besok gengbstaf lelaki deal nak bakar2 kat sebelah kolam ikan tu. Geng bengkel kimpalan belanja jamu nasi lemak. Fuiyoo. Tak sabor nak tunggu besok :p


Besok kemudian,  pukul 9 pagi acara bakar ikan pun start. Nasi lemak dah siap sampai.

Diorang setup api untuk bakar ikan2 talapia. 

Siap bentang tikar, macam piknik pulak yek 



Yang kaum ibu2 dah start menbantai makanan dulu hehe.
Kitorang tak buat apa2 pun, semua geng lelaki yang setup. Bagus kan hehehe.

Makan2, sila2!!Aku pulak sebuk snap gambar sana sini hehehe. Orang tak ramai pun sebab diorang ada start cuti sempena Tahun Baru Cina.


Kak Ina tunjuk skill kupas buah mangga guna pisau rambo!!


Ikan dah siap dibakar, kaum ibu makan berjemaah hehe

Ikan talapia bakar cicah dengan air asam, perghhh!!!

Sila2, makan2... aku pun sebuk snap gambar2 gitew hahhaa


Ikan2 memang banyak, last2 diorang suruh amik pinggan sendiri pilih nak makan ikan mana. Sebab banyak sangat. Aku pun makan lepas 2 ekor, lepas tu boleh dah. Sendat perutku T_T



Thursday, December 11, 2014

Kursus Montly Spending


Semalam aku kursus. Dan aku rasa ini adalah kursus penutup kot bagi tahun 2014 di Politeknik PD. Kebetulan melihat outlook kursus ni aku pun volunteer isi nama nak pergi (sebab ada orang komplen penat2 anjurkan kursus, panggil penceramah tapi staf politeknik tak nak pergi). Dalam senarai nama ada lebih 20 orang. Yang hadir aku rasa tak sampai pun 10 orang... Yang sepatut pergi kursus tu adalah orang yang kursus tak cukup 10 hari setahun. Tapi diorang tak datang jugak. Orang terlebih kursus ni yang datang bahahaha!

Penceramah kursus. Meja depan dan tempat aku kosong. Aku tercongok sorang2 je duk baris kat situ..


Penceramah dia, Encik Razali daripada consultant Kuntum Teratai. Dulu beliau merupakan seorang pegawai bank tempatan, umur beliau aku rasa dalam 50-an. Anak dia pun dah besar2, En Razali beri information lebih kepada pengalaman dia sebagai seorang banker.



So apa yang diceritakan dalam kursus semua berkaitan tentang belajawan lah. Tak kan resipi nak masak masakan sihat kot... Yang kurang menarik, sebab dia banyak talk, berceramah. Tiada aktiviti bengkel atau discussion group. Aku fikirkan nanti dapatlah tools macam mana nak allocate budget tapi tak de pun. Dia bagi pun terlalu umum... Hm jadi korang kena fikir2lah sendiri.







Banyak juga dia bagi penerangan. Bagus juga lah apa yang diberikan, walaupun aku dah tau sebab pernah pergi yang lebih baik lagi (aku pernah cerita di sini). Tapi yela seminar tu confirm bayaran dia, riban2 juga sebab tu berhari2 kami diberikan macam2 pengisian. 


Tapi yang ni percuma sahaja, aku ulangi PERCUMA! tapi yang datang pun alahai sedih..memang menyedihkan. Patutlah kalau otai2 macam Cik Rohaniah dan Faizul Ridzuan mengeluh. Tiada sambutan. Padahal orang kitalah selalu merungut, bising2 gaji tak cukup lah, rumah tak mampu beli, barang naiklah, minyak naiklah, duit tak cukup nak hiduplah. Ada peluang ni tapi orang tak ambil peduli.

Yang mereka nampak lebih nak ambik tahu game bola, Malaysia lawan mana, menang berapa, kupas strategi macamana kalah atau menang. Agaknya tu memang banyak membantu jihad ekonomi keluarga mereka kot...Wa'allahualam... Lagipun hal orang, aku tak minat nak tahu. Lantaklah..

