Hari Khamis, 24 September 2026, berlangsung Hari Innomex 2026 JKM di Politeknik Nilai. Aku sebagai Supervisor untuk group student projek sendiri telah menyaksikan - betapa berhempas pulasnya tenaga pelajar ni menyiapkan projek mereka saat-saat akhir!! hahaha.
Nama projek Wastelifta. Nak guna untuk angkut plastik sampah seberat max 10 kg dari paras atas ke paras bawah untuk kegunaan asrama pelajar. Dalam sehari, 9 beg sampah diorang dihasilkan. Apa benda pelajar-pelajar asrama ni buang pun aku tak tahu, pergh banyak giler! Tu kalau tak pungut buang sehari confirm berlonggok-longgok ler.
Sampai malam budak2 duduk kat bengkel siapkan kerja....
Aku strictly tak bagi pelajar belanja lebih dari RM500, buat berdasarkan modal dan kemampuan yang kita ada sahaja. Yang penting workmanship dan pelajar boleh gilap kemahiran dan skill pengendalian peralatan. IoT pun tak lepas sebab tak mampu. Ini dah Ok, pun dah cukup.
Mujur ada penyelia bengkel nak tggu sebab dia duduk di kuarters.
Hari perbentangan projek.
Dah siap pasang dan demo.
Sesi perbentangan dengan panel penilai industri dan akademik. Teruk juga diorang kena ''hentam''.
Sesi demonstrasi projek Wastelifta di hadapan panel penilai.
Sebelum sesi penutup Hari Innomex.
Panel luar khusyuk dengar penerangan pelajar.
Ada sesiapa nak simpan dan keringkan helmet? Boleh cuba sistem kami.
Majlis penutup Hari Innomex sesi ini.
Minggu depas, seterusnya, 1hb Oktober , aku dan rakan lain (alumni staf PoliPD) dijemput menjadi panel penilai projek akhir (FYP) Jab. Kej. Mekanikal di Politeknik Port Dickson. Susah nak berpisah dengan tempat lama ni ye!! Jadi, kami yang dah berpindah ke Politeknik Nilai diundang sekali lagi sebagai panel penilai projek untuk hari tersebut.
Ramai juga ex PPD kerja di PNS ya.
Yang baju kuning tengah tu asalnya kena pindah PNS, sekali buat rayuan berjaya, tak jadi pindah hehehe.
Kena halau dengan Salina hahaha!
Kita menilai tak dok lah strict sangat...
Aku cuma tanya macam mana buat.. boleh berfungsi ke? Berapa kos berhabis buat ni...Tak payah lah nak membebel komen banyak-banyak sebab barang dah siap. Dah jadi. Itulah hasil dia. Kita bagi markah jela.
Satu kumpulan masa dalam 10-15 minit je tempoh bertanya, sebab aku ada 7 kumpulan nak kena nilai. Banyak betoi projek kat PPD ni, ada 90 lebih kumpulan. Adoiii.. masak nak jalan naik turun tangga cari projek kumpulan nak dinilaikan!
Dekat sejam lebih memberi penilaian markah- sampai azan Zuhur.
Time ni dah selesai. Rehat kejap sementara tunggu panel lain selesai.
Masa nilah sempat jumpa borak-borak dengan rakan colleague PPD yg lain.
Tanya perkembangan baru. Siapa pengarah baru? Siapa Kpro baru? Siap sekarang jaga itu ini.
Aku tak tunggu sampai habis pun, Pukul 4.00 petang aku dan husband gerak balik sebab penat nak tunggu hingga majlis penyampaian hadiah Projek Terbaik. Letih mak... Balik rumah lepas solat Asar terus terlelap sampai pukul 7 huhuhu.









