Showing posts with label Nike. Show all posts
Showing posts with label Nike. Show all posts

Wednesday, February 1, 2017

Beli kasut sukan baru dah...

Kasut aku dah kopak, kali kedua. Dah hantar repair sebelum ni. Dan kopak lagi. Lama jugak usia kasut tu since aku kerja lagi kat Sarawak. Jadi kena cari kasut baru. Husband bawa aku cari kedai sukan kat PD tapi aku blur. Pasal aku selalu beli kat BATA jer hehe jenama cap Power kan :) Murah...

Lepas tu singgah kat Al Ikhsan Port Dickson. Wah kasut mahal2 wei... Aku masuk sini untuk beli sandal anak2 jer (confirm tahan lasak). Mak ayah diorang layan kasut BATA jer ahaha. Belek2 ada juga yang aku kenan kasut ASICS, harga bawah RM200 untuk pompuan. Running shoes. "Tapi saiz dia paling besar 8 1/2 jer kak" budak saler tu bagitau. Hah memang masalah betoi! Kalau cari kasut payah sebab tapak kaki kau macam omputeh ahahaha!! Saiz 9 tu!! Baru muat rasa selesa huhuhu.

Nak saiz besar ada tapi jenama NIKE ker ADIDAS. Pergh pengsan aku, harga maik aiii lebih RM200 ke atas tu huhuhu T_T 

Husband kata kat tengah kedai ada bakul kasut longgok tu mesti ada tu yg murah, cer tengok. Aku pun pilih2 ada lah juga saiz 9, tapi longgok pun harga dia boleh tahan RM150 hingga RM200 lebih pun ada hahaha. Kata longgok dik, pasai apa mahal juga ni hehehe. Budak tu cakap 'harga dia separuh dah kak, sebelum ni memang mahal. Jadi clearance stok jimat banyak. Tapi saiz ni jer yang tinggal'. Korek2 ada yang berkenan...

Tadaaa...
Harga dia RM179.00 .... Ish first time beli kasut sukan mahal niii. 


Ni pun nampak macam pompuan sikit, yang lain macam besar sikit. 

Oklah, jimat RM130.00 dalam resit tu tulis. Kira harga asal RM300++. Boleh lah aku lari lagi lepas ni, rasa nak kena fit kan badan ni balik. Rasa badan ni dah macam lagu Sheila Majid dah. "Jangan Kau Tua Sebelum Waktunyaaaaaa Truut tut tut tut..."







Wednesday, January 16, 2013

What I got from business?

Azam tahun baru nak gembirakan semua orang yang saya sayang.


This month, I brought my family enjoy the france food.

Bought new shoes for my kids.
Kesian Umar pakai kasut kakak dia. Tapi nampak pelik tengok Umar pakai kaler pink hehe. beli satu kaler biru nampak boy skit.
Qaireen mcm biasa warna pink confirm dia suka.

Test muat ke tak

Hehe. Belek beg kasut dpn kedai

Minat pink sungguh

why we choose the brand, terbukti mmg tahan giler. Kasut Qaireen beli raya 2010 sampai skrg nmpak elok tp dah tak muat.


Bought tote for myself


MK!
 pakai untuk jejalan dan business purposes 
Bukan nak ke Politeknik (pakai mahal2 depan student? huh tak payah)



Dan impian untuk beli dan hadiahkan kepada kedua ibu saya berjaya ditunaikan. 
YESS!!!!


Mak happy. Dapat ni. Mak mertua insyaAllah dpt bagi bila balik sana nti

beli tu termasuk juga untuk saya =)
Harga riban2 takpe, puas hati 
sbb perempuan mana tak gembira dan happy dapat benda ni.


Alhamdulilah, tak perlu berkira2 dgn mak ayah, anak-anak dan diri sendiri.
Gembirakan hati mereka dan kita sendiri
sebab kita tak tahu umur kita berhenti di mana. Esok lusa entah hidup entahkan tiada. 

Bak kata mentor saya,

mak ayah kalau dah tiada, kamu longgok emas 1 bukit atas kubur mereka pun tak guna, sebab mereka tak dapat rasa. 


Mereka kata-Gaji saya tak mampu nak wat semua tu....

Itu alasan orang yang pentingkan diri sendiri. 
Buatlah bisnes, sebab tak ganggu duit makan gaji. 

Biar kita usaha lebih cari rezeki.....
Asalkan insan-insan tersayang dapat menikmati kesempurnaan dan keselesaan....
Kerana kita bukan nak ubah dunia......
Hanya nak ubah dunia kita.......

-CDM Kak Siti Rohana-



MAKE IT CHANGE!











Kursus Pengurusan Risiko 2026 || Akademi Sirim

Bila dilantik Pegawai Pengurusan Risiko (RoM) di tempat kerja, aku kena cari tempat untuk latihan untuk memahami skop tugas. Ini disebabkan ...