Au revoir!!


Monday, October 13, 2014

KURSUS LAGI DI CIAST SHAH ALAM.

Dulu aku dah pernah citer dlm blog ni aku kena pergi kursus 2 minggu di Ciast, Shah Alam. Kursus basic CNC Lathe dan Milling (klik di sini)  Masa tu bulan Jun 2013.

Dah setahun lebih, terpanggil lagi untuk kursus Advance CNC Lathe minggu ni. Start 13 hingga 17 Oktober. Tapi penginapan di Hotel de Palma. Leceh sikit sebab tahun lepas duduk dlm asrama ciast jek. Turun je lif dan sampai bengkel Cnc. Hehehe. Kali ni kena ada pengangkutan nak ke bengkel Ciast. Terpaksa pinjam Myvi mak nak ke sini.

Paling kebetulan, asal kursus sini jek mesti time musim jerebu. Dari seremban ke Shah Alam, bila aku lalu KLIA memang betul2 kelabu asap!?



Apalagi, berkurung jela di sini sampai seminggu yek. Harap2 bertambah lagi ilmu mesin ni hahaha

Wednesday, June 11, 2014

KURSUS OH KURSUS!!

Dekat dua minggu aku tak sempat update blog gara-gara pergi kursus selama 2 minggu anjuran Bhagian Sumber Manusia, KPM.


Kursus pertama di Port Klang.


Kursus kedua di Hotel Ancasa and Spa, KL. Serius nyer muka..


Satu kursus Keutuhan Pengurusan Organisasi di Hotel Cristal Crown Klang dari 3 hingga 6 Jun 2014. Dan satu lagi baru berakhir semalam, Kursus Strategic Thinking-From Understand to Implemation di Hotel Ancasa and Spa, KL . Wah, tengok tajuk memang dahsyat jek kan!

 Sudahnya balik dari kursus, aku jadi pening kepala, berdenyut2. Telan panadol. Mungkin sebab asyik kena berfikir je untuk part game dan simulasi program. Atau sebab duduk dan makan kat hotel jek... tak keluar beriadah atau ke mana2. Dari pagi sampai malam asyik duduk dalm bilik seminar. Soo unhealthy :(

So apa yang aku dapat daripada kursus ni?? Hmm macam-macam lah. Tentang komunikasi, pengurusan organisasi, kewangan, intergriti, pengurusan masa, emosi dan mental dan macam-macam hal dalam organisasi.


Masalah tu kan aku rasa ada jer mana-mana dalam organisasi. Yang rumit adalah sistem atau SOP yang dijalankan di dalamnya-adakala menyukarkan dari memudahkan.. Pening kepala, dan banyak benda yang remeh atau birokrasi yang berlaku.  Dan biasanya hanya akan ada seorang dua yang terbeban dengan tanggungjawab yang berat jika dibandingkan oleh ahli organisasi yang sedia ada.


Jadi big problem jika ahli organisasi lain kurang faham akan peranan masing-masing. Sudahnya ketua atau pengarah akan terbeban dan terpaksa bertungkus lumus untuk membawa organisasi ke matlamat yang diinginkan tapi payah tercapai.
 
Sebenarnya ada timbul masalah-masalah yang dihadapi oleh orang bawahan ketika melaksanakan tanggungjawab yang diarahkan. Jadi komunikasi sehala sahaja akan membuat pekerja bawahan stress!! Sebab tiada komunikasi dua hala terjadi. Hanya arahan dan arahan dan arahan. Maklumbalas pekerja yang melaksanakan prosedur jarang diambil peduli sedangkan ianya penting untuk cadangan atau inovasi pembaharuan bagi memudahkan kelancaran sistem.
 
Sistem bercelaru, akhirnya kita 'stuck'. Oh my..
With Mr Kumar, our speaker in Strategic Thinker Program.

Dan di sini terletak masalah seniority atau ego dalam diri setengah-setengah pihak. Kadang sukar orang lama untuk menerima perubahan atau cadangan dari mereka yang baru2 ni kan. Apa benda lah gah sangat dengan seniority tu. Aku pun tahun ni dah masuk 12 tahun kerja dalam organisasi. Tapi aku rasa macam orang baru je masuk kerja semalam!!  Hahaha poyo. Sebenarnya malulah kalau kerja lama tapi tak reti buat itu ini huhuhu.



Sesi bergambar ahli kumpulan dengan penceramah, Mr Aki (berkot dan baju merah)

Thursday, December 19, 2013

Kursus Design- Solid Thinking

Baru habis Kursus Catia saya ada ceritakan di sini, dapat lagi satu kursus training software baru- SOLID THINKING! Wow, bunyi macam satu kaedah atau cara untuk memikirkan rekaan 3D je kan. 10 orang lecturer kena pergi belajar termasuk aku (peserta pompuan yang tunggal ceh!!). Kena tangguh kelas lagi.

Software ni baru dikeluarkan daripada US since 2009 sebab kami tak pernah dengar pun. Dan Politeknik PD adalah poli yang pertama mengunapakaikan perisian ini.

 So macamana software ni, saya rasa lebih kepada designer.
 
Ruhil sebagai trainer @ Pegawai Pemasaran di ORS Company (supplier software ini)

 Contoh brake pad ni kita boleh ubah design kepada pengurangan 30% daripada pengunaan material tanpa menjejaskan load yang boleh diterima pada design itu.


Bila 'generate' akan terhasil satu design baru yang menepati kehendak kita.


 Comtoh yang lain. 

 jadi kalau tengok design ni confirm teringat pada Staduim Olimpik di Beijing-


 Birds Nest Building!!

 
TADAAA!!!
Mimpi indah pada arkitek, tapi mimpi ngeri pada jurutera huhu!!


 Boleh letak background pada design yang kita telah buat. Traner ni En Khairul memang pakar design. Kagum aku dibuatnya hahaha!!

Hah, dari kosong jadi lokasi atau tempat yang kita boleh pilih dari 'library' software. 

 Belajar sedikit demi sedikit. Cuma tak best adalah komputer kat makmal cad cam tak dapat support sangat perisian ni. At the end, jadi lembab giler kalau nak generate sesuatu produk.

Cheer up guys!! hehehe.

 Dua hari jer kursus, kalau nak lagi kena taining in the house dekat company dia. Sapa2 berminat boleh isi borang untuk pergi hahaha.

Adios geng....


Wednesday, July 3, 2013

KURSUS CNC DI CIAST SHAH ALAM

Maaf sebab sudah lama tak update blog. Dua minggu lepas saya kena berkursus PPK di CIAST Shah Alam. Jadi dua minggu menghadap mesin CNC.

Kursus ini terbahagi dua. minggu pertama belajar CNC Lathe machining. Minggu kedua saya belajar CNC Milling pulak.So bayangkan dua minggu belajar mesin... minggu pertama ok lagi, minggu dua dah asyik fikir rumah je, anak-anak.. dah ler jerebu melanda Shah Alam. Bilik tingkat empat jadi lemas berbau asap.


Bilik ada kemudahan seperti tv, heater, aircond, fidge dan water heater. 




Minggu pertama belajar kod dan pengendalian mesin CNC turning. Dapatlah hasilkan satu produk...



Minggu kedua, belajar Mesin CNC milling pula. memang banyak praktikal, dan pengajar bagi gunakan mesin habis-habisan hahaha.



Habis-habisan. Gerudi, raut dan macam-macam lagi. Alhamdulilah bertambah ilmu dan pengalaman. Terima kasih banyak-banyak sifu-sifu di CIAST yang sudi tunjuk ajar kami. 










Bercuti Di Langkawi 2025 || Part 2

Sambungan kepada hari kedua....Bercuti Langkawi tahun 2025. So macam biasa kita bangun pagi2 dan sarapan di HG hotel. Senang ambil breakfast...